Biodata Syafiq Farhain, Penyanyi Lagu ‘Sayang Maafkan Aku’

Biodata Syafiq Farhain Anak Saleem Iklim

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Pepatah Melayu ini sangat signifikan buat pendatang baru bernama Syafiq Farhain ke dunia seni suara tanah air.

Dek kerana video nyanyiannya di aplikasi Smule tular di media-media sosial sekitar Februari lalu, figura tinggi lampai ini ditawarkan untuk menjadi artis rakaman di bawah label MVN Production.

Menariknya, anak jati Terengganu ini telah mengeluarkan single pertamanya berjudul Sayang Maafkan Aku sejak penghujung Jun 2017.

Dihasilkan oleh Harry Khalifah, lagu ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga video liriknya di Youtube mendapat lebih satu juta tontonan dalam masa dua minggu.

Malah, lagu ini juga seringkali dimainkan dicorong-corong radio kerajaan dan swasta tempatan setiap hari.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan penyanyi baru yang bersuara serak-serak basah ini.

Biodata Ringkas Syafiq Farhain

Nama Penuh: Nursyafiq Farhain A M Salim
Nama Komersil: Syafiq Farhain
Tarikh Lahir: 19 Februari 1994
Umur: 23 Tahun (2017)
Asal: Kampung Chalok, Setiu, Terengganu
Adik Beradik: Anak keempat dari lima beradik
Single: Bujang
Kerjaya: Penyanyi & Pegawai Bomba
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu: Sayang Maafkan Aku

Laman Sosial Syafiq Farhain

Trivia Menarik Syafiq Farhain

  • Merupakan anak penyanyi popular 90-an, Saleem (Iklim).
  • Bercita-cita untuk berduet dengan ayahnya satu masa nanti.
  • Sebelum dipindah ke cawangan Putrajaya, Syafiq pernah bertugas di Balai Bomba & Penyelamat Tebrau, Johor Bahru.
  • Mempunyai kumpulan muzik bernama Fire Fingers JDT yang dianggotai anggota bomba. Selain membuat persembahan di majlis-majlis berkaitan bomba, Syafiq juga menyanyi di acara korporat dan kenduri kahwin.
  • Mula menyanyi di aplikasi Smule sejak penghujung tahun 2016. Antara lagu-lagu yang pernah dinyanyikan di aplikasi tersebut seperti Suci Dalam Debu, Antara Sutera Dan Bulan, Mimpi Yang Pulang, Luhur dan Warisan.
  • Mempunyai lebih 40,000 pengikut di Facebook dan hampir 9,000 pengikut di Instagram miliknya.

Lirik Lagu Sayang Maafkan Aku – Syafiq Farhain

Sayang dimana kamu
Ku disini sentiasa merinduimu
Pada bulan pada bintang
Seakan tahu perasaanku

Sayang maafkan aku
Jika ku pernah melukakan hatimu
Pada angin pada awan
Ku kirim seribu kemaafan

Seandainya bisa ku undurkan
Waktu mula dulu kita bersama
Saat-saat indah di masa bercinta
di sulam bahagia

Dan disaat dirimu rasa kecewa
Engkau pergi bersama hati yang lara
Jiwaku sengsara dan rasa bersalah
membuatmu kecewa

Sayang dimana kamu

Seandainya bisa ku undurkan
Waktu mula dulu kita bersama
Saat-saat indah di masa bercinta
di sulam bahagia

Dan disaat dirimu rasa kecewa
Engkau pergi bersama hati yang lara
Jiwaku sengsara dan rasa bersalah
membuatmu kecewa

Sayang pulanglah kamu
Moga terbuka pintu hati buatku
Maafkan aku bagi diriku
Kaulah segala-gala untukku

Gambar menarik Syafiq Farhain

abang-bomba-suara-best-Syafiq-Farhain-300x300 Biodata Syafiq Farhain, Penyanyi Lagu 'Sayang Maafkan Aku' anak-saleem-iklim-Syafiq-Farhain-300x300 Biodata Syafiq Farhain, Penyanyi Lagu 'Sayang Maafkan Aku' biodata-Syafiq-Farhain-300x300 Biodata Syafiq Farhain, Penyanyi Lagu 'Sayang Maafkan Aku' sayang-maafkan-aku-Syafiq-Farhain-300x300 Biodata Syafiq Farhain, Penyanyi Lagu 'Sayang Maafkan Aku' Syafiq-Farhain-bersama-ibunya-300x300 Biodata Syafiq Farhain, Penyanyi Lagu 'Sayang Maafkan Aku' Syafiq-Farhain-300x300 Biodata Syafiq Farhain, Penyanyi Lagu 'Sayang Maafkan Aku'

azlan-150x150 Biodata Syafiq Farhain, Penyanyi Lagu 'Sayang Maafkan Aku'

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #abang bomba Syafiq Farhain #anak saleem iklim #Biodata Syafiq Farhain #Kenali Syafiq Farhain #lirik lagu Sayang Maafkan Aku #Lirik Sayang Maafkan Aku #related to Syafiq Farhain #suara seperti saleem iklim #Syafiq Farhain #Syafiq Farhain Anak Aaleem Iklim #syafiq farhain instagram #Syafiq Farhain Penyanyi Sayang Maafkan Aku #Syafiq Farhain Sayang Maafkan Aku

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.