Atasi 5 Masalah Kulit Dengan Tomato!

Khasiat Tomato

Tomato atau nama saintifiknya Solanum Lycopersicon merupakan salah satu sayur-sayuran jenis buah yang digunakan dalam sesuatu masakan sejak zaman berzaman.

Selain dijadikan sebagai bahan masakan, buah yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti Vitamin A dan C ini juga boleh dimakan begitu sahaja.

Malah, tomato juga mengandungi Likopena iaitu antioksidan yang mampu mencegah penyakit berbahaya seperti kanser prostat, mulut dan rahim serta melawan radikal bebas akibat asap rokok atau asap kenderaan yang boleh mendatang kemudaratan kepada tubuh badan kita.

Tahukah anda, buah yang berasal dari Benua Amerika ini boleh digunakan dalam kecantikan terutamanya dalam merawat kulit wajah dan tubuh badan kita semua.

Jom atasi 5 masalah kulit yang dihadapi anda dengan menggunakan buah tomato. Selamat mencuba!

1. Kulit Berjerawat

Tomato sangat sesuai untuk mengatasi masalah kulit berjerawat. Jika diamalkan secara berterusan, jerawat di wajah semakin mengecut serta kulit menjadi licin dan sihat.

Cara Rawatan:

Lenyekkan tomato dan sapukan adunan berkenaan di seluruh wajah anda terutamanya di bahagian yang berjerawat selama 30 hingga 40 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu untuk hasil yang memberangsangkan.

2. Pudarkan Bintik Hitam Di Wajah

Tahukah anda, tomato juga mampu memudar dan mengurangkan masalah bintik hitam yang dialami sebahagian daripada kita.

Cara Rawatan:

Semudah ABC, anda hanya perlu memotong tomato kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Hasilnya, bintik gelap semakin pudar dan kulit semakin cerah jika dilakukan secara rutin.

3. Atasi Masalah Kulit Kering & Bersisik

Bagi yang mengalami kulit kering dan bersisik, tomato boleh menjadi solusi kepada masalah anda.

Cara Rawatan:

Kembalikan kelembatan kulit dengan rawatan tomato yang dilenyekkan dan dilumur di seluruh badan ketika mandi. Sebelum badan dibersihkan, biarkan adunan tomato tersebut kering seketika. Anda digalakkan melakukan rawatan ini seminggu sekali untuk melihat hasilnya.

4. Kulit Tidak Sekata

Selain wajah berjerawat, bintik hitam dan kulit berminyak, masalah kulit tidak sekata turut menjejaskan penampilan seseorang.

Cara Rawatan:

Campuran jus tomato dengan madu dikatakan sangat baik untuk merawat masalah kulit tidak sekata. Oleskan campuran berkenaan ke sekeliling wajah dan biarkan sebentar sehingga kering. Cuci wajah anda dengan air suam yang telah dicampurkan dengan perahan air limau nipis. Pastinya kulit anda akan semakin cerah dan bersinar.

5. Hilangkan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata

Siapa sangka, tomato juga boleh hilangkan lingkaran hitam di bawah mata anda.

Cara Rawatan:

Hiriskan tomato kepada beberapa potongan nipis. Lekapkan tomato dengan salutan yogurt asli pada mata anda. Rawatan ini sedikit sebanyak mengurangkan kesan gelap atau hitam di bawah mata dan membuatkan kulit semakin cerah.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Atasi Masalah Kulit Wajah & Tubuh Badan Dengan Tomato #buah tomato #Khasiat Buah Tomato Dalam Kecantikan #khasiat tomato #Manfaat Disebalik Tomato #manfaat tomato

Tips Membuka Penutup Botol Yang Ketat! Jom Cuba Teknik Ringkas Ini!
Buat anda yang suka memasak, pastinya mempunyai pelbagai botol atau bekas simpanan yang
5 Cara Betul Simpan Minyak Wangi Anda Supaya Kekal Tahan Lama!
Pada hari ini, pelbagai produk wangian diri terdapat di pasaran sama ada minyak
Cara Usir Nyamuk Menerusi Tanaman Pokok Hiasan. Anda Wajib Cuba!
Kehadiran nyamuk bukan sahaja menganggu persekitaran anda dan sekeluarga tetapi membawa pelbagai penyakit
5 Alasan Lelaki Masa Kini Tidak Terburu-Buru Untuk Berkahwin!
Apabila berbicara tentang perkahwinan, ianya merupakan impian setiap manusia di muka bumi ini.

Comments are closed.