Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah

Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah

Kebanyakan wanita paling tidak suka untuk melilpat pakaian. Pada mereka, biarlah diberi tugasan memasak atau mengemas rumah berbanding dengan tugasan melipat kain.

Oleh yang demikianlah, kadangkala kerja melipat kain jadi tertangguh. Akibatnya baju-baju bertimbun dalam bakul. Ada pula kadangkala suri rumah menggunakan penyangkut baju semasa menjemur pakaian. Ini semua adalah langkah untuk menghindari kerja melipat kain.

Jika anda tidak tahan untuk menguruskan kain baju bertimbun di rumah, mari cuba petua ini ;

1. Sebuah bilik pakaian khas perlu disediakan bagi menempatkan pakaian-pakaian anda dan bilik tersebut haruslah memerlukan banyak ruang untuk menyangkut pakaian. Semua pakaian hendaklah disangkut rapi termasuk juga t-shirt. Sekiranya anda mahu menjimatkan ruang, anda boleh membuat penyangkut khas yang sangat praktikal kerana bukan sahaja kukuh, malah lebih kemas dan menjimatkan ruang. (rujuk gambar dibawah)

2. Bagi pakaian jenis seluar pula, ini adalah cara untuk anda menyangkut seluar-seluar yang dipakai seharian. Tidak perlu guna penyangkut pakaian sebaliknya anda hanya perlu menggunakan kelip pakaian sahaja. Cara ini lebih mudah daripada proses melibat kain yang lambat dan memenatkan.

3. Pakaian-pakaian yang hendak dipakai untuk kerja seharian juga boleh anda susun mengikut label setiap hari. Ini akan lebih memudahkan anda untuk mencari pakaian apabila dalam keadaan kelam kabut seperti hari-hari yang mungkin anda terlewat untuk pergi bekerja.

4. Jika anda tidak mempunyai ruang yang banyak untuk menyangkut pakaian, anda boleh menyediakan rak terbuka yang agak tinggi dan setiap rak disediakan kotak yang siap berlabel. Masukkan pakaian mengikut label yang disediakan. Ia melatih anda menguruskan pakaian dengan mudah dan berdisplin. Kotak-kotak berlabel juga sesuai menyimpan pakaian dalam kecil seperti stokin dan sebagainya. Dengan kaedah ini, anda tidaklah tercari-cari pakaian kegemaran anda setiap hari.

diy-rak-kasut-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah DIY-rak-susun-baju-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah hanger-menggunakan-paip-besi-simple-DIY-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah hanger-tudung-skaf-kreatif-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah penyangkut-scarf-diy-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah rack-baju-kreatif-diy-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah rak-baju-kemas-simple-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah rak-baju-kreatif-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah rak-tudung-kreatif-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah simpan-pakaian-dalam-kotak-dan-label-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah susunan-pakaian-dalam-kotak-150x150 Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah

Loading...

Tags: #cara urus pakaian dirumah #kotak baju label #Petua Mudah Menguruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah #petua urus pakaian dirumah #rack pakaian kreatif #rak diy #susun pakaian #susunan baju

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Petua Mudah Uruskan Kain Baju Bertimbun Di Rumah"