Nak Cantik Seperti Neelofa! Ini Rahsianya

Neelofa Cantik

Who doesn’t love Neelofa. Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik bak bidadari malahan berbakat besar dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

Lahir dari program mencari bakat Dewi Remaja 2010/2011, figura kelahiran Kelantan ini juga sukses dalam bidang perniagaan dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita diluar sana. Walaupun sibuk dengan aktiviti seni dan bisnes, aktres cun ini tidak pernah mengabaikan soal kecantikan dan kesihatan dirinya.

Pastinya anda tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan dan kesihatan yang diamalkan disebalik wanita berdarah campuran Melayu, Arab dan Pakistan ini.

Dipetik dari Hanasuva.com, inilah rahsia cantik Neelofa. Check it out!

1. Banyak minum air kosong

Neelofa

mengamalkan minum air kosong sejak 2009 apabila membuat keputusan untuk menurunkan berat badannya.

“Apabila tekak dah biasa dengan air kosong, kita rasa dah tak nak minum air lain. Malah, anda akan rasa air kosong ini sangat refreshing,” katanya.

2. Minyak Argan Untuk Rambut Sihat

Dengan kesibukkannya, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini tiada masa untuk ke salon untuk mendapat rawatan rambut.

“Saya tiada masa untuk ke salon. Oleh itu, saya menggunakan rawatan minyak Argan di rumah agar rambut kekal sihat, lembap dan bersinar,” jelasnya.

3. Amalkan mandi ais untuk tulang dan kulit

Menurut usahawanita berjaya ini, rawatan mandi ais dapat menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan pelbagai penyakit.

“Isikan air dan ais ke dalam baldi, kemudian saya akan mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala,” katanya.

4. Rajin cuci muka dan ambil supplemen tambahan

Rajin menyuci muka selepas bersolek dan mengambil supplemen tambahan merupakan rutin harian yang diamalkan oleh bekas pengacara Nona ini.

“Saya menggunakan banyak alat solek, jadi saya akan memastikan cuci muka dengan cleansing oil setiap kali habis pulang dari urusan kerja. Saya juga mengamalkan supplemen tambahan untuk kekal cantik dan aktif,” jelasnya.

5. Bersenam tiga hingga empat kali seminggu

Patutlah badan kekal langsing, rupa-rupanya figura cantik ini bersenam tiga hingga empat kali seminggu.

“Selain bersenam di gim, saya suka bermain badminton, berenang dan kick boxing. Saya akan melakukan senaman ini sekurang-kurang tiga hingga empat kali seminggu,” katanya.

Nak cantik ke idok? Apa tunggu lagi, jom amalkan rahsia cantik dan sihat Neelofa ini. Semoga artikel memberi manfaat kepada anda semua. Peace!

Carian Berkaitan

nak cantik seprti neelofa ini rahsia nya

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cantik seperti neelofa #kecantikan asli neelofa #neelofa #Rahsia Cantik Neelofa #rahsia peribadi neelofa #rahsia seri muka #rahsia seri wajah #wajah berseri neelofa

Makanan Dilarang Semasa Berpantang, Para Ibu Patut Tahu!
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk merawat,
Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda
Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Terdapat lebih
Cara Mengatasi Penyakit Gatal Dan Ruam Pada Kulit Bayi
Ruam merah atau gatal pada si kecil selalu muncul pada bayi baru lahir. Tahukan
Cara Mengatasi Bulu Hidung Memanjang & Kesannya Terhadap Penampilan Anda!
Bulu halus yang tumbuh di hidung memang sangat penting dalam proses pernafasan. Selain

Comments are closed.