5 Manfaat Lidah Buaya Perlu Anda Ketahui

Pokok Aloe Vera Lidah Buaya

Lidah buaya atau turut dikenali sebagai aloe vera memang popular sebagai tanaman hiasan terutamanya di kawasan kampung-kampung.

Di samping mencantikkan kawasan tempat tinggal, lidah buaya mempunyai pelbagai manfaat kepada kecantikan dan kesihatan kita semua.

Nak tahu manfaat yang terdapat pada lidah buaya, jom baca artikel ini!

1. Menghilangkan jerawat

Tahukah anda, lidah buaya mampu menghilangkan jerawat yang muncul di wajah secara semula jadi.

Kandungin saponin yang terdapat pada lidah buaya bertindak sebagai antibakteria yang akan membunuh kuman atau bakteria penyebab jerawat.

Oleskan sahaja gel segar yang terdapat pada lidah buaya di wajah yang terkena jerawat selama 10 hingga 15 minit. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Lakukan secara rutin untuk kesan yang memberangsangkan.

2. Membersihkan solekan

Selain memberikan kebaikan kepada kulit wajah dan rambut, lidah buaya boleh dijadikan sebagai pembersih solekan.

Buat anda yang suka menggenakan makeup, apakata anda gantikan pembersikan solekan sedia ada dengan lidah buaya.

Semudah ABC, taruhkan gel lidah buaya di atas kapas dan bersihkan wajah anda seperti biasa. Sangat menyegarkan dan 100% semula jadi.

3. Merawat Kuku

Kuku anda kering dan kusan? Jangan khuawatir, lidah buaya mampu merawat dan melembapkannya.

Sekadar oleskan gel di kuku-kuku bermasalah sebelum tidur secara rutin untuk hasil yang semaksimal.

4. Gel Bercukur

Anda kehabisan shaving cream? Tenang, anda boleh menggunakan lidah buaya sebagai pengganti krim berkenaan.

Bukan sahaja menyejukkan dan melembapkan, gel lidah buaya mampu mencegah masalah iritasi kulit selepas proses bercukur.

5. Menyembuhkan gigitan serangga

Apabila digigit serangga seperti nyamuk atau semut, pastinya kita akan mula menggaru-garu di tempat terkena gigitan sehingga berlakunya iritasi kulit dan luka kecil.

Bagi mengatasinya, sapukan gel lidah buaya di kawasan yang terkena gigitan. Lidah buaya mampu mencepatkan proses penyembuhan jika terjadi masalah iritasi atau luka kecil. Hebat bukan!

Pokok Aloe Vera, Lidah Buaya

Pokok Lidah Buaya atau Aloe Vera

 

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aloe vera gel #Kebaikan Lidah Buaya #kegunaan aloe vera #khasiat aloe vera #manfaat aloe vera #Manfaat Lidah Buaya #pokok aloe vera #Sihat Cantik Dengan Lidah Buaya

Rahsia Cantik Katrina Kaif? Ikuti 5 Petua Kecantikan Ini!
Katrina Kaif, satu bintang yang semakin bersinar terang di dunia seni hiburan Bollywood.
Cara Meredakan Demam Jika Anda Tidak Ke Klinik
Bilakah kali terakhir anda demam? Bila seseorang demam, badan menjadi lemah dan kebanyakan
Rahsia Kecantikan Nelydia Senrose Yang Perlu Anda Cuba!
Sedar atau tidak, aktres cun bernama Nelydia Senrose ini sudah 10 tahun bergelar
Ibu Hamil, Elakkan Dari Makan Makanan Ini!
Pengambilan makanan dalam tempoh kehamilan adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang hamil bagi

Comments are closed.