6 Perkara Ini Hanya Berlaku Di Bulan Ramadan

Menarik Ramadan

Ramadan tiba lagi. Umat Islam di seluruh pelosok dunia akan kembali menunaikan rukun Islam yang ketiga ini dengan menahankan diri dari lapar dan dahaga.

Di samping itu, menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Di bulan penuh keberkatan ini juga, umat Islam melipatgandakan amal ibadat dan kebaikan untuk mendapat ganjaran pahala.

Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan dengan pembaca mengenai enam perkara yang hanya berlaku pada bulan Ramadan sahaja. Jom, kita semak!

1. Bubur lambuk

Selain kurma yang amat sinonim dengan berbuka puasa, bubur lambuk juga antara makanan yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai di kala Ramadan menjelma.

Bak kata pepatah Melayu, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sejak dahulu lagi, ratusan bungkusan bubur lambuk akan diedarkan secara percuma setiap hari kepada masyarakat selepas waktu asar.

Selain pihak masjid dan surau, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan turut mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk di tempat masing-masing bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Bubur lambuk yang paling popular di Malaysia ialah bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru.

2. Menunggu Waktu Azan Maghrib

Di bulan Ramadan, waktu azan Maghrib merupakan momen yang paling penting bagi penganut Islam untuk berbuka puasa.

Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, inilah masa untuk mengisi perut yang kekosongan.

Tidak mengira tua atau muda, waktu azab Maghrib menjadi waktu yang ditunggu-tunggu selama menjalani ibadat puasa di bulan penuh keberkatan ini.

3. Mengimarahkan Masjid dan Surau

Dalam mengimarahkan bulan Ramadan, pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian dijalankan di masjid-masjid dan surau samada di bandar mahupun desa.

Dari gotong-royong memasak bubur lambuk, memasak hidangan untuk berbuka, ceramah keagamaan, membaca al-quran sehingga iftar, solat berjemaah, solat terawih dan moreh.

Pada ketika inilah, orang ramai mula membanjir masjid dan surau untuk melipatgandakan lagi amal ibadat dan ganjaran pahala.

4. Geng Kejut Sahur

Kegiatan tradisi ini sudah lama dijalankan terutamanya di kawasan-kawasan kampung di bulan Ramadan.

Geng kejut sahur biasanya dianggotai pemuda-pemuda dan ahli jawatankuasa masjid serta memainkan peranan mengetuk pintu rumah jiran tetangga untuk bangun bersahur.

Kumpulan ini akan mengelilingi seluruh kawasan kampung atau perumahan dengan alunan nyanyian selawat, zikir dan al-Quran diiringi pukulan kompang atau gendang sekitar 3.30 pagi hingga 4.30 pagi.

5. Main Bunga Api dan Mercun

Setiap kali tibanya Ramadan, pastinya akan diikuti bunyi mercun yang gegak gempita disini-sana

Kegiatan ini bukan sahaja terdapat di kampung-kampung malahan turut terjadi di kawasan bandar.

Awas! Bermain bunga api dan mercun boleh membawa padah kepada diri dan orang lain.

Saban tahun, pelbagai kes dilaporkan mengenai bahana mercun di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen tempatan

Dari putus jari, tangan kudung, badan melecun sehingga membawa maut. Oleh itu, jauhilah diri dari terjebak dengan aktiviti yang memudaratkan ini.

6. Bazar Ramadan

Sambil menunggu waktu berbuka puasa, jalan-jalan ke bazar Ramadan untuk mencari makanan dan minuman menjadi salah satu kegiatan di bulan yang mulia ini.

Bermacam-macam lauk pauk, kuih-muih, manisan dan air minuman yang boleh didapati di bazar-bazar berdekatan anda. Kebiasaannya, bazar akan dibuka selepas waktu asar kepada orang ramai untuk membeli juadah untuk berbuka dan sahur.

Ini merupakan sebahagian daripada perkara-perkara yang terjadi sepanjang menjalani bulan Ramadan. Semoga puasa tahun ini berjalan lancar dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Oleh itu, selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #apa menarik bulan puasa #bubur lambuk #bulan ramadan #perkara best bulan puasa #perkara yang berlaku bulan puasa #Ramadan 2017

5 Kelebihan Rakyat Korea Selatan! Ini Sebab Masyarakat Dunia Iri Hati Dengan Mereka!
Selain K-Drama dan K-Pop, Korea Selatan turut dikenali sebagai sebuah negara yang kaya
5 Fakta Mengejutkan Tentang Wanita! Lelaki Tolong Jangan Terkejut!
Wanita merupakan sosok paling indah dan istimewa ciptaan Allah SWT yang pantas untuk
Apa Yang Menarik Tentang iPhone 8 & iPhone 8 Plus?
Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dunia iaitu Apple telah memperkenalkan dua produk terbaharunya
5 Beza Produk Pewangi Badan Di Pasaran, Jangan Tahu Pakai Sahaja!
Selain pakaian sesuai dan tatarias yang menarik, wangian diri juga sangat penting dalam

Comments are closed.