Kekal Aktif Saat Berpuasa! 5 Minuman Ini Mesti Jadi Pilihan Anda

Minum Waktu Bulan Puasa

Bulan Ramadan, bulan suci yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Bulan istimewa ini merupakan bulan yang penuh dengan kemuliaan, keberkatan, keampunan dan kerahmatan dari Allah SWT dimana bulan yang menutup semua pintu neraka dan terbukanya pintu sturga seluas-luasnya.

Dalam menjalani ibadat puasa, kita kadang kala menjadi kurang aktif, lemah dan mudah mengantuk yang mana akan menjejaskan rutin harian sebagai seorang pekerja ataupun mahasiswa.

Selain sentiasa bersenam dan memakan makanan seimbang, minuman pilihan ketika berbuka puasa atau sahur turut memainkan peranan penting dalam menjana tenaga selama lebih 12 jam.

Jangan risau! Penulis kali ini ingin berkongsi mengenai lima minuman yang mesti menjadi pilihan anda untuk kekal aktif dan bertenaga di bulan Ramadan.

1. Air Kosong

Untuk kekal aktif di bulan puasa, anda dikehendaki untuk meminum banyak air kosong (yang telah dimasak) terutamanya ketika sahur.

Jika kekurangan air, kita akan mudah lesu, penat dan mengantuk. Oleh itu, minumlah air kosong sekurang-kurang lapan gelas sehari untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

2. Jus Buah-buahan

Tidak dinafikan, buah-buahan kaya dengan khasiat dan kebaikan untuk kita semua.

Bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, buah-buahan juga dapat dibuat jus minuman untuk dihidangkan ketika berbuka puasa atau sahur.

Selain memberi kesegaran, jus buah-buahan turut membekal tenaga yang berpanjangan kerana mengandungi pelbagai vitamin, zat besi dan mineral.

3. Susu Segar

Menurut kajian pakar, mengamalkan minum susu segar ketika sahur dapat membuatkan perut kita kenyang dengan lebih lama dan membekalkan tenaga selama satu hari.

Kaya dengan kandungan nutrisi dan kalsium, susu segar memainkan peranan yang penting dalam membantu tubuh badan kita untuk menjalani ibadah puasa dengan lancar.

4. Air Isotonik

Untuk info, air isotonik merupakan air minuman yang dapat membantu menggantikan air dan tenaga. Minuman ini mengandungi air, gula dan elektrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi tubuh badan manusia.

Anda boleh dapatkannya dengan mudah di pasaran dengan pelbagai jenama dan perisa.

Setelah seharian bekerja atau kuliah, air isotonik mampu mengembalikan stamina anda di bulan Ramadan.

Awas! jangan amalkan secara berlebihan kerana air isotonik mampu mengundangkan penyakit yang tidak diingini.

5. Kopi

Siapa kata tidak boleh meneguk kopi di bulan Ramadan. Buat penggemar kopi, pagi akan terasa lebih ceria dan bersemangat jika anda menghirup secawan kopi ketika sahur. Di samping dapat menjana energi untuk mengerjakan ibadat, peminumnya juga kekal aktif tanpa diselubungi gejala mengantuk.

Ini kerana, kandungan kafein yang terdapat dalam kopi memberi kesan yang baik untuk anda jalani kegiatan di pagi hari.

Carian Berkaitan

DJ saat berpuasa hari song

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #air pilihan kekal tenaga #Bertenaga Di Bulan Ramadan #Kekal Aktif Di Bulan Ramadan #tips kekal aktif bulan puasa

Cara Hindarkan Mulut Berbau. Agar Rasa Selesa Saat Bergaul!
Bau mulut dalam istilah medikal disebut juga dengan halitosis. Masalah mulut berbau sering
Senarai Doa Dan Persediaan Diri Wajib Anda Tahu Sebelum Masuk Hutan
Pada masa dahulu kepercayaan terhadap semangat hutan begitu tebal di kalangan orang Melayu.
Cara Memujuk Anak Menggosok Gigi, Supaya Gigi Mereka Tidak Rosak!
Anak-anak perlu diterapkan dengan tabiat menggosok gigi kerana ia adalah perkara yang sihat
5 Jenis Pokok Hiasan Mampu Hilangkan Stress Anda!
Stres boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Saban hari, pasti ada satu atau lebih