Resepi Masak Lemak Cili Ikan Merah


Dengan ini, dikongsikan resepi Resepi Masak Lemak Cili Ikan Merah untuk semua pembaca.

Mula-mula sediakan bahan-bahan :

  • Ikan Merah
  • Bawang merah 5 biji
  • Kunyit (sebesar ibu jari)
  • Lengkuas 5 hirisan
  • Lada kering 7 ulas
  • Asam keping 3 ulas
  • Kelapa parut

Cara-cara memasak :

1. Mula-mula ikan merah diperap dengan garam kunyit. Biarkan selama setengah jam.

2. Masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, kunyit, lengkuas dan lada kering dalam satu bekas. Tambahkan sedikit air. Kisar sehingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan tadi bersama parut kelapa yang belum diperah. Kemudian, perahkan bersama bahan-bahan tadi. Hasil perahan bersama santan itu di letakkan dalam satu bekas.

4. Sediakan periuk, masak perahan tadi sehingga ia mendidih dan mengeluarkan bau harum.

5. Kemudian, masukkan asam keping 3 ulas dan masak bersama sehingga asam tersebut kembang sedikit.

   

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia sebati.

7. Masukkan ikan merah yang telah diperap itu kedalam rebusan tadi dan kacau perlahan-lahan kerana ikan rebusan cepat hancur.

8. Masukkan lada merah dan timun batang dan masak selama 10 minit.

9. Hidangan juadah berbuka siap tersedia.

Carian Berkaitan

resepi ikan merah

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara masak gulai kuning ikan merah #gulai lemak ikan merah #masak lemak cina ikan merah #masak lemak ikan merah #Resepi Masak Lemak Cili Ikan Merah

Resipi Sambal Telur Scramble
Bahan-bahan : 5 biji telur ayam 5 sudu makan cili kisar 2 biji
Resipi Sambal Kicap Cili Potong
Bahan-bahan : Cili padi dipotong Bawang merah dimayang Kicap manis Asam limau kasturi
Resipi Sambal Cili Potong
Bahan-bahan : 600g sotong dibersihkan dan dipotong cincin 1 biji bawang besar dibelah
Resipi Minuman Ais Limau Asam Boi Yang Sedap
Bahan-bahan : Asam boi jenis yang tebal dan warna kelabu 30 biji Limau
  1. author

    syam8 years ago

    leh la masak pas nie..
    Nak try rasa gak masakan En Pegawai Perikanan.. hhehehe

  2. author

    ~ mizzAmy ~8 years ago

    ~ ikan tuh kena peram dengan kunyit ker? my mum plak tak peram ikan tuh dengan kunyit tapi dia masuk kan kunyit sekali dengan bahan-bahan yg lain. another cara kot.. ~

  3. author

    filanastasia8 years ago

    shino : mcm len sikit cara nyer.. tapi yg pasti mesti sama enak mcm mak kiter masak… huhuhhu

    posa-posa ni.. rindu bubur asyura arwah ayah.. paling sedap di dunia.. al-fatihah untuk ayah…

  4. author

    diya8 years ago

    huhu. mcm masuk web resipi lak. thanks for sharing shino. salam ramadhan 😀

  5. author

    Princess Liyana8 years ago

    err..sejak bila plak bro jadi chef ni?hik2…nak rasa boleh?;p

  6. author

    ladysheqa8 years ago

    fuyoo..
    best giler bunyi tapi bile buat..

    heheheeh…

  7. author

    yonna bebot =)8 years ago

    kecur air liur ni haha..
    bro tak masak ke :p

  8. author

    yonna bebot =)8 years ago

    bro..
    send me ur home address kat
    yonna2yonni@yahoo.com

    thnx 🙂

  9. author

    lavender8 years ago

    hehe…dah lama tak makan masak lemak nie…

  10. author

    [ Eclipse ]8 years ago

    mak ai. asal semua bloh harian jadi blog makanan plak nie X) heee~ bila tiba masanya nanti. cuba cuba ah ikan merah masak lemak??? x pernh makan pon

  11. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    syam,
    HEHE~ nnt wa masuk tuk lu..
    kompem lu suke masakan air tgn wa..
    Jangan duk teringat-ingat dah..

    mizzamy,
    Owh.. hehe
    masing-masing punya cara,
    masing-masing punya selera.
    kan kan kan..lgpun sy ni baru
    belajar..HUHU~

    filanastasia,
    Kat Johor mana ada masak lemak..
    sana masak asam pedas je..
    😛

    diya,
    Erm ur welcome.
    🙂

    princess liyana,
    Sejak dua menjak nih..
    Tp kan, kalau tau masak leh
    masak sendiri nnt..
    kan senang 🙂

    ladysheqa,
    Nanti sy wat, sy post 😛

    yonna bebot,
    masak gak pelan2..
    masak bila ada masa 🙂

    p/s: address dah kasi via mel.

    lavender,
    Best wooOO.. sy suke.

    [eclipse],
    Huih kena rse..
    sedap tauuu. 🙂

    Kalau masakan Asam Pedas Johor,
    sy paling suke die masak dengan ikan merah. Best sgt!!!

  12. author

    Princess Liyana8 years ago

    huhu..chef shino;p

  13. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    princess liyana,
    Thanks tuan putri..
    wink..wink.. 🙂