Teknik Membersihkan Telinga Kucing Dengan Berkesan

Bersih Telinga Kucing

Membersihkan telinga kucing perlu dijadikan satu rutin yang kita lakukan mungkin seminggu atau dua minggu sekali, dan kita boleh bermula pada umur kucing seawal 8 minggu. Ini akan menyenangkan anda kelak kerana kucing sudahpun terbiasa dengan rutin tersebut dan tidak marah apabila anda mengusik telinga mereka.

Jadikanlah pengalaman membersihkan telinga itu suatu pengalaman yang positif kepada kucing anda, dengan cara memberikan sedikit upah atau treats sebelum dan selepas pembersihan dilakukan. Ini pasti akan menggembirakan kucing anda dan memudahkan kerja anda.

Kerja pembersihan (mengorek) telinga kucing perlu dilakukan ketika kucing anda dalam mood “happy”, bukan selepas dimandikan atau selepas dipotong kukunya atau lain-lain prosedur yang menyebabkan kucing kita tidak selesa atau gembira.

Kucing tidak suka dipegang dengan kuat, malah tidak suka menjadi perhatian dua tiga orang. Jadi kerja ini perlu hanya anda dan kucing sahaja.

Cara-cara pembersihan telinga kucing adalah seperti berikut :

Cara pertama : Memeriksa telinga kucing
Pegang hujung telinga dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, dan terbalikkan cuping telinga kucing dari dalam ke luar sehingga anda dapat melihat bahagian dalam telinga kucing. Sekiranya terdapat discaj kehijauan atau kekuningan seperti nanah, atau seperti kopi coklat kehitaman, maka kita perlu membawa kucing kita ke vet.

Cara kedua
Sedikit ear wax tidak mengapa, anda hanya perlu mengelap dengan putik kapas atau bebola kapas yang lembab secara lembut. Kita juga boleh meletakkan beberapa titik ubat pencuci telinga ke dalam lubang telinga kucing, dan gosokkan dipangkal telinga untuk 15-20 saat supaya titisan ubat boleh masuk ke dalam saluran telinga kucing. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci.

Cara ketiga
Gunakan bebola kapas yang telah dilembabkan dengan minyak bayi atau minyak zaitun atau hidrogen peroksida sekiranya ada untuk membersihkan telinga kucing selepas dititikkan ubat, tetapi jangan terlalu dalam kerana ditakuti kita akan menyebabkan wax yang kita cuba keluarkan menjadi padat atau kesan impacted di dalam saluran telinga kucing.

Cara keempat
Ulangi langkah-langkah di atas sekiranya perlu, sambil memuji dan memanjakan kucing anda. Ini akan mewujudkan suasana tidak takut kucing setiap kali anda ingin membersihkan telinganya kelak.

Encik Shino

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara bersih telinga kucing #cara jaga kesihatan kucing #korek telinga kucing #langkah membersihkan telinga kucing #panduan bersihkan telinga kucing #teknik membersihkan telinga kucing #tips membersihkan telinga kucing

Kenapa Perlu Memberi Ubat Cacing Pada Kucing Anda?
Pemberian ubat cacing secara teratur memainkan peranan penting untuk kesihatan dan tumbesaran kucing
Penjagaan Kucing Rumah Yang Perlu Anda Tahu!
Sebagai seorang pemilik kucing yang bertanggungjawab, anda akan memastikan kucing peliharaan berada dalam
Ketahui Tanda Kucing Akan Melahirkan Anak
Puting susu kucing akan mula membengkak dan bewarna kemerah-merahan selepas 15 hingga 18
Penjagaan Kucing Selepas Melahirkan Anak
Pertama kali apabila kucing anda melahirkan anak, anda tidak perlu berbuat apa-apa cuma

Comments are closed.