Cara Tulis Surat Rasmi Permohonan kerja Dalam Bahasa Melayu@Inggeris

Cara Tulis Surat Rasmi Permohonan Kerja Dalam Bahasa Melayu@Inggeris

Surat memohon kerja WAJIB dilampirkan bersama dengan resume anda ketika membuat permohohan kerja. Dengan adanya surat permohonan ini, anda akan dilihat seperti seorang yang profesional dalam memohon sesuatu jawatan kosong. Surat permohonan tidak semestinya ditulis dalam bahasa Inggeris kerana juga boleh ditulis dalam versi bahasa Melayu, bersesuaian dengan jawatan dipohon dan majikan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira apabila menulis surat permohonan iaitu :

  1. Jangan sesekali menghantar resume tanpa surat permohonan (surat rasmi).
  2. Jangan bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan.
  3. Jangan ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melainkan secara ringkas.
  4. Jangan berikan gambaran umum tentang kualiti diri dan pekerjaan yang lepas.
  5. Jangan nyatakan tugas menggunakan keupayaan anda, sebaliknya perkara yang boleh anda lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang proaktif dan bukannya pasif).
  6. Jangan berikan maklumat palsu.
  7. Nyatakan kelebihan, bakat anda dan kepakaran yang anda miliki bersama salinan sijil sebagai bukti sokongan.
  8. Jangan hantar surat atau resume salinan (fotostat).
  • Contoh Format Surat Rasmi Bahasa Melayu

Nama anda

Alamat surat menyurat

____________________________________________________________

­­­­­­­­­­­­­­­­

Pengurus besar

Jabatan Sumber Manusia

Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd.

Lot 1, Kawasan Perindustrian Air Keroh,

75450 Melaka.                                                                                                                                                                                                                                                                                                               7 Julai 2018

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI SYARIKAT

Saya seperti nama di atas ingin memohon jawatan juruteknik seperti mana yang diiklankan oleh syarikat tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi tinggi dalam bidang perusahaan makanan di Malaysia.

Di sini saya sertakan bersama resume. Saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya di talian …………………. untuk tindakan lanjut.

Diharapkan  pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………….

Nama anda

Nombor kad pengenalan

Nombor telefon anda

Emel : emel anda

  • Contoh Cover Letter Dalam Bahasa Inggeris

Nama anda

Alamat surat menyurat

___________________________________________________________

­­­­­­­­­­­­­­­­

Manager,

Human Resource Department,

Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd.

Lot 1, Air Keroh Industrial Estate,

75450 Melaka.                                                                                                                                                                                                                                                                                                             7th July 2018

Dear Sir/Madam,

APPLICATION FOR TECHNICIAN VACANCY

This is to inform you that I would like to apply for the position of an engineering technician in your company. I came across the advertisement for the job post of an engineering technician in Jobstreet and extremely excited to know about it.

I believe that my experience and skills is something that will make me an ideal candidate for the job position.

Together I attach my resume for your perusal. I really appreciate your taking time to consider my cover letter and reviewing my resume. Please call me at ………………… or drop me an email at ……………………

Thank you so much for your valuable time.

Sincerely,

…………………..
Name

I.D No.

email

Loading...

Tags: #cara menulis cover letter permohonan kerja #contoh cover letter bahasa inggeris #Contoh cover letter bahasa melayu #contoh cover letter fresh graduate #Contoh cover letter permohonan kerja dalam bahasa melayu dan bahasa Inggeris #Contoh Format Surat Rasmi Bahasa Melayu #format surat #mintak kerja #mohon kerja #mohon kerja kosong #sampel surat permohanan kerja #surat #Tips Menulis Cover Letter #tips menulis cover letter permohonan kerja dalam bahasa melayu dan bahasa Inggeris #tips menulis cover letter terbaik #Tips Menulis Surat Rasmi

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami masalah mata rabun.

Leave a reply "Cara Tulis Surat Rasmi Permohonan kerja Dalam Bahasa Melayu@Inggeris"