Doa Terbaik Hari Wukuf Yang Mustajab, Boleh Amalkan Di Rumah


Ibadah wukuf di Arafah dilaksanakan mulai dari tergelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Pada waktu ini adalah waktu yang amat mustajab untuk kita berdoa. Kita juga boleh mengamalkan berdoa pada waktu wukuf samada di rumah atau di mana-mana sahaja pada waktu tersebut. Berikut adalah beberapa doa yang boleh dijadikan sebagai panduan, Insya-Allah bermanfaat :
  1. Ya Allah, kurniakanlah padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masukkanlah aku ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman –  yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
  4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka dan kurniakanlah mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
  7. Ya Allah, sempurnakanlah agamaku dan ibadatku. Selamatkanlah aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkanlah dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahilah rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari penentuan.
  9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
  10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan kekuatan iman.
  11. Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  12. Ya Allah, Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu (SAW).
  14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.
  15. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
  16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Selamatkan aku dari sifat angkuh dan sombong.
  17. Ya Allah, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasanganku yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Ya Allah, Ya Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu serta kedua ibubapaku.
  19. Ya Allah, Kau selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  20. Ya Allah, Kau Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindasan dan mereka yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  25. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku kepadaMu.
  26.  Ya Allah, selamatkan aku dari menjadi insan yang munafik kepadaMu.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  28. Ya Allah, lindungi kami daripada syaitan, jin dan maksiat. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29.  Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
  31.  Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Loading...

Tags: #31 doa terbaik #amal doa waktu wukuf #contoh 31 permohonan doa terbaik #contoh doa doa terbaik #doa hari arafah #doa hari wukuf #doa pada waktu mustajab #doa terbaik hari wukuf #doa waktu wukuf

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Leave a reply "Doa Terbaik Hari Wukuf Yang Mustajab, Boleh Amalkan Di Rumah"