Biodata Nur Qistina Raisah, Pelakon Kanak-Kanak Popular

Nur Qistina Raisah Biodata

Kecil-kecil cili padi! Pepatah Melayu ini sangat sesuai buat pelakon kanak-kanak yang semakin popular dan diminati ramai iaitu Nur Qistina Raisah.

Memperdagangkan bakat seninya seawal usia empat tahun, aktres cilik ini memiliki bakat lakonan yang luar biasa dan tidak boleh dipandang enteng.

Pemilik nama lengkap Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari ini mula menjadi siulan khalayak apabila membintangi drama bersiri terkenal, Papa Ricky yang ditayangkan di saluran Astro Prima 105 tidak lama dahulu.

Terdahulu, bintang muda ini banyak menghiasi drama dan telefilem kanak-kanak tempatan seperti I-Kids, Geng UPSR dan 3 Campur 1- Ooops!.

Buah tangan terbaharunya iaitu drama berantai berjudul Syurga Yang Kedua berkolaborasi bersama Zarul Umbrella, Fasha Sandha dan Elizad Sharifuddin akan menemui para penonton tidak lama lagi. Drama adaptasi dari sinetron Indonesia ini bakal disiarkan menerusi Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135.

Ternyata, negara kita tidak ketandusan bakat-bakat baharu dalam mewarnai dunia seni hiburan tanah air.

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan figura berbintang Sagittarius ini.

Biodata Ringkas Nur Qistina Raisah

Nama Penuh: Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari
Nama Pentas: Nur Qistina Raisah
Umur: 9 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 1 Disember 2008
Zodiak: Sagittarius
Asal: Selangor
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon & Model Kanak-Kanak

Drama/Telemovie: Dia, Papa Rizky, Syurga Yang Kedua, I-Kids, Jangan Sembelih Merah, Lafazkan Kalimah Cintamu, Salam Cinta Ustazah Husna, Selimut Merdeka, Naluri Bercinta, Nazar Cinta Ramadan, Baby Bro, Azam Ramadan Su, Geng UPSR, Putih Kemboja, Coklat, Bila Kau Datang, Parlimen Mini, Demi Cinta Ain, Segalanya Untuk Kita, Abang Beduk, 3 Campur 1 – Ooops!, Karlisa, Imamkan Aku, Doa Terindah, Gocoh, Budak Johor, Zahira, dan banyak lagi.

Filem: Kelibat, Felina, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Nur Qistina Raisah

Trivia Menarik Tentang Nur Qistina Raisah

  • Segalanya Untuk Kita adalah drama pertama lakonan si cilik ini dimana memperkenalkan dirinya di lapangan seni lakonan tempatan.
  • Di samping aktif berlakon drama, telefilem dan filem, Nur Qistina turut muncul dalam beberapa iklan komersil seperti Purelive, Nivea, Livita, EcoWorld dan banyak lagi.
  • Mendapatkan khidmat pembelajaran di rumah (Home School).
  • Model tudung kanak-kanak berjenama FerdaScarf.
  • Ibunya menjalankan bisnes menjual biskut dan kek yang dikenali sebagai QuQis Homemade.
  • Mengikuti kelas berenang mulai 18 Oktober yang lalu.
  • Muncul dalam video muzik berjudul Menghilang yang dinyanyikan penyanyi Indonesia, Neena.
  • Memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Nur Qistina Raisah

Nur-Qistina-Raisah-cute-300x300 Biodata Nur Qistina Raisah, Pelakon Kanak-Kanak Popular Nur-Qistina-Raisah-pelakon-300x300 Biodata Nur Qistina Raisah, Pelakon Kanak-Kanak Popular

azlan-150x150 Biodata Nur Qistina Raisah, Pelakon Kanak-Kanak Popular

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #biodata nur qistina #Biodata Nur Qistina Raisah #keluarga nur qistina raisah #Kenali Nur Qistina Raisah #Nur Qistina Raisah #nur qistina raisah 2016 #nur qistina raisah 2017 #nur qistina raisah dan keluarga #Profil Nur Qistina Raisah #qistina raisya biodata #Trivia Menarik Nur Qistina Raisah #umur nur qistina raisah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.