5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Saban hari, industri seni hiburan tanah air didatangi ramai pendatang baharu untuk menaruh nasib sebagai anak seni.

Bukan sahaja warga tempatan, artis dari negara seberang seperti Singapura, Brunei dan Indonesia turut serta mewarnai dunia seni hiburan Malaysia.

Ternyata, kedatangan mereka disambut baik oleh para peminat serta pengiat seni negara. Mereka bukan sahaja mempunyai rupa paras yang kacak bergaya dan cantik menawan bahkan memiliki bakat yang hebat dan tersendiri.

Berikut, penulis kongsikan 5 artis lelaki kelahiran Singapura yang mencipta nama di Malaysia. Take a look!

1. Aaron Aziz

aaron-aziz-2017-e1500658898721 5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Aaron Aziz, satu nama yang tidak asing lagi di persada seni hiburan Malaysia dan Singapura.

Sebelum berhijrah ke Malaysia, figura berbadan sasa ini memulakan karier seninya di Singapura sejak 1990.

Kehadirannya mula mencuri tumpuan para penonton apabila membintangi drama bersiri popular berjudul Emil Emilda yang ditayang di TV3 sekitar 2008. Sejak itu, bakat bintang filem KL Gangster, Suamiku Encik Perfect 10 dan Kau Yang Satu ini semakin bersinar sehingga ke hari ini.

Antara drama bersiri yang pernah dilakonkan oleh Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dan 2013 ini adalah Nora Elena Adam & Hawa, Tuan Anas Mikael, Isteri Tuan Ihsan, Tentang Hati dan Black Belt Kaler Pink.

Jangan lupa menonton buah tangan terbaharunya iaitu drama My Darling Inspektor Daniel bergandingan dengan Siti Elizad dan Elizabeth Tan yang bakal ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria 104 mulai 31 Julai 2017

2. Hisyam Hamid

Hisyam-Hamid-2017-e1500658871283 5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Buat peminat drama Abang Bomba I Love You dan Sayang Papa Saya Tak, pastinya mengenali aktor kacak bernama Hisyam Hamid ini.

Namanya mula dikenali apabila berlakon dalam drama berantai popular tempatan, Ariana Rose bersama-sama pelakon hebat tanah air iaitu Fathia Latif dan Keith Foo.

Memulakan kerjaya seninya di Malaysia pada September 2013, Hisyam merupakan salah satu bintang kelahiran Singapura yang berjaya mencipta nama di negara ini.

Sebelum bergelar aktor, bapa kepada dua cahaya mata ini pernah berkhidmat sebagai anggota bomba selama lapan tahun di seberang tambak.

3. Aliff Aziz

Aliff-Aziz-2017-e1500658846558 5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Handsome, berbakat dan tinggi! Itulah tiga perkataan yang boleh penulis kongsikan kepada pembaca apabila berbicara tentang Aliff Aziz.

Selepas merangkul gelaran juara program nyanyian iaitu Anugerah 2007 di Singapura, pemilik nama Muhammad Aliff Aziz ini mula bergelar seorang penyanyi profesional.

Mencipta fenomena tersendiri, single pertama bertajuk Sayang Sayang melonjakkan nama Aliff bukan sahaja di negara kelahirannya bahkan ke Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Di samping menguasai seluruh carta muzik di televisyen dan radio, lagu hits berkenaan turut dianugerahkan beberapa penghargaan termasuklah Lagu Paling Popular di Anugerah Planet Muzik (APM) 2008 dan menjadi nada dering paling banyak dimuat turun iaitu sebanyak 1 juta di seluruh Asia.

Selain Sayang Sayang, anak sulung dari tiga beradik ini turut mengeluarkan beberapa lagu berjudul Kalau Cinta, Jangan Ganggu Pacarku, Tak Ada Cinta Sepertimu dan Sandar Padaku.

Suami kepada Bella Astillah ini juga mengembangkan bakatnya dalam dunia seni lakonan. Pelbagai drama telah dijayakan oleh figura berdarah Melayu Arab ini seperti Meh Sandar Pada Aku, Love You Miss Pomen, Cinta Vlog, Tiara dan Antara Kita.

4. Sufi Rashid

sufi-rashid-2017-e1500658818820 5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Sukses di kota singa, Sufi Rashid ingin memperdagangkan bakat nyanyiannya di Malaysia.

Dengan menyertai Akademi Fantasia (AF) 2015, figura berbintang Aquarius ini dinobatkan juara program realiti nyanyian tersebut. Sejak itu, namanya mula mekar mewangi di lapangan seni hiburan tempatan.

Sepanjang bergelar anak seni, Sufi atau nama lengkapnya Muhammad Sufie Rashid pernah menerima anugerah seperti Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 29, Artis Popular Singapura dan Lagu Paling Popular Singapura di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 serta Naib Juara SG Mania 2014.

Tidak mahu ketinggalan, Sufi turut membuka bisnes kulinarinya iaitu Restoran De’Tulang Merah bertempat di Kuchai Lama, Kuala Lumpur sejak Mac 2016.

5. Erwin Dawson

Erwin-Dawson-2017-e1500658787924 5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Siapa sangka keputusan untuk berhijrah ke Malaysia membuahkan hasil buat anak jati Sungai Panjang, Singapura ini.

Walaupun namanya tidak sepopular Aaron Aziz, Hisyam Hamid dan Aliff Aziz, bakat pelakon muda bernama Erwin Dawson ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Semakin diminati ramai, pelakon berusia 28 tahun ini menjadi rebutan para pengarah dan penerbit tempatan untuk menjayakan projek seni seperti drama, telefilem dan filem.

Bernaung dibawah label pengurusan Prokuya Studios, Erwin pernah membintangi beberapa buah drama dan telefilem seperti Dunia Generasi Baru, Isteri Separuh Masa, Syurga Nur, Jodoh Sebelah Pintu, Iman Mudaku Romantik dan Bukalah Pintu Hatimu.

Bukan sahaja aktif berlakon, anak ketiga dari empat beradik ini bercita-cita ingin bergelar seorang penyanyi satu masa nanti.

azlan-150x150 5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aaron aziz #Aktor Lelaki Kelahiran Singapura #Aliff Aziz #artis lelaki singapura #Artis Singapura Yang Cipta Nama Di Malaysia #Bintang Kelahiran Singapura Yang Popular Di Malaysia #Erwin Dawson #hisyam hamid #Images for artis singapura #pelakon melayu lelaki singapura #pelakon singapura di malaysia #pelakon singapura lelaki #pelakon wanita singapura di malaysia #Selebriti Berasal Dari Singapura #senarai artis singapura di malaysia #Sufi Rashid

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.