Petua Melebatkan Rambut & Janggut Secara Berkesan

Fesyen Janggut Lelaki

Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut yang berkurangan, rambut yang gugur ataupun yang ingin menyimpan janggut, bagaimanakah cara untuk melebatkan rambut atau janggut secara tradisional?

Walaupun sekarang terdapat banyak produk dan lambakan produk yang dijual di pasaran untuk melebatkan rambut mahupun janggut, terdapat banyak petua tradisional yang sesuai untuk kesihatan dan juga menjimatkan kewangan anda.

  • Petua untuk melebatkan rambut dan janggut :
  1. Minyak kelapa

Boleh dibeli di kedai atau perah sendiri dari santan kelapa, dimasak sehingga keluar minyak. Caranya, panaskan minyak kelapa, ambil dan urut di kawasan kulit kepala secara membulat tanpa memberikan tekanan yang kuat. Kemudian, balut kepala dengan tuala tebal yang dah direndam dalam air panas dan biar selama setengah jam.

Bilas dengan syampu bebas kimia. Ulangi langkah ni seminggu sekali dan anda akan nampak rambut mulai lebat dan cantik. Bagi janggut pula, sapukan minyak kelapa pada janggut/dagu setiap hari selepas mandi, biarkan selama 1 jam sekurang-kurangnya.

  1. Telur

Pecahkan 2 biji telur dan kacau. Ratakan di kulit kepala dan biar selama 15 minit. Cuci rambut dengan air suam menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan seminggu sekali untuk menggalakkan rambut lebat dengan lebih cepat.

Bagi janggut pula, ambil putih telur dan sapukan di tempatĀ  yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. In shaa Allah, kawasan yang anda inginkan janggut lebat itu, akan mulai ada, sedikit demi sedikit.

  1. Santan

Anda boleh mendapatkan pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan merupakan salah satu cara tradisional yang boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Sama ada boleh dipraktikkan untuk bayi atau pun orang dewasa. Cara untuk mendapatkan pati santan tersebut sangat mudah.

Ambil kelapa parut dari kelapa tua. Parut kelapa dan masukkan sedikit air suam ke dalam parut kelapa. Ramas kelapa parut tersebut. Perah pati santan dari kelapa parut untuk mendapatkan patinya.

Buang hampas kelapa parut. Setelah anda mendapat pati tersebut, basahkan rambut anda terlebih dahulu. Selepas itu, lumurkan pati santan tersebut ke keseluruhan kulit kepala dan rambut anda sehingga ke akar umbi rambut anda.

Lagi digalakkan dan disaran untuk anda membungkus rambut anda dengan menggunakan tuala kering. Biarkan lebih kurang dalam 30 minit. Kemudian anda boleh membilas rambut anda dengan menggunakan air suam.

Bagi janggut pula, ambil setengah gelas santan yang pekat dicampurkan dengan suku gelas air kayu cendana. Kemudian, campurkan dengan telur udang yang telah dihancurkan. Sapu dan carakkan dijanggut anda itu. Hasilnya pasti memuaskan.

  1. Daun lidah buaya (aloe vera)

Potong 2 atau 3 batang daun lidah buaya, picit keluar sari gelnya dan ratakan di seluruh kulit kepala dan janggut/dagu. Biar selama setengah jam sebelum dicuci dengan air sederhana suam.

Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut dan janggut yang sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut dan janggut.

  1. Daun inai

Ramai yang tahu, daun inai memang mempunyai banyak kegunaannya selain digunakan oleh pengantin ketika majlis perkahwinan. Anda hanya memerlukan beberapa helai sahaja untuk melebatkan rambut atau janggut anda.

Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan balut dengan tuala kering atau shower cap selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan gunakan perapi.

Ulangi langkah ini 2 kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif. Untuk melebatkan janggut pula, ratakan pes di dagu dan biarkan selama 15 hingga 30 minit dan kemudiannya bilas dengan air bersih.

  1. Avokado

Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun. Bagi janggut pula, lakukan perkara yang sama.

  1. Daun rambutan

Petik beberapa helai dain rambutan. Masukkan daun rambutan ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian ramas-ramaskan daun rambutan tersebut. Gunakan daun ramasan tersebut dan lulurkan di atas kulit kepada dan rambut anda. Biarkan dalam lebih kurang 15 minit hingga 30 minit.

Bilas sehingga bersih. Anda boleh amalkan 2 kali untuk seminggu. Gunakan daun ramsan rambutan dan lulurkan di dagu dan janggut bagi melebatkan janggut. Lakukan langkah seterusnya yang sama seperti melebatkan rambut.

  • Petua lain untuk melebatkan janggut :
  1. Kekerapan mencukur janggut

Dengan lebih kerap anda mencukur janggut, janggut akan cepat tumbuh dan lebat, tetapi lebih sesuai untuk orang muda yang baru berjinak hendak menyimpan janggut.

  1. Minyak tanah

Campurkan minyak tanah dengan bawang putih dan ditumbuk sehingga hancur, kemudianĀ  barulah dilumurkan di janggut. Boleh juga gunakan untuk melebatkan misai. Anda mungkin akan berasa pening sedikit disebabkan bau minyak tanah ini, tetapi bau bawang putih bertindak untuk mengurangkan bau minyak tanah.

  • Petua lain untuk melebatkan rambut :
  1. Kacang hijau

Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.

  1. Sapu dengan tangan basah

Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca Selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, segera lapkan ke seluruh rambut. In shaa Allah, rambut akan beransur menjadi lebat dan sihat.

  1. Minyak bijan

Minyak bijan juga bermanfaat untuk melebatkan rambut anda. Campurkan minyak bijan dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Ia akan mengharumkan minyak tersebut. Untuk mengelakkan ia berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.

  1. Bunga raya

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.

Loading...

Tags: #cara melebatkan janggut #cara melebatkan rambut #melebatkan rambut dan janggut #petua melebatkan janggut #petua melebatkan janggut dan rambut #petua melebatkan rambut #petua melebatkan rambut dan janggut #petua tradisional

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.