5 Koleksi Pakaian Raya Jenama Selebriti Lelaki Malaysia

Pakaian Raya Jenama Selebriti Lelaki Malaysia

Ramai selebriti popular tempatan menjalankan bisnes sepanjang bulan Ramadan ini.

Di samping berniaga secara atas talian, mereka juga membuka gerai di bazar-bazar Ramadan dan menyewa ruang niaga di pusat membeli-belah.

Selain juadah berbuka puasa dan kuih raya, mereka turut menjual pakaian raya yang direka sendiri atau berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan.

Untuk kali ini, penulis kongsikan dengan anda lima pakaian raya berjenama selebriti lelaki tanah air. Take a look!

1. Izzue Islam

Dalam menyambut syawal tidak lama lagi, pelakon kacak iaitu Izzue Islam mengeluarkan koleksi rayanya di bawah jenama Izzuexclusive.

Menerusi Izzuexclusive, sebanyak lima rekaan qurta dihasilkan iaitu Johor Kurta, Kelantan Kurta, German Kurta, Japan Kurta dan Korea Kurta pada lebaran tahun ini.

Setiap kurta mempunyai warna-warna yang berbeza dan mempunyai tarikan tersendiri.

Harga yang ditawarkan bagi Korea Kurta (baju + seluar) adalah RM159.00 sepasang manakala keempat-empat kurta yang lain berharga RM79.00 setiap satu.

Menariknya, kelima-lima kurta keluaran anak jati Kelantan ini hadir dengan saiz XS hingga 4XL.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke instagram rasmi di www.instagram.com/izzuexclusive/

2. Datuk Aliff Syukri

Bertemakan #GlamSyawalista, pengasas produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tampil dengan koleksi busana Aidilfitrinya baru-baru ini.

Usahawan muda itu memilih rekaan pakaian dua dalam satu iaitu baju melayu-kurta (baju+seluar+sampin percuma) yang hadir dengan lima pilihan warna menarik seperti midnight blue, sand, teal, dusty rose dan burgundy dimana boleh digayakan mengikut kreativiti anda di pagi Syawal nanti.

Berharga RM199.00 sepasang, busana tersebut didatangkan dengan saiz bermula dari S, M, L dan XL.

Untuk info, anda boleh layari laman web di www.aliff-syukri.com atau ikuti instagram rasminya iaitu www.instagram.com/aliff_syukri/

3. Aiman Tino

Penyanyi remaja yang semakin meningkat naik, Aiman Tino mengorak langkah setapak lagi dalam bisnes apabila melancarkan koleksi pakaian hari rayanya iaitu Qurta UniverCity by Aiman Tino.

Hadir dengan dua rekaan dimana setiap rekaan mempunyai lima warna berbeza dan boleh dipakai secara unisex (boleh dipakai lelaki dan wanita).

Selain di Busana@Menara Mara, qurta hipster ini boleh didapati di 25 cawangan Mydin di seluruh negara. Qurta UniverCity ini didatangkan dengan saiz S, L dan M dan harganya ialah RM79.90 sehelai.

5. Fikry Ibrahim

Tidak mahu ketinggalan, pelawak dan pengacara kelahiran Kedah, Fikry Ibrahim turut melancarkan koleksi rayanya iaitu HOUKARaya X Fikry Ibrahim.

Didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam, pakaian berkonsep houka ini hadir dalam set iaitu baju houka, seluar dan kopiah.

Harga yang ditawarkan bagi setiap satu set adalah RM 118. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari instagram rasminya di @eloxclothing.

5. Zaquan Adha

Jika selebriti lain berniaga kurta dan jubah, Mohd Zaquan Adha memilih untuk mengeluarkan baju melayu sebagai bisnesnya di bulan Ramadan.

Pemain bola sepak Perak ini menghasilkan dua jenis rekaan baju Melayu moden iaitu teluk belanga dan cekak musang dengan potongan slim fit di bawah jenama MasQuline by ZaQuan Adha.

Kedua-dua koleksi berkenaan dijual dengan harga RM199.00 sepasang secara dalam talian menerusi laman instagram @masquline_zaquan atau Whatapps di nombor telefon 0178787472 (admin).

azlan-150x150 5 Koleksi Pakaian Raya Jenama Selebriti Lelaki Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #artis beraya #Baju Raya Artis Malaysia #baju raya pilihan artis malaysia #Busana Aidilfitri Jenama Artis Malaysia #fesyen raya artis malaysia #GlamSyawalista #HOUKARaya X Fikry Ibrahim #Izzuexclusive #jenama baju raya artis #MasQuline by ZaQuan Adha #Pakaian Raya Selebriti Malaysia 2017

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "5 Koleksi Pakaian Raya Jenama Selebriti Lelaki Malaysia"