Izara Aishah, Drama Berjudul Cinta Masam Manis

Sinopsis Cinta Masam Manis

Judul Drama : Cinta Masam Manis

  • Jumlah episod : 24 Episod
  • Tarikh Mula : 26 September 2016
  • Masa : Isnin-Khamis, 6.58 petang
  • Siaran : Slot Akasia TV3
  • Pengarah : Eoon Shuhaini
  • Terbitan : Orangetree Production Sdn Bhd
  • Lagu ost drama : Hingga Ke Jannah – KRU

Sinopsis drama Cinta Masam Manis

Drama ini mengisahkan Johan seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Sarah. Sarah adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Johan. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.

Apabila Johan memperkenalkan Sarah kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Sarah hanya mengejar kekayaan ayahnya. Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.

Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Sarah, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Sarah dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Johan. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Johan dan Sarah.

Watak utama

  • Zamarul Hisham sebagai Johan
  • Izara Aishah sebagai Sarah (Nor Sarah Mahmud)
  • Raja Ilya sebagai Tasya
  • Sweet Farhanna sebagai Hanna
  • Nur Alis Maria sebagai Hanis
  • Rahim Omar sebagai Dato Mahmud
  • Wan Nur Azlin sebagai Faridah
  • Liza Abdullah sebagai Datin Mel
  • Ku Faridah sebagai Hasnah

Lihat biodata Izara Aishah

Menarik dalam drama Cinta Masam Manis

cinta-masam-manis-babak-1-300x300 Izara Aishah, Drama Berjudul Cinta Masam Maniscinta-masam-manis-babak-2-300x300 Izara Aishah, Drama Berjudul Cinta Masam Maniscinta-masam-manis-babak-3-300x300 Izara Aishah, Drama Berjudul Cinta Masam Maniscinta-masam-manis-babak-4-300x300 Izara Aishah, Drama Berjudul Cinta Masam Maniscinta-masam-manis-babak-6-300x300 Izara Aishah, Drama Berjudul Cinta Masam Maniscover-drama-Cinta-Masam-Manis-1-300x300 Izara Aishah, Drama Berjudul Cinta Masam Manis

Loading...

Tags: #biodata izara aishah #drama akasia tv3 cinta masam manis #pelakon cinta masam manis #siapa sarah dalam drama cinta masam manis #sinopsis drama cinta masam manis

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Izara Aishah, Drama Berjudul Cinta Masam Manis"