5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM

Wajah Dj Era Hani Fadzil

Jika anda pendengar setia Era.FM, pastinya mengenali salah seorang penyampainya yang bernama Hani Fadzil.

Mengendalikan segmen JoHaRa 30 Era, si comel lote ini berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari 1.00 hingga 4.00 petang. Di hujung minggu, anak jati Selangor ini bersiaran menerusi slot Hallyu Era dan Carta APop Era.

Anak bongsu dari dua beradik ini juga berbakat besar dalam bidang pengacaraan dimana pernah mengacarakan beberapa program terbitan Astro seperti Majlis dan Klip Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.

Berikut, penulis kongsikan 5 trivia menarik tentang Hani Fadzil buat tatapan para pembaca. Jom baca!

1. Juara program Penyampai Top Malaysia 2014

Bergelar juara program Penyampai Top Malaysia 2014 bersama Radin sekaligus memenangi kontrak untuk bekerja sebagai penyampai Era.FM. Sedar atau tidak, 2017 merupakan tahun ketiga Hani bergelar deejay radio di Era.FM

2. Finalis program On Air 2

Sebelum menyertai program Penyampai Top Malaysia, Hani pernah hadir uji bakat dan bergelar finalis untuk program mencari bakat pengacara dan wartawan penyiaran terbitan Astro iaitu On Air 2.

3. Terpilih jalani program Astro Basic On Air Training

Hani turut terpilih menjalani program Astro Basic On Air Training selama 6 bulan bersama Datuk Aznil Nawawi. Selain Aznil, tenaga pengajar yang turut menjayakan program berkenaan adalah Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Azwan Ali, Cikgu Shafie dan Munsyi Christine Ling.

4. Ingin mempunyai rancangan televisyen tersendiri

Suka mengembara dan mencuba makanan baharu, Hani bercita-cita untuk mengacara dan menerbitkan rancangan Food & Travel sendiri di masa hadapan.

5. Mahasiswa jurusan Komunikasi Massa

Minat yang mendalam dalam dunia pengacaraan dan penyiaran, Hani menyambung pengajiannya di IACT College Petaling Jaya dalam jurusan Diploma Komunikasi Massa selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mengambil keputusan untuk belajar sambil bekerja sebelum ke United Kingdom bagi meneruskan pengajian tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di Universiti of Hertfordshire.

Biodata Ringkas Hani Fadzil

Nama Penuh: Intan Farhani Mohd.Fadzil
Nama Komersil: Hani Fadzil
Tarikh Lahir: 25 Julai 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Adik Beradik: Anak kedua dari tiga beradik
Status: Single
Kerjaya: Deejay Radio dan Pengacara TV

TV Host: Majlis, Bas Pintar, Bas Ria Khas Ramadan, Kids FGW, Klip Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, Voice Out, School Attack, Rojak dan banyak lagi.
Radio: Carta APop Era, Hallyu Era dan JoHaRa 30 Era

Laman Sosial Hani Fadzil

Gambar Menarik Hani Fadzil

biodata-hani-fadzil-300x300 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM dj-radio-hani-fadzil-300x300 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM gambar-hani-fadzil-comel-300x300 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM gambar-hani-fadzil-era-fm-300x300 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM hani-fadzil-dan-aiman-tino-300x300 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM hani-fadzil-pakai-cap-300x300 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM hani-fadzil-pakai-tudung-sangat-sweet-300x300 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM gambar-selfie-hani-fadzil-dj-radio-300x300 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM

azlan-150x150 5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Hani Fadzil #dj radio #foto hani fadzil #gambar hani fadzil #hani fadzil #Hani Fadzil Era.FM #Profil Hani Fadzil #Trivia Menarik Hani Fadzil

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "5 Trivia Menarik Hani Fadzil, Penyampai Radio Era.FM"