Biodata Irwansyah, Trivia Menarik Aktor Popular Indonesia

Biodata Irwansyah, Trivia Menarik Tentang Aktor Tersohor Indonesia

Sudah lama tidak mendengar khabar berita dari pelakon tersohor Indonesia, Irwansyah. Selepas mendirikan rumah tangga beberapa tahun lepas, anak sulung dari empat beradik ini memperlahankan aktiviti seninya dan mengfokuskan diri kepada bidang bisnes keluarganya.

Dalam perkembangan terkini, aktor ganteng ini muncul dengan drama terbaharunya berjudul Dia yang ditayang di Malaysia menerusi slot Drama Eksklusif di saluran TV3 mulai Oktober 2017 lalu. Drama rantaian 60 episod ini turut dibintangi beberapa pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Janna Nick, Izara Aishah, Dato Adi Putra, Kevin Andrean dan Sandrinna Michelle Skornicki.

Mengimbas kembali perjalanan seni Irwanshah, namanya mula meledak selepas membintangi filem cinta remaja bertajuk Heart yang mencipta fenomena luar biasa bukan sahaja di Indonesia malahan sehingga ke Malaysia, Singapura dan Brunei sekitar tahun 2006.

Sejak itu, namanya terus mekar mewangi dipersada seni hiburan Indonesia dan menerajui watak utama sinetron (drama), FTV (telefilem) dan sinema (filem).

Selain berlakon, pemuda berusia 33 tahun ini juga aktif di arena seni suara. My Heart (duet bersama Acha Septriasa), Pencinta Wanita, Perempuanku, Camelia dan Ku Tunggu Jandamu adalah untaian hitsnya selaku penyanyi.

Berikut penulis kongsikan 5 trivia menarik tentang Irwansyah buat tatapan para pembaca di luar sana. Take a look!

1. Sertai Kumpulan Radio Band

Aktor ini pernah menyertai kumpulan Radio Band pada 2004 selaku vokalis yang turut dianggotai oleh Raffi Ahmad, Naga Lyla, Oky Oris, Mendes Oris dan Andiansyah Taher sebelum bubar.

2. Berkahwin Di Usia 26 Tahun

Pada usia 26 tahun, Irwansyah menamatkan zaman solonya dengan wanita pilihan hati bernama Zaskia Sungkar pada 15 Januari 2011 selepas melamar isterinya pada 8 Disember 2010. Zaskia adalah seorang pelakon, penyanyi dan usahawanita di Indonesia.

3. Terlibat Dengan Dunia Politik

Figura ini pernah melibatkan diri dalam dunia politik dan bertanding sebagai calon Parti Indonesia Sejahtera di Pilihanraya Legislatif 2009. Sayangnya, parti yang dipihaknya bukanlah parti politik yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

Pada 2014, Irwansyah sekali lagi menyertai politik dengan menyertai Parti Gerindra tetapi akhirnya membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak dipersetujui oleh isteri dan keluarganya.

4. Mempunyai Anak Angkat

Irwanshah dan isterinya dikurniakan seorang anak angkat lelaki yang dikenali sebagai Rizki. Rizki yang kini berusia 8 tahun memanggil Irwansyah dan Zaskia dengan gelaran papa-mama. Terdahulu, Rizki dibela oleh ibu bapa Irwansyah sebelum diambilalih oleh pasangan romantik ini.

5. Cemerlang Di Persada Seni Hiburan Indonesia

Cemerlang di dalam bidang seni lakonan dan nyanyian, Irwansyah turut diiktiraf dengan pelbagai anugerah dan pencapaian termasuklah dinobat sebagai The Most Favorite Man di MTV Indonesia Awards 2006, Best Song In The Movie di MTV Movie Awards 2006 dan Most Famous Indonesia Young Artist di Malaysia Minister Awards 2007.

Biodata Ringkas Irwansyah

Nama Komersil: Irwansyah
Tarikh Lahir: 6 Mac 1985
Umur: 33 Tahun (2018)
Asal: Jakarta, Indonesia
Zodiak: Pisces
Adik Beradik: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi & Usahawan
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Zaskia Sungkar
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Sinetron/Drama/FTV: Dia, Senandung Masa Puber, Ku T’lah Jatuh Cinta, Pink, Pacarku Supestar, Andai Ku Tahu, Love, Bunga Perawan, Upik Abu Dan Laura, Tangisan Issabella, Seruni, Istiqomah, Aliya, Memori Cinta, Sinar, Emak Ijah Pengen Ke Mekah, Dina Dan Lisa, Namaku Buka Safina, Pengantin Untuk Anakku, Kisah Anak Shaleh, Pesan Ghaib Dari Kubur, Musuh Dalam Selimut, Zebra Cross Cinta, Mencuri Demi Nyawa Ibu, Gadis Pemerah Susu dan banyak lagi.

Filem: Heart, Love Is Cinta, Hospital The Movie, Lantai 13, 30 Hari Bangkitnya Pocong, Love Story, Wanita Tetap Wanita, Mudik, Harim Di Tanah Haram, Tausiyah Cinta, dan banyak lagi.

Lagu/Single: Pencinta Wanita, My Heart (duet bersama Acha Septriasa), Perempuanku, Ku Tunggu Jandamu, Camelia, Tentang Perasaanku, Seribu Kali Sayang, Sempurna, Ada Cinta dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Irwansyah

azlan-150x150 Biodata Irwansyah, Trivia Menarik Aktor Popular Indonesia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #biodata irwansyah #Irwanshah #irwansyah 2017 #irwansyah age #irwansyah biodata #irwansyah dan acha #irwansyah dia #irwansyah drama #irwansyah filem #irwansyah indonesia #irwansyah kahwin #irwansyah menarik #irwansyah movie #irwansyah pelakon indonesia #irwansyah pencinta wanita #irwansyah sinetron #irwansyah wife #Ku Tunggu Jandamu irwansyah #lagu irwansyah #menarik irwansyah #personaliti irwansyah #profil irwansyah #siapa irwansyah #Suami Zaskia Sungkar

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.