Cara Mengatasi Masalah Tandas Tersumbat, Lima Teknik Ini Dapat Membantu Anda!

Atasi Tandas Tersumbat

Apabila mangkuk tandas di rumah tersumbat, pasti menjadi masalah. Air tidak mengalir keluar dan memenuhi mangkuk tandas terutamanya tandas jenis duduk.

Kebiasaannya, masalah tandas tersumbat terjadi kerana terdapat sesuatu yang tersumbat dalam aliran air kumbahan seperti tisu atau apa-apa benda yang termasuk dalam tandas tersebut.

Jika masalah tersebut tidaklah terlalu serius, anda dapat memulihkan sendiri tandas yang tersumbat dengan beberapa cara tanpa memerlukan kos dan bantuan orang luar.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh diguna pakai untuk mengatasi tandas yang tersumbat.

  1. Menggunakan sabun

Anda boleh menggunakan sabun seperti sabun pencuci pinggan, syampu dan sabun mandian. Tuangkan ke dalam mangkuk tandas. Biarkan selama 20 hingga 30 minit supaya sabun bertindak balas. Kemudian, flush tandas anda dan siramkan dengan air.

  1. Menggunakan air panas

Panaskan air dan isikan ke dalam baldi. Tuang air panas tersebut ke dalam mangkuk tandas. Tunggu sehingga 5 minit untuk memastikan air panas dapat memecahkan sumbatan.

Kemudian, flush tandas atau simbahkan dengan air. Pastikan anda mengangkat pelampung di dalam tangki untuk menghentikan pengaliran air dari tangki dan memastikan pengaliran air keluar ke sistem kumbahan sudah baik.

  1. Menggunakan cecair peluntur pakaian

Tuangkan 0.5 hingga 0.7 liter cecair peluntur atau pemutih pakaian seperti Clorox dan sebagainya ke dalam mangkuk tandas. Cara ini seperti penggunaan sabun, untuk masalah tandas tersumbat yang parah dengan air yang memenuhi ruang dalam mangkuk tandas.

Tambah secawan sabun serbuk. Contohnya serbuk pencuci pakaian. Tunggu sehingga 20 hingga 30 minit supaya bahan kimia tersebut bereaksi. Kemudian flush tandas anda atau siramkan dengan air.

  1. Menggunakan soda

Dapatkan serbuk soda. Masukkan soda ke dalam mangkuk tandas. Kemudian, tuangkan air panas ke atas soda tersebut dan ia akan meruap dan membuak-buak di dalam mangkuk tandas.

Tunggu supaya bertindak balas, kemudian simbahkan air. Jika masih tersumbat, ulangi langkah ini sehingga aliran air menjadi lancar.

  1. Menggunakan penyangkut baju

Ambil penyangkut baju dawai. Potong bahagian bawahnya dan luruskan. Dengan memakai sarung tangan, jolokkan dawai penyangkut baju ke bahagian lubang dalam mangkuk tandas.

Atasi sumbatan dengan cara menggerak-gerakkan dawai itu sekeliling lubang tandas untuk memecahkan sumbatan. Keluarkan dawai, flush tandas dan siramkan dengan air.

Selain daripada cara di atas, anda juga boleh mendapatkan cairan pencuci khas, drain cleaner atau enzim untuk mangkuk tandas yang berupaya menyelesaikan masalah sumbatan dengan tindakbalas kimia.

Anda juga boleh menggunakan alat lain seperti plumbing snake dan penyedut hampagas basah. Pastikan anda sentiasa membersihkan lubang air sekitar mangkuk tandas untuk memastikan alirannya lancar dan mengurangi kemungkinan untuk tandas tersumbat.

Carian Berkaitan

mangkuk tandas tersumbat, tandas tersumbat, soda untuk tandas tersumbat, cara atasi tandas tersumbat, ubat tandas tersumbat
Loading...

Tags: #cara mengatasi tandas tersumbat #Cara Mudah Selesaikan Tandas Tersumbat #Cara untuk Membetulkan Toilet yang Tersumbat #Gunakan Soda Untuk Lubang Tandas Tersumbat #Kerja masalah Tandas Tersumbat #mangkuk tandas tersumbat #masalah tandas tersumbat #mengatasi tandas tersumbat #soda untuk tandas tersumbat #tandas terseumbat #tandas tersumbat #Tips Jamban Tersumbat #Tips untuk membaiki tandas tersumbat

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan
Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!
Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan,
Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!
Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh
Tips Mudah Hilangkan Cat Pada Pakaian. Pakaian Anda Kembali Bersih!
Kalau sedang mengecat dinding di rumah, pasti kita lebih memilih menggunakan pakaian buruk

Comments are closed.