Hasil Tangkapan Lumayan, Pemancing Tersenyum Lebar Bersama Bot Pancing 38, Kelantan

Gegar Ebek Si Pemancing Tegar

 Pengalaman berharga kepada pemancing Sport Fishing

Syurga Ebek KelantanBot Pancing 38 sudah tidak asing lagi bagi penggemar aktiviti sport fishing di Negeri Kelantan. Menurut pemiliknya, Fendi 38 atau nama sebenarnya Pendi bin En Husin @ Loh Seng berkata, keadaan vesel miliknya yang selesa, luas dan dilengkapi kemudahan asas kini telah menjadi tumpuan pemancing untuk mendapatkan khidmatnya.

Terbaru, kelibat pemancing yang menaiki vesel ini sekali lagi digemparkan dengan hasil pancingan mereka. Lokasi pemburuan penggemar sport fishing ini adalah dalam jarak 30 batu nautika daripada garis pantai. Kawasan tersebut merupakan kawasan operasi zon C2 yang menempatkan unjam-unjam laut dalam. Menurut pemilik vesel ini lagi, tekong berpengalaman serta keadaan  saiz vesel yang luas serta selesa adalah faktor utama yang membolehkan veselnya keluar jauh ke tengah laut. Ditambah pula dengan pengalaman tekong mencari lubuk-lubuk dan spot sesuai, membuahkan lagi hasil yang lumayan kepada pemancing.

Memancing dengan teknik Jigging

Tambahnya lagi, pemancing kini lebih berkembang dari segi teknik pancingan mereka, dan tidak seperti dahulu kala. Kini, kebanyakkan pemancing laut dalam lebih suka menggunakan kaedah yang diberi nama Jigging. Mereka tidak lagi menggunakan umpan ikan atau sotong. Teknik ini hanya menggunakan mata kail dan kepingan logam atau jig lure dengan berat bersesuaian. Ia dimainkan berulang-ulang menggunakan joran khas. Pergerakan jig lure yang seakan-akan anak ikan di dalam air akan menarik perhatian ikan pemangsa untuk membaham umpan.

Antara spesis ikan yang berjaya ditangkap menggunakan teknik Jigging ini adalah seperti ebek, gerong belang, talang, tenggiri, jenahak, merah dan lain-lain. Kini, permintaan ke atas sewaan vesel sport fishing sedikit sebanyak memberikan penjanaan ekonomi kepada masyarakat sekitar, khususnya nelayan.

Walaupun ramai yang tahu memancing, tetapi tidak semua pemancing tahu akan beberapa tips ini yang mungkin akan lebih bermanfaat kepada pemancing, antaranya adalah seperti berikut;

Elak membazir amalan mulia

Semasa memancing, jangan bazirkan ikan yang anda tidak mahu. Lepaskan kembali ikan itu hidup-hidup. Ambil sahaja ikan yang anda inginkan. Jika anda tidak mahu, dan ikan tersebut telah mati, sedekahkan ikan tersebut sebagai contoh anak ikan kecil yang mati diberi kucing makan. Gunakanlah hasil rezeki tersebut dengan sebaik mungkin. Insyallah petua ini akan membuka lebih banyak pintu rezeki anda semasa memancing.

Mengekalkan kesegaran ikan

Untuk mengelak ikan daripada mudah busuk, anda mestilah menyiang dan membuang isi perut, insang terlebih dahulu sebelum menyimpannya. Jangan basuh ikan tersebut selepas disiang. Selepas itu anda boleh membalutnya dengan surat khabar. Satu surat khabar untuk satu ikan dan letakkan di tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari. Dengan cara ini, ikan akan kekal segar sehingga 24 jam walaupun tiada kelengkapan untuk menjaga kesegarannya ketika memancing.

Joran disentap ikan pari

Ketika memancing pari, apabila tali joran disentap oleh pari, ia akan mendap ke dalam pasir. Ini akan memberikan tekanan yang kuat pada rod semasa cuba marik pari ke permukaan. Cuba petik tali joran yang tegang itu menggunakan hujung dari seperti memetik gitar. Petik sehingga mengeluarkan bunyi pada tali. Pari akan terasa ngilu dan keluar dari mendapan pada dasar laut.

Adab di atas bot semasa memancing

Ketika memancing, tak perlulah berangan-angan untuk menjuntaikan kaki ke luar daripada bot atau sampan. Untuk pengetahuan anda, tapak kaki kita berwarna putih apabila berada dalam air. Ini akan menarik minat sang buaya atau ikan berbahaya yang lain untuk menyambar kaki anda. Gunakan kasut yang sesuai (wet shoe) semasa keluar memancing.

