Ketahui Penyebab Dan Tanda Penyakit Darah Tinggi

Blood Pressure Readings

Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Hipertensi atau darah tinggi merupakan antara masalah kesihatan utama dalam kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia.

Penyakit darah tinggi berlaku akibat tindak balas tidak normal salur darah yang menyebabkan tekanan di dalam saluran darah meningkat melebihi dari biasa. Ini adalah satu fenomena yang agak kompleks untuk diterangkan. Tekanan darah normal bagi orang dewasa ialah 120 mmHG (tekanan sistolik) dan 80mmHg (tekanan diastolik).

Peningkatan tekanan darah menjadi lebih tinggi dari paras normal akan menyebabkan kerosakan serta pemendapan plak kolesterol pada salur darah, dan seterusnya boleh mengakibatkan pendarahan dan kerosakan pada organ.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah Berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar. Pemeriksaan sendiri tekanan darah boleh dilakukan menggunakan alat sphygmomanometer.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Faktor Risiko :

  • Berat badan yang berlebihan/gemuk (obesiti)
  • Pengambilan lemak yang berlebihan/makanan berkolesterol tinggi
  • Pengambilan garam / makanan yang terlalu masin
  • Kurang aktiviti fizikal/kurang bersenam
  • Faktor keturunan.

Tanda dan Gejala

Majoriti dari pesakit tidak mempunyai sebarang gejala, dan tanda-tanda hipertensi biasanya dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Tanda dan gejala yang boleh dialami adalah:

  • Sering sakit atau pening kepala
  • Sakit tengkuk
  • Pitam atau pengsan

Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut;

  • Serangan jantung
  • Angin ahmar
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan buah pinggang

Memastikan tekanan darah optima

  • Memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
  • Tidak merokok – narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
  • Kurangkan pengambilan garam – garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
  • Kurangkan lemak – lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Bersenam secara berkala
  • Elakkan pengambilan alkohol

 

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #hipertensi #kesihatan #penyakit darah tinggi #Penyebab Dan Tanda Penyakit Darah Tinggi #Penyebab Dan Tanda Penyakit Darah Tinggi usia muda #tanda penyakit darah tinggi usia muda #tekanan darah #tekanan darah tinggi

Penyakit Kayap! Simpton, Rawatan, Petua & Pantang Larangnya
Apa itu penyakit kayap? Kayap merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan
Cara Merawat & Menghilangkan Gatal Pada Badan
Jangan mengambil mudah pada masalah penyakit gatal yang datang menyerang badan. Jika dilihat
Cara Mengatasi Sembelit, Sukar Membuang Air Besar
Apakah sebab dan punca berlakunya sembelit? Sebelum mengetahui tips untuk mengelak dan merawat,
Buah Pinang, Baru Tahu Kenapa Nenek Moyang Zaman Dahulu Mengunyah Buah Ini!
Buah pinang telah dikenal sejak dahulu kala dan sering digunakan oleh nenek moyang

Comments are closed.