Ibu Hamil, Elakkan Dari Makan Makanan Ini!

Makanan Ibu Mengandung

Pengambilan makanan dalam tempoh kehamilan adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang hamil bagi memberikan kesihatan yang bagi ibu dan bayi dalam kandungan dan membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada tumbesaran bayi dalam kandungan.

Namun, ibu-ibu hamil juga perlu mengambil berat terhadap makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung agar bayi yang dikandung tidak mendapat kesan yang boleh memudaratkan pembentukan anggota. Yang paling menakutkan ada sesetengah perkara boleh menyebabkan keguguran.

Makanan dan minuman ini akan mendatangkan bahaya kalau diambil dengan berlebihan. Jadi, lebih elok jika para ibu yang hamil berpantang seketika dari mengambil makanan dan minuman yang boleh memudaratkan  demi kebaikan ibu dan anak juga.Berikut merupakan makanan dan minuman yang harus dielakkan untuk dimakan sepanjang tempoh kehamilan.

  • Makanan separuh masak atau mentah

Makanan mentah seperti sushi dan juga makanan separuh masak seperti telur separuh masak adalah bahaya untuk dimakan ketika hamil. Ini kerana terdapat banyak bakteria dalam makanan mentah dan juga makanan separuh masak.

Bagi ibu mengandung, pastikan makan makanan yang dimasak dengan betul supaya bakteria dihapuskan. pengambilan makanan mentah atau yang dimasak sedikit sahaja ini akan menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

  • Toxoplasmosis: Sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi. Selain terdapat dalam makanan mentah, parasit ini juga boleh didapati dalam sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan bersih.
  • Diarhea : Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Ibu hamil yang terdedah kepada salmonella boleh mengalami  diarhea/cirit-birit yang secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa bayi sekiranya tidak dikawal dengan segera.
  • Jangkitan cacing: Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi dan lain-lain boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun ia tidak memberikan kesan secara langsung kepada bayi, tetapi ia akan mengambil zat yang diperlukan oleh bayi kita
  • Keguguran: Kelahiran pra-matang dan keracunan. Salah satu sebab komplikasi ini berlaku adalah berpunca dari bakteria listeria yang banyak terdapat pada keju yang tidak dipasteur dengan baik. Selain dari komplikasi yang dinyatakan, kuman ini juga boleh menjangkiti bayi
  • Makanan diproses

Elakkan mengambil makanan yang diproses. Salah satu daripadanya adalah sosej. Makanan ini berkemungkinan mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan ia sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Oleh itu, kurangkan pengambilan semasa hamil, lagi bagus kalau tidak dimakan  langsung dalam tempoh 9 bulan kehamilan.

  • Makanan yang tidak dipasteur dengan betul

Makanan yang tidak dipasteur dengan betul mempunyai banyak bakteria yang membahayakan perkembangan bayi di dalam kandungan. Antara makanan dan minuman yang tidak dipasteur dengan baik adalah keju lembut dan juga susu segar. Susu segar ni adalah susu yang baru perah dan belum diproses lagi.

  • Makanan yang mengandungi raksa (merkuri)

Raksa (merkuri) boleh didapati di dalam ikan-ikan laut dalam seperti tuna, makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Sekiranya makanan yang mengandungi merkuri ini diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi dan kandungan.

  • Makanan berempah dan berasid

Makanan sebegini boleh menyebabkan angin. Kebanyakan wanita cenderung untuk mengalami masalah angin sewaktu hamil. Jadi, cubalah elakkan mengambil makanan sebegini kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

  • Makanan yang dibungkus dalam polisterin

Elakkan membungkus makanan dari kedai makan kerana suhu didalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan boleh mnyebabkan bakteria merebak dengan cepat.  Ianya sangat tidak baik untuk ibu mengandung.  Mungkin anda tidak sampai hati menolak juadah potluck yang dibawa oleh rakan-rakan anda ditempat kerja,  namun harus diingatkan, makanan yang terbiar terlalu lama(tidak disejukkan atau disimpan didalam peti ais) boleh membahayakan. Jangan makan juadah yang dibungkus dalam polisterin atau dalam tupperware yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam.

