Bagaimana Nak Hilangkah Sakit Lutut? Mari Cuba Petua Ringkas Ini

Faktor Usia Dan Berat Badan Merupakan Punca Utama Sakit Lutut

Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu

Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga, berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu. Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak mengubati sakit lutut dengan segera.

Walaupun banyak kaedah rawatan moden ditawarkan untuk melegakan sakit lutut, namun tidak salah sekiranya kita mencuba rawatan alternatif menggunakan bahan semulajadi dan kaedah ini boleh dilakukan di rumah sahaja. Cara menyediakan bahan-bahan adalah seperti berikut;

Bahan-bahan dan peralatan :

  • 2 biji buah epal hijau
  • 4 biji batang serai
  • Air
  • Periuk

Cara penyediaan :

  • Basuh batang serai, dan buah epal dengan bersih.
  • Potong empat bahagian buah epal tanpa membuang kulitnya.
  • Masukkan buah epal potong dan serai dalam periuk.
  • Masukkan air secukupnya, sehingga bahan tadi tenggelam.
  • Rebus campuran tersebut sehingga buah epal menjadi lembik.
  • Kemudian, tapis air rebusan tersebut untuk dijadikan minuman.

Aturan :

  • Amalkan minum pada setiap hari.
Loading...

Tags: #cara nak hilangkan sakit lutut #petua hilangkan sakit lutut #petua sakit lutut #rawat sakit lutut #sebab sakit lutut #ubat sakit lutut

Makanan Dilarang Semasa Berpantang, Para Ibu Patut Tahu!
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk merawat,
Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda
Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Terdapat lebih
Cara Mengatasi Penyakit Gatal Dan Ruam Pada Kulit Bayi
Ruam merah atau gatal pada si kecil selalu muncul pada bayi baru lahir. Tahukan
Cara Mengatasi Bulu Hidung Memanjang & Kesannya Terhadap Penampilan Anda!
Bulu halus yang tumbuh di hidung memang sangat penting dalam proses pernafasan. Selain

Comments are closed.