Biodata As’ad Motawh, Penyanyi Lagu Senyum

Biodata As'ad Motawh Penyanyi Lagu Senyum

Korang dah dengar lagu berjudul Senyum nyanyian penyanyi baharu bernama As’ad Motawh?

Lagu ciptaan sepenuhnya Wansaleh dan Fuadko ini semakin dikenali dan meniti di bibir para penikmat muzik tanah air selain seringkali dimain di corong-corong radio tempatan.

Paling menarik, video klip muzik single pertama anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini berjaya mendapat 1 juta tontonan dalam masa sembilan hari di YouTube.

Meskipun masih bersekolah dan hijau dalam industri seni suara, figura berusia 16 tahun ini komited dan bercita-cita untuk menjadi seorang penghibur di masa depan.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih dekat dengan bintang muda ini.

Biodata Ringkas As’ad Motawh

Nama Penuh: As’ad Ahmad Mohammad Motawh
Nama Komersil: As’ad Motawh
Tarikh Lahir: 3 September 2001
Umur: 16 Tahun (2017)
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Asadnizers

Single/Lagu: Senyum

Laman Media Sosial As’ad Motawh

Trivia Menarik As’ad Motawh

  • Mempunyai darah campuran Arab (sebelah ayah) dan Melayu (sebelah ibu).
  • Bakat nyanyian mula disedari netizen apabila memuat naik lagu cover berbahasa Inggeris iaitu Cold Water (nyanyian Justin Bieber dan Major Lazer) serta Despacito (nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee di instagram miliknya.
  • Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli merupakan salah satu wajib As’ad jika ke pusat karaoke.
  • Bernaung di bawah syarikat rakaman BeeGood Music bersama-sama Ismail Izzani dan Ippo Hafiz.
  • Rajin cover lagu popular tempatan dan luar negara seperti Asal Kau Bahagia, Love Yourself, Shape Of You, Slow Hands, Sorry dan banyak lagi menerusi akaun Instagramnya.
  • Belajar main gitar menerusi laman YouTube sejak berada di tingkatan dua lagi.
  • Sebelum memilih untuk belajar secara homeschool, figura ini pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
  • Mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram miliknya.

Lirik Lagu Senyum – As’ad Motawh

Bila engkau berduka
Dan kau putus asa
Ku fahami apa yang kau rasa

Disini ada ku
Bukankah aku temanmu?
Yang kuingin hanyalah senyumanmu

Biar kegelapan menghilang
Dan cahaya terus menerangi

Let me see your smile
Let me see your laugh
Let your worries go away
And never come again

I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good that as simple
Smile can do
wohoho…

(Kau senyumlah)

Bila kau berduka
Dan engkau putus asa
Ku fahami apa yang kau rasa

Disini ada ku
Bukankah aku temanmu?
Yang kuingin hanyalah senyumanmu

Biar kegelapan menghilang
Dan cahaya terus menerangi

Let me see your smile
Let me see your laugh
Let your worries go away
And never come again

I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good that as simple
Smile can do
wohoho… ooh…

Kau senyumlah..

Jangan pernah mengalah
Walau dalam susah
Kau teruslah melangkah
dengan tabah

Tak pernah kau sendiri
Ada ku disini
Kepada-Nya kau serah diri

Let me see your smile
Let me see your laugh
Let your worries go away
And never come again

I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good that as simple
Smile can do

Let me see your smile
Let me see your laugh
Let your worries go away
And never come again

I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good that as simple
Smile can do
wohoho… woohoo.. oo..oo..oo

Your worries go away
And never comes again
Wanna smile with you
Wanna laugh with you

Let me see your smile

Foto Menarik As’ad Motawh

Biodata-Asad-Motawh-300x300 Biodata As'ad Motawh, Penyanyi Lagu Senyumgambar-Asad-Motawh-300x300 Biodata As'ad Motawh, Penyanyi Lagu SenyumLirik-Lagu-Senyum-Asad-Motawh-300x300 Biodata As'ad Motawh, Penyanyi Lagu SenyumTrivia-Menarik-Asad-Motawh-300x300 Biodata As'ad Motawh, Penyanyi Lagu Senyum

azlan-150x150 Biodata As'ad Motawh, Penyanyi Lagu Senyum

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #As'ad Motawh #as'ad motawh age #as'ad motawh biodata #as'ad motawh family #As'ad Motawh Penyanyi Lagu Senyum #as'ad motawh profile #as'ad motawh senyum #as'ad motawh wikipedia #asad motawh biography #Biodata As'ad Motawh #Kenali As'ad Motawh #lagu senyum #penyanyi lagu senyum #siapa as'ad motawh

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.