4 Artis Wanita Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Artis Wanita Singapura

Industri seni hiburan negara bukan sahaja dilopori artis tempatan bahkan turut diserikan dengan kehadiran bakat-bakat hebat dan luar biasa dari negara seberang seperti Indonesia, Singapura serta Brunei.

Masih ingat dengan artikel bertajuk 5 Artis Lelaki Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia? Untuk kali ini, penulis kongsikan pula mengenai 4 Artis Wanita Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia. Check it out!

1. Hannah Delisha

wajah-anggun-Hannah-Delisha-300x300 4 Artis Wanita Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Sejak membintangi drama berantai popular berjudul Mencintaimu Mr Photographer tidak lama dahulu, nama Hannah Delisha semakin mekar mewangi di persada seni hiburan Malaysia. Meskipun baru setahun jagung, anak kelahiran Singapura ini dilihat sebagai pelapis baharu yang mampu bersinar dan pergi jauh sebagai anak wayang.

Selain Mencintaimu Mr Photographer, figura cun melecun ini turut menjayakan beberapa drama dan telemovie seperti Spaghetti Kuah Kacang, 7 Hari Suria, Kathy Gerenti, Kemelut dan Farhana.

Untuk info, gadis berusia 21 tahun ini juga berbakat dalam bidang seni suara dan pernah menganggotai kumpulan nyanyian iaitu Delisha sebelum bergerak solo. Malah, pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini turut dinobatkan sebagai Personaliti Wanita Paling Pooular di Pesta Perdana 14 di Singapura.

2. Aisyaah Aziz

aisyaah-aziz-300x300 4 Artis Wanita Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Kemerduan suara bintang bernama Aisyaah Aziz tatkala mengalunkan bait-bait lirik lagu seperti Mimpi, Tanda Tanya, Senyum Saja, Pulanglah dan Pilihan Sejati berjaya memukau ramai pendengar.

Jenamanya mula dikenali selepas menyertai program realiti nyanyian tersohor, Akademi Fantasia (AF) 2013 bersama-sama Indah Ruhaila, Hael Husaini, Nabila Razali dan Amira Othman.

Bukan sahaja mempunyai suara yang merdu dan unik, adik kepada Aliff Aziz ini juga memiliki rupa paras yang cantik menawan dan tinggi lampai persis peragawati. Untuk pengetahuan para pembaca, anak jati Singapura ini mempunyai pasangan kembar bernama Ayeena Aziz.

Sepanjang bergelar anak seni, Aisyaah atau nama lengkapnya Nur Aisyaah Aziz pernah menerima Anugerah Kolaborasi (Lagu) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2014.

3. Atikah Suhaime

gambar-teerbaru-atikah-suhaime-2017-kurus-300x300 4 Artis Wanita Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Atikah Suhaime, satu nama yang tidak asing lagi di pentas lakonan di Malaysia dan Singapura. Wajahnya banyak menghiasi drama, telefilem dan filem tempatan termasuklah Seharum Mawar, Si Kolot Suamiku, Terlarang Sudah Rinduku, Encik Guard Dan Cik Tomboy, Bila Hati Berbicara, Rubi, Pencuri Hati Mr Cinderella, Lagenda Budak Hostel, Volkswagen Kuning, Suamiku Jatuh Dari Langit serta Highland Tower.

Karier seni Atikah pernah malap akibat kontroversi gambar di ranjang miripnya dan Idris Khan tersebar luas di laman media sosial pada tahun lalu menyebabkan aktres cantik ini tidak mendapat tawaran berlakon selama enam bulan sehingga dirinya membuat keputusan untuk pulang ke kota Singa dan bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat farmasi.

Berasal dari Tempines, Singapura, si cantik ini merupakan graduan Diploma Komunikasi Media di Politeknik Singapura.

4. Elfaeza Ul Haq

Elfaeza-Ul-Haq-300x300 4 Artis Wanita Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Siti Elfaeza Ehsan Ul Haq atau nama glamornya Elfaeza Ul Haq mula mencuri tumpuan para peminat dan pengiat seni apabila menjayakan drama bersiri popular iaitu Adam & Hawa. Sejak itu, rezekinya semakin melimpah ruah serta menjadi buruan para pengarah dan penerbit tempatan.

Pelbagai drama dan telemovie dilakonkannya termasuklah Keluarga Karaoke, Ustaz Sebelah Rumah, Kelas 3 Cempaka, Seharum Rindu, Kompang Abang Zabidi, Danny The Series, Rumah Untuk Ibu, Persis Bidadari, Bukan Salah Kami dan banyak lagi. Sebelum aktif dalam bidang seni lakon, figura yang berasal dari Jurong, Singapura ini pernah menyertai pertandingan nyanyian iaitu Anugerah pada 2003 ketika berusia 18 tahun.

Anak kedua daripada tiga beradik ini mula mengenakan hijab mulai Januari 2016 dan kini merupakan salah seorang ikon kemanusiaan kepada Ukhwah For Ummah (U4U).

azlan-150x150 4 Artis Wanita Kelahiran Singapura Ini Cipta Nama Di Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aisyaah Aziz #artis singapura #Artis Wanita Kelahiran Singapura #Artis Wanita Kelahiran Singapura Cipta Nama Di Malaysia #atikah suhaime #Elfaeza Ul Haq #Hannah Delisha #Selebriti Singapura Yang Popular Di Malaysia

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.