Masjid Kresik Selatan Thailand Yang Terkenal Gelaran “Masjid Pintu Gerbang”

Masjid Kresik Masjid Pintu Gerbang

Sejarah Kresik

Sejarah Kresik mempunyai perkaitan secara langsung dengan Kerajaan Melayu Pattani (kurun ke-16 hingga 18). Kresik merupakan sebuah kawasan penempatan sekitar istana dan pelabuhan di ketika itu.

Kresik atau nama lain Tanjung Luluk berasal dari Bahasa Arab iaitu lu’lu’ yang merujuk kepada laungan lu’lu’oleh pedagang Arab apabila menghampiri kawasan pantai Pattani. Kerlipan cahaya hasil biasan matahari dengan pasir putih diibaratkan sebagai permata (lu’lu’) yang akhirnya digelar Tanjung Luluk.

Manakala perkatan “Kerisik” dalam Bahasa Melayu Pattani bermaksud pasir di kawasan pantai yang bewarna putih bagaikan mutiara.

Semasa Empayar Langkasuka (abad 1-14) yang berpusat di Kota Mahligai (Kampung Chalek, Daerah Yarang, Wilayah Pattani hari ini), Tanjung Luluk merupakan pelabuhan dan kawasan perdagangan yang penting. Oleh kerana Kota Mahligai agak jauh di pedalaman, ditambah pula dengan laluan sungai yang menghubungkan pelabuhan ke Kota Mahligai menjadi semakin surut.

Maka, pada akhir abad ke 14, Raja Langkasuka memerintahkan pusat pentadbiran dipindahkan ke Kresik dan Tanjung Luluk. Nama Pattani mula muncul selepas Kerajaan Langkasuka terbahagi kepada dua iaitu Pattani dan Kedah Tua beberapa tahun sebelum itu.

Sehingga kurun ke-15 antara tahun-tahun 1350 hingga 1450, Kerajaan Melayu Pattani berada dikemuncak sebagai sebuah kerajaan perdagangan dan pelabuhan dengan Kresik menjadi pusat pentadbiran dan penempatan utama.

Pada ketika ini juga merupakan kemuncak perkembangan Islam di Pattani. Kerajaan Pattani mula mengalami kemerosotan bermula pada abad ke-16 kerana perebutan takhta dan beberapa siri peperangan.

Sejarah Masjid Kresik

Setelah istana, parit, beting dan kemudahan asas sekitar istana siap dibina oleh Sultan Ismail Shah, Sultan Pertama Kerajaan Melayu Pattani (1500-1530). Maka, atas saranan Syeikh Shafiyuddin Al-Abbas (Ulama faqih yang digelar Dato’ Faqih Diraja), baginda kemudian menitahkan pembinaan sebuah masjid rasmi Kerajaan Pattani Darussalam di depan istana pada tahun 1514 sebagai pusat utama ibadah dan keilmuan Islam di Pattani.

Masjid ini siap sepenuhnya di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1530-1544). Sultan Muzaffar turut mengarahkan pembinaan sebuah lagi masjid iaitu di Kampung Datuk yang menjadi persinggahan kapal dagang asing.

Masjid Kresik dalam Bahasa Thai dikenali sebagai Masjid Kreu Sae atau Masjid Pintu Gerbang. Manakala nama rasmi Masjid Kresik semasa awal pembinaanya ialah Masjid Sultan Muzaffar Shah. Masjid ini merupakan masjid pertama di Asia Tenggara yang dibina menggunakan bata merah. Bahan bata dihasilkan di Kampung Tarab Bata (Mukim Gamiya, Daerah Muang, Wilayah Pattani).

Antara yang unik berkenaan masjid ini ialah ia dibina dengan susunan bata menggunakan campuran kulit kerang dengan beras pulut hitam yang ditumbuk lumat kemudiannya dicampurkan dengan adunan telur putih serta manisan cair. Ini merupakan salah satu teknik ikatan bata oleh masyarakat setempat pada ketika itu.

Masjid ini cuba dinaiktaraf semasa zaman pemerintahan Raja Hijau (1548-1616), Raja Along Yunus (1726-1729) dan Raja Sulong (1786-1832) namun tidak Berjaya sepenuhnya kerana Pattan terlibat dalam pergolakan dalaman dan peperangan sehingga kubah utamanya runtuh seperti yang dilihat pada hari ini. Satu lagi faktor kegagalan pemulihan Masjid Kresik ialah perpindahan pusat pentadbiran dan istana ke kawasan baru (pusat Bandar Pattani sekarang) menjadikan kawasan Kresik dan sekitarnya mulai ketinggalan dari pembangunan berbanding semasa era Kerajaan Melayu Pattani.

Pada tahun 1935 Masjid Kresik telah didaftarkan sebagai bangunan warisan oleh Jabatan Seni Thailand dan telah dipulihara pada tahun 1957 namun kurang mendapat perhatian penduduk pada peringkat awal. Seterusnya pada tahun 1982 jabatan ini sekali lagi melakukan pemulihan sempena sambutan 200 tahun Dinasti Cakri yang akhirnya mengembalikan kepentinganya sebagai tempat ibadah orang Islam di Kresik dan kawasan sekitar. Hari ini, Masjid Kresik merupakan salah satu monument tarikan utama pelancong di Wilayah Pattani.

Dari aspek senibina, rekabentuk Masjid Kresik mengikut senibina Islam awal di Timur Tengah. Masjid Kresik dibina di atas podium empat segi tepat dengan binaan ruang solat utamanya berbentuk empat segi sama. Ciri-ciri utama masjid ini terletak pada kubahnya namun hari ini tidak lagi kelihatan kerana diganti dengan bumbung rata. Melalui ukiran semula, kubah asal berbentuk separuh bulat (semi-eclipse) yang agak rendah jika dilihat dari pandangan (elevation) dengan pelan berbentuk sedikit bujur (oval). Gerbang tajam (pointed arch) di sepanjang ruang veranda turut menjadi ciri-ciri utama yang kekal sehingga kini. Begitu juga dengan barisan gerbang di bahagian hadapan masjid (tinggalan 8 unit tapak tiang gerbang pada hari ini) menyamai gelarannya sebagai Masjid Pintu Gerbang.

sejarah-masjid-kresik Masjid Kresik Selatan Thailand Yang Terkenal Gelaran "Masjid Pintu Gerbang"kresik-masjid Masjid Kresik Selatan Thailand Yang Terkenal Gelaran "Masjid Pintu Gerbang"

Loading...

Tags: #apa menarik tentang masjid kresik #asal usul masjid kresik #bentuk masjid kresik #Kerajaan Melayu Pattani #kerisik #kerisik pattani #kerisik thailand #kresik pattani #Krue Se Mosque #lokasi masjid kresik #maksud kerisik #masjid di pattani #masjid kerisik #masjid kresik pattani #masjid kresik thailand #masjid Krue Se #masjid pertama asia tenggara #masjid pintu gerbang #monumen sejarah di pattani #pattani #sejarah islam di pattani #sejarah kresik #sejarah masjid kresik #sejarah pembinaan masjid kresik #Tanjung Luluk #warisan sejarah pattani

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Comments are closed.