Kenali YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Nurul Izzah Anwar, satu nama yang tidak asing lagi di pentas politik Malaysia.

Selain memegang jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), wanita berusia 38 tahun ini turut menggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai sejak 2009.

Di bawah payung PKR, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR bersama-sama Datuk Saifuddin Nasution.

Disebalik kelembutan dan kesederhanaannya, ternyata anak sulung daripada enam beradik ini memiliki semangat juang yang begitu tinggi dan menjadi inspirasi kepada wanita diluar sana untuk aktif di lapangan politik negara.

Seperti yang anda semua tahu, Nurul Izzah adalah anak kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Untuk kali ini, penulis kongsikan serba sedikit ringkasan dan trivia menarik YB Nurul Izzah buat tatapan para pembaca. Selamat membaca!

Biodata Ringkas YB Nurul Izzah Anwar

Nama Penuh: Nurul Izzah Anwar
Umur: 38 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 19 November 1980
Zodiak: Scorpio
Asal: Kuala Lumpur
Adik-Beradik: Anak sulung daripada enam beradik
Kerjaya: Ahli Politik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Media Sosial YB Nurul Izzah Anwar

Trivia Menarik Tentang YB Nurul Izzah

  • Nurul Izzah merupakan graduan Ijazah Sarjana (Master) dalam jurusan Hubungan Antarabangsa dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti John Hopkins, Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat.
  • Beliau juga adalah lulusan Universiti Tenaga Nasional dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
  • Menamatkan zaman solonya di usia 23 tahun dengan lelaki bernama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 9 Mei 2003 sebelum bercerai dengan talak satu pada 15 Januari 2015.
  • Bekas suaminya adalah saudara jauh kerabat diraja negeri Johor.
  • Hasil perkahwinan tersebut, Nurul Izzah dan bekas suami dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah dan Raja Ahmad Harith.
  • Dipilih oleh Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah pertama kali bertanding di Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2008 di kawasan Parlimen Lembah Pantai.
  • Menerusi PRU 2008, Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan mengutip 21,728 undian berbanding calon Barisan Nasional sebanyak 18,833 undi (Datuk Seri Shahrizat Jalil) dan calon bebas 489 undi (N.Periasamy).
  • Di PRU 2013, beliau sekali lagi memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan 31,008 undian dengan mengalahkan calon Barisan Nasional iaitu Raja Nong Chik Zainal Abidin (29,161 undian) dan calon bebas yang diwakili oleh Rosli Baba (167 undian).
  • Menerima gelaran sebagai Puteri Reformasi oleh media-media tempatan.
  • Pernah menghiasi muka depan beberapa majalah fesyen dan gaya hidup tempatan termasuklah Nona dan Hijabista.
  • Selesa menggenakan tudung bawal sama ada bersantai bersama keluarga atau keluar bekerja.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Nurul Izzah memiliki 140,000 pengikut di Instagram dan lebih 900,000 pengikut di Twitter miliknya.
azlan-150x150 Kenali YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Ahli Parlimen Lembah Pantai #Anak Anwar Ibrahim #Anak Wan Azizah Wan Ismail #Biodata Nurul Izzah Anwar #Kenali Nurul Izzah Anwar #lembah pantai PKR #Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) #Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai #Nurul Izzah Anwar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) #Parti Keadilan Rakyat (PKR) #Profil Nurul Izzah Anwar #Siapa YB Nurul Izzah Anwar #YB Nurul Izzah Anwar

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.