Resipi Nasi Arab Mandy Kambing & Ayam

Nasi Arab Mandy Kambing & Ayam

Bahan-bahan untuk stok kambing/ayam :

  • 1 kg daging kambing atau 1 ekor ayam dibelah empat
  • Air secukupnya untuk merebus daging
  • 1 sudu besar buah pelaga
  • 1 sudu besar biji lada hitam
  • 2-3 keping bay leaf kering
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan stok kambing/ayam :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, dan rebus sehingga kambing/ayam empuk.

Bahan-bahan untuk sup :

  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 2 atau 3  cawan stok kambing/ayam
  • Air secukup nya ( jika inginkan kuah banyak)
  • Sedikit gara
  • Minyak untuk menumis
  • Secubit serbuk kunyit

Cara penyediaan sup :

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan secubit serbuk kunyit hingga layu dan wangi.
  2. Kemudian masukkan stok kambing/ayam dan tambahkan air dan garam jika perlu.
  3. Biarkan ia mendidih dan rasakan.

Bahan-bahan untuk nasi :

  • 1 kg Beras Basmathi/ Kashmir
  • Stok Kambing/Ayam Secukupnya
  • Sedikit Pewarna Kuning

Cara penyediaan nasi :

  1. Sukat beras terlebih dahulu walaupun sudah tahu beratnya 1kg. Ini bertujuan untuk memudahkan proses menyukat stok kambing/ayam.
  2. Cuci bersih dan rendam beras kira-kira 10 minit.
  3. masukkan beras ke dalam periuk dan sukat stok kambing mengikut nisbah 1:1 dengan sukatan beras.
  4. kemudian masukkan kambing/ayam yang sudah masak tadi bersama-sama dan masak nasi seperti biasa sehingga nasi masak.
  5. Kemudian ambil sedikit pewarna kuning dan titikkan ke bahagian nasi. Boleh juga diletakkan sedikit air ros kemudian gemburkan nasi supaya rata.

Bahan-bahan untuk buat Saltah :

  • 4 bij tomato
  • 4 bij cili merah
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sebiji bawang bombay
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji air perahan limau nipis
  • 4 – 5 sudu besar cuka

Cara penyediaan Saltah :

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
  2. Seimbangkan rasa masam, manis dan masin.
Loading...

Tags: #resepi masakan arab #resepi masakan nasi #resepi nasi arab #resepi nasi arab mandy #resepi nasi mandy #Resipi Nasi Arab

Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular

Comments are closed.