Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

N13 Sentra Cover

Pengenalan model Nissan Sentra N13

Nissan Sentra N13 mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1989. Ia di datangkan dengan dua model utama iaitu sedan dan hatchback. Bagi model sedan, ia didatangkan dengan 1600 cc manakala bagi model hatchback pula adalah 2000 cc, 1600 cc dan 1500 cc. Di Jepun, keluarga Nissan Sentra ini dikenali sebagai Nissan Pulsar. Manakala di Malaysia pula ia dikenali dengan model Nissan Sentra 1.6 SLX.

Selain, model hatchback dan sedan, kereta yang dikenali dengan kod model N13 ini juga dikeluarkan dalam model coupe. Dari segi rekaan chasis, model Nissan N13 mempunyai persamaan dengan model Nissan Langley. Model Nissan Langley ini tidak masuk ke Malaysia kerana ia hanya dipasarkan untuk eropah sahaja.

Enjin pilihan Nissan Sentra N13

Walaupun model ini tidaklah setanding dengan model Nissan Cefiro A31, tetapi ia tetap mempunyai peminat tegarnya sendiri. Bagi kaki kereta Nissan Sentra N13 di Malaysia, kebanyakkan mereka memilih enjin yang lebih berkuasa berbanding enjin asal 1600 cc bagi memperolehi lebih kuasa semasa memecut. Sebenarnya terdapat beberapa enjin yang sesuai untuk dimuatkan ke model Nissan N13 versi Malaysia ini. Antaranya ialah;

• SR16VE NEO VVL (1600 cc)
• GA16DE (1600 cc)
• SR20DE (2000 cc)
• SR20DET (2000 cc)
• CA18DET (1800 cc)

Kos pemasangan enjin biasanya adalah sekitar RM1,500 hingga RM2,000 bergantung kepada keadaan setempat. Selain itu, kos pemasangannya dikatakan agak rumit kerana memerlukan proses pengalihan mouting asal enjin.

Enjin pilihan terbaik Nissan Sentra N13 Malaysia

Daripada keseluruhan model enjin di atas, model enjin SR16VE NEO VVL adalah model yang paling digemari oleh peminat kereta model Nissan Sentra N13 ini. Ini kerana, ia mempunyai kuasa hp yang agak besar iaitu sekitar 175hp bagi enjin kuasa NA. Enjin ini juga mempunyai gaya pecutan seperti Honda VTEC dan anda pasti akan merasai tujahan kuasa enjin ini apabila pecutan melebihi 9 RPM.

Hobi dan aksesori

Selain kuasa, peminat kereta Nissan N13 juga mempunyai hobi seperti peminat jenama kereta lain juga iaitu melengkapkan koleksi aksesori rare atau buruan atau aksesori limited model. Antara barangan aksesori utama berikut adalah seperti :

  • Signal Nissan Pulsar N13 (warna putih)
  • Karpet Nissan Pulsar N13
  • Side skirt belakang limited
  • Parking pole Nissan Pulsar N13
  • Reflector belakang Nissan Pulsar N13

 

Hamifayudi-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

Sumber : Hamifayudi Hassan, AJK Nismo Club Kelantan

Laman Sosial

Gambar menarik Nissan N13

CA18DET-masuk-Sentra-N13-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

CA18DET

GA16DE-masuk-sentra-N13-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

GA16DE

SR16VE-Neo-VVL-masuk-sentra-N13-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

SR16VE Neo VVL

SR20DE-masuk-sentra-N13-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

SR20DE

SR20DET-for-sentra-N13-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

SR20DET

Nissan-N13-pulsar-CA18DET-engine-hatchback-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

Nissan N13 Pulsar

nissan-sentra-n13-malaysia-modification-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

1993-Nissan-Sentra-N13-hatchback-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia model-kereta-N13-nissan-sentra-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia Model-Nissan-Liberta-Villa-Sedan-N13-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia N13-Pulsar-JDM-styles-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia N13-pulsar-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia Nissan-Pulsar-Hatchback-N13-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia Nissan-Pulsar-N13-hatchback-belakang-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia Nissan-Pulsar-N13-hatchback-reflector-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia Nissan-Pulsar-N13-sedan-150x150 Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia

Loading...

Tags: #enjin kereta nissan sesuai masuk ke nissan sentra n13 #enjin masuk ke sentra n13 malaysia #enjin pilihan nissan n13 #gambar enjin nissan #gambar model nissan pulsar n13 hatchback #kelab nissan n13 #kereta nissan sentra n13 #modifikasi nissan sentra n13 #n13 saloon #n13 sedan #nissan n13 pulsar #nissan pulsar n13 jdm #peminat kereta nissan pulsar n13

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Leave a reply "Modifikasi Kereta Nissan Sentra N13 Malaysia"