Cara Memasak Pulut Kuning Yang Sedap

Masak Pulut Kuning

Memasak pulut kuning tidaklah rumit. Masa untuk memasak juga tidak memerlukan masa yang lama iaitu kurang dari 1 jam. Cuma anda perlu merendam beras pulut semalaman supaya pulut menjadi lembut apabila dikukus. Santan yang digunakan pula haruslah santan pekat yang segar untuk membangkitkan lemaknya.

Bahan-bahan :

  • 5 cawan beras pulut
  • Susu
  • 2-3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 400ml cawan santan pekat
  • 2-3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan :

  • Rendam beras pulut yang digaul bersama kunyit semalaman. Minimum 4 hingga 6 jam sehingga lembut.
  • Toskan beras pulut seketika.
  • Panaskan periuk pengukus, kukus beras pulut selama lebih kurang 30 hingga 45 minit atau sehingga masak.
  • Pastikan anda kacau dan alihkan beras pulut di dalam periuk kukusan ketika 15 minit pertama dikukus tadi agar beras pulut masak dengan sekata.
  • Masak santan pekat dengan api yang perlahan. Tambahkan air jika terlalu pekat.
  • Tambahkan garam ke dalam santan dan pastikan anda kacau santan sambil memasak agar tidak pecah minyak.
  • Setelah santan agak panas, padamkan api.
  • Selepas itu, masukkan pulut yang telah masak tadi ke dalam bekas dan tuangkan santan ke atasnya. Pastikan santan meliputi seluruh pulut.
  • Rehatkan seketika dalam 5 minit agar santan meresap ke dalam pulut.
  • Kemudiannya gemburkan pulut sehingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Pastikan tiada pulut yang berketul. Jika anada rasa kurang santan, boleh tambah lagi santan dan gemburkan sehingga sebati.
  • Pastikan proses menggembur dilakukan semasa pulut dan santan masih panas.
  • Pulut kuning siap untuk dimakan.
Loading...

Tags: #bagaimana untuk memasak pulut kuning #cara memasak pulut kuning #kukus pulut kuning #masak pulut kuning #pulut kuning #pulut semangat #resepi pulut #resepi pulut kuning

Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular

Comments are closed.