Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella

Aktor Kacak Iswan Ismail

Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, jejaka bernama Iswan Ismail mula mencuri tumpuan para peminat drama bersiri tempatan.

Aktor kacak dan bertubuh sado ini semakin dikenali dek penangan drama Hero Seorang Cinderella yang dibintanginya bersama Fattah Amin dan Nur Fazura.

Ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria 104, anak kelahiran Singapura ini melakonkan watak sebagai Lukman atau Luke dalam drama yang diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Michael Ang.

Selain bergelar pelakon, Iswan juga aktif dalam bidang peragaan.

Jangan buang masa, jom kita kenali lebih rapat dengan Iswan Ismail ini.

1. Sudah dikenali di Singapura

Sebelum menguak pintu seni hiburan Malaysia, Iswan sudah mencipta nama di negara kelahiran. Sukar untuk berulang alik ke Singapura kerana menyambung pelajaran di sini, Iswan membuat keputusan untuk mencuba nasib sebagai anak seni di Malaysia.

2. Bakal menamatkan pengajian di menara gading tidak lama lagi

Iswan bakal menamatkan pengajiannya di Inti College Subang dalam jurusan Ijazah Sarjana (Master) Pentadbiran Perniagaan beberapa bulan lagi.

3. Mempunyai kelab peminat

Penangan membintangi drama Hero Seorang Cinderella, Iswan mempunyai kelab peminatnya tersendiri iaitu Iswan Force Team. Ditubuhkan pada 27 Mac 2017, kelab ini menyatukan peminatnya dari Malaysia dan Singapura.

4. Gemar ke gimnasium

Untuk menjaga kesihatan diri dan mengekalkan stamina, Iswan suka menghabiskan masa bersenam di gimnasium.

5. Ciri-ciri wanita idaman

Sukakan wanita berambut panjang dan bertudung. Apabila keluar bersama, saya lebih suka ke restoran yang membuat persembahan nyanyian dan ke tempat yang senang untuk berborak.

Biodata Ringkas Iswan Ismail

Nama Penuh: Muhammad Iswan Ismail
Nama Komersil: Iswan Ismail
Tarikh Lahir: 1989
Umur: 28 Tahun (2017)
Asal: Singapura
Adik Beradik: Anak bongsu daripada dua beradik
Kerjaya: Pelakon dan Model

Drama/Telemovie: Hero Seoramg Cinderella, Shhh…I Love U, Luna Elvira, Papa Sayang, Di Pintu Syurga, Ops Cinta Din Sardin, Suri Hati Mr Pilot Raya, Karisma, Lara Cinta Ameena, Tika Suria Mendongak, Nasi Minyak Kuah Cinta dan banyak lagi

Laman Sosial Iswan Ismail

Gambar Menarik Iswan Ismail

aktor-kacak-singapura-Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella badan-sado-Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella biodata-Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella gambar-hensem-Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella gaya-rambut-Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella Iswan-Ismail-pakai-baju-melayu-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella pelakon-kacak-Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella pelakon-model-Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella wajah-pelakon-Iswan-Ismail-300x300 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella

azlan-150x150 Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aktor kacak Iswan Ismail #aktor singapura kacak #Biodata Iswan Ismail #biodata iswan ismail pelakon #gambar Iswan Ismail #Iswan Ismail #iswan ismail cleo #iswan ismail hero seorang cinderella #iswan ismail instagram #iswan ismail prince mateen #iswan ismail profile #iswan ismail umur #pelakon drama Hero Seorang Cinderella #Profil Iswan Ismail #siapa iswan ismail #Trivia Menarik Iswan Ismail

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Iswan Ismail, Aktor Kacak Drama Hero Seorang Cinderella"