Drama Berjudul Degup Cinta, Sinopsis dan Pelakon

Drama Degup Cinta, Sinopsis Drama

Drama bersiri ‘Degup Cinta’ adalah drama adaptasi daripada drama Turki berjudul Ruzgarin Kalbi. Dibintangi oleh Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak dan ramai lagi. Drama terbitan Three Line Media Sdn Bhd, arahan bersama Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida. Akan disiarkan mulai 27 April 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di Astro Ria HD saluran 104 dan Astro Ria saluran 124.

Drama ini mengisahkan pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal bersama gadis lain

Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana.

Zahlia telah pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal.

Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal.

JUDUL : DEGUP CINTA
JUMLAH EPISOD : 26 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 27 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 124 & Ria HD 104)
PENULIS SKRIP : Maizura Mohd Ederis
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin, Noorsyahida Mohd Radzali
PRODUKSI : Threeline Media Sdn Bhd
PELAKON : Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evan, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaryn Min, Laila Nasir, Faez Nick, Hanif Safuan, Sahronizam, Ruzana Ibrahim, Cinta Deline, Shuhanty Hanafiah, Zalfa Zin

WATAK PELAKON :
Josiah Hogan sebagai Reza
Shiqin Kamal sebagai Zahlia
Mathni Razak sebagai Haikal
Juliana Evan sebagai Jasmin
Zaryn Min sebagai Ana
Zalif Sidek sebagai Amran
Shuhanty sebagai Amira
Faez Nick sebagai Chef Umar
Hanif Safuan sebagai Firdaus
Sahronizam sebagai Kamal (Paksu)
Laila Nasir sebagai Mariani
Cinta Deline sebagai Ayu

Loading...

Tags: #degup cinta #drama degup cinta #josiah hogan degup cinta #pelakon drama degup cinta #sinopsis drama degup cinta

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.