Biodata Akhmal Nazri, Dari Lakonan Ke Dunia Pengacaraan

Biodata Akhmal Nazri Pelakon & Pengacara TV

Pesona bintang jejaka bernama Akhmal Nazri semakin bersinar terang selepas membintangi sitkom popular Astro berjudul Oh My English.

Penangan watak ‘Jibam’ yang dilakonkannya menerusi sitkom tersebut berjaya mencuit hati para penonton. Sejak itu, pintu rezekinya semakin melimpah ruah dalam arena seni lakonan tempatan.

Dalam mengembangkan lagi resume sebagai pelaku seni, anak kelahiran Pahang ini mula berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan.

Kini, pemilik nama lengkap Muhd Akhmal Mohd Nazri ini mengendalikan program bual bicara PM Live di Astro Ria 104 dan Jom Singgah di TV3.

Jangan buang masa lagi, jom kita berkenalan dengan jejaka berbintang Pisces ini.

Biodata Ringkas Akhmal Nazri

Nama Penuh: Muhd Akhmal Mohd Nazri
Nama Komersil: Akhmal Nazri
Tarikh Lahir: 1992
Umur: 25 Tahun
Zodiak: Pisces
Asal: Muadzam Shah, Pahang
Kerjaya: Pelakon & Pengacara TV
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telemovie: Oh My English!, Oh My Ganu 2, Oh My English!: Hello Amerika, Oh My English!: Villa Isabellaaa!, Oh My English After School, Lelaki Macam Dia dan banyak lagi.

TV Show: PM Live!, Jom Singgah, AM Live!, Proksi, MadMarkets, Anak Siapa Nie Eh! dan banyak lagi.

Laman Sosial Akhmal Nazri

Trivia Menarik Akhmal Nazri

  1. Merupakan seorang yang happy go lucky dan lelaki metroseksual.
  2. 2. Graduan Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  3. Lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan kerana seringkali mendapat tawaran berlakon sebagai pelajar sekolah menengah atau pelajar universiti.
  4. Aktor antarabangsa, Leonardo DiCaprio merupakan idolanya dalam bidang lakonan.
  5. Sebenarnya, bidang pengacaraan bukan satu yang baharu buat Akhmal. Jejaka ini pernah mengacarakan sebuah program kanak-kanak berjudul Anak Sape Ni Eh! ketika berusia 14 tahun.
  6. Kini, bernaung di bawah label On Air Talent Management.
  7. Peminat setia band popular dari Indonesia iaitu Noah (Peter Pan).
  8. Suka membaca bahan bacaan yang santai seperti komik dan buku berkaitan kereta.
  9. Memiliki lebih 100,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Akhmal Nazri

Akhmal-Nazri-pakai-songkok-300x300 Biodata Akhmal Nazri, Dari Lakonan Ke Dunia Pengacaraan Akhmal-Nazri-Pelakon-Pengacara-TV-300x300 Biodata Akhmal Nazri, Dari Lakonan Ke Dunia Pengacaraan biodata-akhmal-nazri-menarik-300x300 Biodata Akhmal Nazri, Dari Lakonan Ke Dunia Pengacaraan gaya-Akhmal-Nazri-300x300 Biodata Akhmal Nazri, Dari Lakonan Ke Dunia Pengacaraan

azlan-150x150 Biodata Akhmal Nazri, Dari Lakonan Ke Dunia Pengacaraan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Akhmal Nazri #akhmal nazri age #akhmal nazri girlfriend #akhmal nazri height #akhmal nazri instagram #Akhmal Nazri Jibam #Akhmal Nazri Jom Singgah TV3 #Akhmal Nazri PM Live! Astro Ria #akhmal nazri umur #akhmal nazri wikipedia #Biodata Akhmal Nazri #Kenali Akhmal Nazri #muhd. akhmal mohd. nazri profile #Profil Akhmal Nazri #Trivia Menarik Akhmal Nazri

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.