  • Vitamin A

Sumber Vitamin A boleh didapati dari makanan seperti hati ayam dan juga ikan salmon. Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000 iu sama sekali tidak boleh diambil oleh ibu hamil. Makanan yang mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi tidak elok dimakan dengan kerap kerana ia boleh menyebabkan kecacatan pada muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan Vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Jadi, sebagai langkah selamat, ibu hamil boleh mengambil beta karotena yang banyak dalam lobak merah. Beta karotena akan ditukar kepada Vitamin A setiap kali badan kita perlukan vitamin jenis ini.

  • Vitamin E

Vitamin E juga tidak digalakkan untuk mengambilnya kerana takut ia akan merosakkan organ-organ yang sedang berkembang di dalam rahim. Kemungkinan untuk melahirkan anak cacat adalah sangat tinggi apabila kerap mengambil suplement Vitamin E yang berlebihan.

  • Pemanis tiruan

Pemanis tiruan ni selalunya digunakan oleh pesakit kencing manis dan mereka yang mengawal berat badan bagi mengurangkan kandungan kalori gula. Antara pemanis tiruan yang digunakan adalah aspartame (Equal, Pal-sweet, Slim-up dan minuman dalam tin). Biasanya bahan ini tidak mendatangkan masalah namun sebagai langkah ebrjaga-jaga, penggunaan bahan ini perlulah dikurangkan.

  • Makanan manis/gula

Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan berat bayi bertambah dan ini akan menyukarkan proses kelahiran.

  • Kafein

Minuman seperti Nescafe, kopi, dan air bergas ataupun makanan yang mengandungi kafein sebenarnya tidak baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Kandungan kafein selalunya dikaitkan dengan masalah bayi kurang berat selepas dilahirkan. Selain dari itu, kafein juga boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung dan juga akan menyebabkan ibu kekurangan kalsium yang akhirnya menjejaskan penyerapan kalsium pada bayi. Perlu diingat, kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam badan.

  • Alkohol

Alkohol mampu memusnahkan kandungan asid folik yang amat penting untuk pertumbuhan janin diawal perkembangannya. Ini sekaligus boleh menimbulkan kecacatan kepada fizikal dan mental bayi. Selain itu, alkohol ni sangat mudah diserap melalui plasenta, namun proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Hal ini boleh menyebabkan bayi juga mendapat kesan khayal yang berpunca dari alkohol itu sendiri.

  • Asam dan jeruk

Kebiasaan ibu hamil akan mengambil asam dan jeruk untuk mengurangkan pening dan alahan semasa mengandung. Sebenarnya, asam dan jeruk adalah makanan tinggi bahan pengawet dan perisa makanan. Ianya tidak baik untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan jika ia menjadi makanan ruji semasa mengandung. Selain mendatangkan mudarat, makanan ini tidak mendatangkan khasiat pun. Jika anda mengidam atau mempunyai alahan, cuba cari makanan masam lain alternatif kepada asam dan jeruk, seperti mempelam dan kedondong.

  • Nanas

Nanas bahaya jika diambil di fasa awal kehamilan kerana mengandungi prostaglandin yang boleh membuatkan rahim mengecut. Tetapi, sekiranya ianya diambil dalam kadar biasa cotohnya sepotong dua, ianya tidak mengapa. Begitu juga dengan makanan-makanan yang lain, jika diambil dalam kadar sederhana dan tidak berlebihan, ianya tidak memudaratkan.

  • Jus dalam kotak/tin/botol

Jus yang dikotakkan atau dipaket dalam tin atau botol juga mengandungi bahan pengawet dan perisa untuk memastikan jus tetap tahan lama. Ambillah makanan mahupun minuman dalam bentuk yang asli sebaik mungkin. Contohnya, daripada mengambil air epal dalam kotak, lebih baik dikisar sendiri. Namun, tidak mengapa jika tidak diambil secara kerap tetapi adalah lebih baik jika elakkan dan berpantang dari minuman seperti ini.

Loading...

Tags: #ibu hamil #kehamilan #makanan berbahaya bagi ibu hamil #makanan patut dielak #makanan patut dielak ketika hamil #makanan patut dijauhi ketika mengandung #pantang larang mengandung #pemakanan ketika hamil #penjagaan kandungan #petua mengandung

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.