Petua hilangkan bisa ikan

Ikan dengkis biasa menghuni unjam-unjam laut. Biasanya, mereka yang terkena bias ikan ini ialah semasa ingin melepaskannya daripada mata kail. Bisa ikan dengkis biasanya berada pada hujung sirip dorsal ikan (atas). Jika anda terkena sengatan ikan dengkis, gunakan minyak hitam enjin bot atau jelaga asap enjin dan sapukan pada kawasan terkena gigitan. Amalan ini akan mengurangkan rasa berdenyut pada bahagian yang terkena sengat. Selain itu juga, anda boleh  mencuba dengan cara ambil air dari tempat anda memancing tadi. Kemudian titiskan pada kawasan terkena sengatan dan ditelan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan kerana sengatan itu akan berkurangan (ini satu petua, mungkin berkesan, mungkin tidak). Terpulanglah pada anda untuk mencubanya.

Membaca pasang-surut air laut

Sebelum keluar memancing, jangan lupa melihat jadual pasang-surut air semasa. Berdasarkan pengalaman para nelayan, ramai yang merumuskan bahawa hari yang sesuai untuk memancing ialah pada tarikh 7 haribulan sehingga 27 haribulan pada setiap bulan. Tempoh tersebut merupakan waktu paling sesuai untuk keluar memancing. Keaktifan spesis di perairan sukar diramal tetapi tempoh ikan mula memakan umpan adalah sekitar 2 hingga 3 jam sahaja dalam satu-satu sesi. Dengan ini, waktu memancing dapat dihadkan dengan skala paling optimum. Tidak dinafikan penggunaan alat seperti echo sounder dapat melihat taburan ikan, tetapi pasang-surut air yang menyebabkan berlaku pergerakan arus memyebabkan ikan bergerak aktif dan mula membaham umpan.

Kerjasama semasa memancing

Ketika memancing bersama dalam satu bot. Anda mestilah sentiasa alert akan apa yang berlaku dipersekitaran. Ketika joran rakan disentap ikan, jangan lengahkan masa, bagi kerjasama dengan mengarau tali pancing anda dengan segera. Ini dapat membantu rakan anda yang sedang menarik ikan ke permukaan. Jika anda dibiarkan joran itu, ia akan menyusahkan rakan anda dan ikan yang cuba dinaikkan akan melanggar semua tali pancing dan menyebabkan tali menjadi kusut dan berkemungkinan hasil ini akan terlepas.

Mencampak tali pancing

Semasa ingin membuang pancing ke laut, sila pastikan bot pancing anda betul-betul berhenti. Ini akan dapat mengurangkan risiko terlekat mata kail pada batu karang, atau unjam di dalam laut. Pastikan kedudukan joran dan tali pancing pada kedudukan arah arus yang betul, dan tali pancing tidak terlalu kendur.

Menaikkan hasil tangkapan

Ketika joran anda disentap ikan yang besar, jangan mudah panic. Ambil joran terus mengarau tali pancing dengan segera. Jika ikan tersebut menarik kuat tali pancing anda, berhenti mengarau seketika dan tahan rod anda pada kedudukan paling stabil. Biarkan ikan tersebut membawa tali pancing anda jauh. Apabila ia berhenti, mulakan mengacau semula tali pancing. Ulang teknik-teknik ini sehingga ikan dapat dinaikkan ke permukaan. Pastikan tali pancing anda tidak kendur semasa mengarau tali pancing.

Berdoa memohon pertolongan

Setelah menggunakan kaedah atau teknik pancing dengan betul, berdoa memanggil ikan untuk kaki pancing ini adalah salah sebagai satu usaha untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah SWT ketika waktu senang mahupun ketika susah. Sesungguhnya senjata paling mujarab bagi orang mukmin itu adalah berdoa.

Doanya adalah seperti berikut;

Doa Pertolongan Semasa Memancin

Maksudnya, “Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Jathiya ayat 12)

Bacakan doa ini di mata kail yang telah berumpan dengan ayat ini. Insyaa-Allah akan ada ikan yang mengena walaupun seekor.

Gambar menarik bersama Bot Pancing 38 Kelantan

Talang Dan Ebek Kelantan Ebek Kelatan Makan Besi Bot38 Pancing Ebek Penuh Bot 38 Pemancing Bot 38 Jigging Ebek Ebek Kelantan Gegar Ebek Si Pemancing Tegar

Carian Berkaitan

teknik mengelak dari tidak mendapat hasil semasa memancing, trip memancing lumayan gambar

Artikel Berkaitan

Tags: #aktiviti sport fishing #amalan memancing murah rezeki #bot 38 kelantan #bot pancing kelantan #doa dapat ikan banyak #gambar pemcing sport fishing #gambar sport fishing #jig lure #jigging ebek #memancing laut #petua hilang bisa ikan #petua memancing #sewa bot pancing #tips memancing

Cara Urus Pindah Milik, Jual Beli Kereta Sendiri
Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing
Panduan Pengubahsuaian Motosikal
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Panduan Lengkap Ubahsuai, Tukar Enjin Kenderaan
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Teknik Menukar Minyak Gear Pada Enjin Sangkut
Pengenalan Am Kotak gear yang ada pada enjin sangkut dua lejang adalah mengikut

Leave a reply "Hasil Tangkapan Lumayan, Pemancing Tersenyum Lebar Bersama Bot Pancing 38, Kelantan"