25 Drama Korea Tentang Alam Persekolahan Wajib Tonton!

The Heirs , Lee Min Ho, Park Shin Hye

Drama korea bertema zaman persekolahan dan zaman remaja merupakan salah satu genre yang paling digemari oleh para penggemar drama Korea. Hal ini kerana masa di zaman persekolahan merupakan pengalaman hidup yang tidak akan pernah dilupakan dan tidak dapat diulang kembali. Dalam tempoh masa itulah seorang remaja membentuk jati dirinya dalam mencari dan menemukan pandangan hidup ke hadapan.

Drama Korea bertemakan alam sekolah biasanya memaparkan kisah asmara romantik antara dua sejoli yang memiliki perbezaan latar belakang keluarga dan sebagainya. Misalnnya si hero yang tidak terlalu pintar dengan si heroin yang genius, si gadis yang miskin dan si lelaki pula kaya.

Meskipun hampir semua ceritanya seperti itu, namun setiap drama memiliki plot berlainan dan kemasan cerita tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menjadi ketagih dan tidak sabar untuk menonton episod demi episod.

Menonton drama Korea tentang zaman sekolah akan mengembalikan memori kita di masa-masa sekolah terutamanya ketika di sekolah menengah dan kolej. Kita dapat mengenang kembali susah senang pahit manis dan pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan.

Kisah persabahatan bahkan kisah percintaan di sekolah dulu pasti masih terngiang-ngiang sehingga sekarang. Bagi anda yang merindui masa lalu di alam sekolah, pos kali ini akan menyenaraikan 25 buah drama Korea yang bertemakan alam persekolahan.

Drama Korea Bertema Tentang Persekolahan :

  1. The Heirs
  2. Playful Kiss
  3. Boys Over Flowers
  4. High School
  5. School
  6. Dream High
  7. To The Beautiful You
  8. High School Love On
  9. After School Lucky Or Not
  10. Shut Up Flower Boy Band
  11. Monstar
  12. Aftermath
  13. Detectives Of Seonam Girl’S High School
  14. God Of Study
  15. Goong
  16. I Am Sam
  17. Reply
  18. High Kick
  19. Orange Marmalade
  20. Sassy Go Go
  21. Adolescene Medley
  22. Ma Boy
  23. Mackeler Run
  24. Page Turner
  25. Click Your Heart
IMG_20171206_114610-150x150 25 Drama Korea Tentang Alam Persekolahan Wajib Tonton!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #25 Drama Korea Tentang Alam Persekolahan #best k-drama #drama korea tentang cinta dan persekolahan #k-drama popular #senarai drama korea terbaik #top 25 k-drama school theme

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "25 Drama Korea Tentang Alam Persekolahan Wajib Tonton!"