Biodata Livonia Ricky, Pelakon Cantik Kelahiran Sarawak

Biodata Livonia Ricky Sarawak

Cantik menawan, tinggi lampai dan berbakat besar. Itulah yang boleh penulis gambarkan tentang wanita bernama Livonia Ricky ini.

Anak jati Kuching, Sarawak ini mula mengetuk pintu industri seni hiburan tempatan selepas menjuarai program realiti Pilih Kasih (PK) musim kedua beberapa tahun lalu.

Bermula dari situ, aktres berbangsa Bidayuh ini teguh berdiri memperdagangkan bakat seninya.

Walaupun sudah lama bertapak dalam dunia lakonan, namanya mula mencuri perhatian para peminat tempatan apabila membintangi drama bersiri popular, Isteri Tuan Ihsan yang telah disiarkan di Astro Ria 104 tidak lama dahulu.

Terkini, anak ketiga dari lima beradik ini sedang sibuk menjalani sesi pengambaran drama terbaharunya iaitu Tiada Arah Jodoh Kita dan Misi Dania Cun yang bakal ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi.

Paling menarik, bintang berusia 26 tahun ini turut aktif menyertai beberapa pertandingan ratu cantik seperti Miss Malaysia Earth, Miss Universe dan Miss Tourism Queen International.

Apakata kita kenali lebih rapat figura berbintang Aquarius ini. Check it out!

Biodata Ringkas Livonia Ricky

Nama Penuh: Livonia Ricky Guing
Nama Komersil: Livonia Ricky
Umur: 26 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 19 Februari 1991
Zodiak: Aquarius
Asal: Kuching, Sarawak
Adik Beradik: Anak ketiga daripada lima beradik
Bangsa: Bidayuh
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model & Ratu Cantik

Drama/Telefilem: Isteri Tuan Ihsan, Cinta Hati Batu, Tiada Arah Jodoh Kita, Misi Damia Cun, Keluarga Pontimau, Ladang, Nasi Dagang Nasi Ayam, Mai Chek Mai, Melur Vs Rajawali, Antara Maghrib Dan Isyak, Inspirasi Varsiti, Melodi Perantauan, Izinku Kembali, Kukemis Kasihmu, Coklat dan banyak lagi.

Filem: Rentap & Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior.

Laman Media Sosial Livonia Ricky

Trivia Menarik Tentang Livonia Ricky

  • Graduan Jurusan Sains Kulinari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Samarahan, Sarawak.
  • Nama Livonia diambil sempena nama sebuah bandar di Michigan, Amerika Syarikat oleh ayahnya.
  • Pernah menjadi pengacara bersama dalam rancangan Suka Lattew bergandingan dengan Shahrol Shiro dan Alif Satar yang disiarkan di saluran Astro Ria 104.
  • Turut mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Livoniavers.
  • Sangat mengagumi aktres popular Hollywood iaitu Sofia Vergara dan Chloe Moretz.
  • Sukakan warna hitam dan merah.
  • Gemar melakukan aktiviti lasak seperti tinju.
  • Pernah digosipkan berkahwin dengan suami orang namun si cantik ini menolak dakwaan berkenaan.
  • Instagram merupakan satu-satunya media sosial yang dimiliknya.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Livonia mempunyai lebih 40,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar MenarikĀ  Livonia Ricky

Livonia-Ricky-pelakon-berasal-dari-sarawak-300x300 Biodata Livonia Ricky, Pelakon Cantik Kelahiran Sarawak Livonia-Ricky-profil-300x300 Biodata Livonia Ricky, Pelakon Cantik Kelahiran Sarawak

azlan-150x150 Biodata Livonia Ricky, Pelakon Cantik Kelahiran Sarawak

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Livonia Ricky #Kenali Livonia Ricky #Livonia Ricky #livonia ricky agama #livonia ricky biodata #Livonia Ricky Guing #livonia ricky guing profile #livonia ricky instagram #livonia ricky isteri tuan ihsan #livonia ricky kahwin #livonia ricky profile #livonia ricky wikipedia #Profil Livonia Ricky #Trivia Menarik Tentang Livonia Ricky

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.