Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop

Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop

Nama Fiza Frizzy mungkin tidak segah Fara Fauzana, Linda Onn atau Neelofa namun bakat anak jati Kuala Lumpur ini dalam bidang pengacaraan tidak boleh dipandang sebelah mata.

Selain mengendalikan program beli belah dalam talian iaitu CJ Wow Shop bergandingan Karl Shafek, Zaim Helmi dan Maria Tunku Sabri, figura berambut kerinting kembang ini turut mengacarakan rancangan Xplorasi di TV1.

Malah, wanita berusia 29 tahun ini juga muncul sebagai wartawan lokasi untuk program Temasya Sukan Ke Laut yang disiarkan di saluran Astro Warna 132.

Bukan sahaja mempunyai gaya dan personaliti tersendiri, Fiza Frizzy atau nama sebenarnya Nur Hafizah Md Saad sangat petah apabila berbicara dan bijak beraksi di depan lensa kamera.

Sebelum aktif di dunia pengacaraan, figura bertubuh kecil ini merupakan salah seorang penyampai radio di iM4U.FM dan berkeudara menerusi slot Good Night All-Starz yang bersiaran pada pukul 8.00 hingga 12.00 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Apakata kita berkenalan lebih dekat dengan Fiza Frizzy ini.

Biodata Fiza Frizzy

Nama Penuh: Nur Hafizah Md Saad
Nama Komersil: Fiza Frizzy
Umur: 29 Tahun (2017)
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak sulung daripada lima beradik
Kerjaya: Deejay Radio & Pengacara TV
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

TV Host: CJ Wow Shop, Sukan Ke Laut & Xplorasi

Laman Sosial Fiza Frizzy

Trivia Menarik Fiza Frizzy

  1. Seorang yang aktif, happy go lucky, lincah dan peramah.
  2. Sukakan aktiviti yang lasak serta mendekatkan dirinya dengan alam semula jadi seperti skuba.
  3. Bakatnya dicungkil menerusi program Projek Metro pada 2013.
  4. Graduan dalam jurusan Teknologi Bio, Sumber Sains dan Pengurusan dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
  5. Sebelum bergelar penyampai radio, Fiza bertugas di bahagian korporat di stesen radio berkenaan.
  6. Menamatkan karier sebagai penyampai radio iM4U.FM pada Julai lalu.
  7. Mempunyai lebih 13,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Fiza Frizzy

cj-wow-shop-Fiza-Frizzy-300x300 Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop fesyen-rambut-Fiza-Frizzy-300x300 Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop gambar-selfie-Fiza-Frizzy-300x300 Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop pengacara-Fiza-Frizzy-300x300 Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop rambut-Fiza-Frizzy-300x300 Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop wajah-Fiza-Frizzy-300x300 Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop

azlan-150x150 Biodata Fiza Frizzy, Pengacara CJ Wow Shop

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Fiza Frizzy #CJ Wow Shop #Fiza Frizzy #Fiza Frizzy Host CJ Wow Shop #fiza frizzy hot #fiza frizzy profile #fiza frizzy seksi #Fiza Frizzy Temasya Sukan Ke Laut #fiza frizzy umur #Fiza Saad #fiza saad cj wow shop #Kenali Fiza Frizzy #Nur Hafizah Md Saad #siapa fiza frizzy #siapa fiza saad #Trivia Menarik Fiza Frizzy

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.