Ketahui 9 Sifat Penyebab Hati Tidak Bahagia!

Sifat Penyebab Hati Tak Bahagia

Antara punca hati tidak bahagia adalah sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah :

1. Pemarah

paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. Siapa yang mahu mendekati jika asyik hendak marah.

2. Pendendam

Dendam yang tersembunyi di dalam hati ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itulah orang pendendam mudah diserang sakit jantung.

3. Hasad Dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. Bagaimana hati akan bahagia jika tersarang hasad dengki di dalamnya. Jika tidak dikawal, sifat dengki boleh membawa keburukan kepada diri dan lebih teruk jika merosakkan kehidupan orang lain.

4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Ingatlah bahawa yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

7. Ego dan Sombong

Ego merupakan ibu segala mazmummah. Ia membuatkan seseorang paling tidak tenang hatinya. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin

8. Riak dan Takbur

Orang yang riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, dia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak dan takabbur dengan apa yang kita ada sama ada harta, ilmu, amal dan lain-lain.

9. Mencintai Dunia

Bila tidak dapat menderita, bila dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Faisal Ab. Manaf

Menulis sekadar hobi di waktu terluang. Berpengalaman lebih 9 tahun dalam bidang penulisan sebagai penulis sambilan bagi sinopsis, cereka, penulisan komik, karya komedi dan karya seram di beberapa forum dan laman web.

More Posts

Loading...

Tags: #9 sifat buat hati tidak bahagia #9 Sifat Penyebab Hati Tidak Bahagia #ego dalam perhubungan #penyakit hati #punca hati tidak bahagia #sifat bakhil #sifat pendendam #sifat tamak #sikap membuatkan hati tak senang

LELAKI, Ini 6 Tanda Wanita Jatuh Hati Pada Anda Secara Diam-Diam!
Tidak seperti lelaki, wanita sememangnya sukar untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap jejaka pujaannya
Top 5 Jenama Fesyen Dunia Paling Popular 2017
Setiap manusia yang ada di muka bumi mempunyai cara tersendiri apabila berfesyen. Bermula
5 Jenis Kasut Wanita Perlu Ada Dalam Simpanan Mereka, Lelaki Kenalah Faham!
Selain pakaian, makeup, aksesori dan minyak wangi, sepatu atau kasut memainkan peranan yang
Ketahui Karakter Lelaki Idaman Anda Menerusi Minyak Wangi Yang Dipakai. Wanita Wajib Ambil Tahu!
Ingin mengenali karakter dan personaliti diri lelaki idaman anda? Jangan khuwatir! Anda boleh

Comments are closed.