Drama Diari Ramadan Rafique Reunion, Sinopsis dan Pelakon

Drama Diari Ramadan Rafique Reunion

Drama siri mini ‘Diari Ramadan Rafique Reunion’ telah menemui penonton pada bulan ramadan bermula 12 Mei 2019, setiap Ahad pukul 9 malam di TV3.

Drama ini mengisahkan Rafique yang masih bujang dan menetap dengan neneknya di kampung. Rafique membuka bengkel membaiki kereta di kampungnya secara kecil-kecilan. Maisara yang kini telah berusia 19 tahun, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti tempatan. Nenek Rafique yang kesunyian dengan terlatah kanak-kanak kecil mengambil upah menjaga 4 orang anak-anak kejiranan yang mana kedua ibubapa mereka sedang bekerja.

Daripada 4 orang kanak-kanak yang dijaga oleh nenek, salah seorang dari mereka yang bernama Sadique mempunyai tabiat atau berperangai “copy paste” sama seperti perangai Rafique sewaktu kecil dahulu, iaitu nakal dalam diam dan sering menjadi mangsa keadaan. Ramadan kini tiba lagi, Rafique melihat sikap Sadique sama sepertinya sewaktu kecil. Rafique yang cuba menjadikan “DIARI SEWAKTU DIA MASIH KECIL” sebagai sumber rujukan, tetapi dia silap, zaman telah berubah, kenakalan kanak-kanak zaman kini tidak lagi seperti zamannya dahulu.

JUDUL : DIARI RAMADAN RAFIQUE REUNION
JUMLAH EPISOD : 4 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 12 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Ahad, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3
PENGARAH : Mohd Latiff Zami
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Mirsad Kulasic, Normah Damanhuri, Mysarra Syahfiedzrien, Kamarul Eqif, Syed Ali Murtadha, Iris Alessandra, Nur Damia Danisha, Sherry Ibrahim, Roy Azman, Rozita Che Wan, Zed Zaidi, Zarynn Min, Puteri Khareeza, Elly Mazlein, Norish Karman, Norzamzam Kamarul Ridzuan, Mohd Thaqif, Mohd Al Haiqal, Mohd Syahril Senggari

PELAKON :
Mirsad Kulasic sebagai Rafique
Normah Damanhuri sebagai Nenek
Mysarra sebagai Maisara
Kamarul Eqif sebagai Sadiq
Syed Ali Murtadha sebagai Rohaizat
Iris Alessandra sebagai Haslinda
Nur Damia Danisha sebagai Suci
Roy Azman sebagai Hassan
Rozita Che Wan sebagai Siti Rohani
Zed Zaidi sebagai Izwan
Zarynn Min sebagai Siti Fatimah
Puteri Khareeza sebagai Zara

 

sinopsis-Diari-Ramadan-Rafique-Reunion Drama Diari Ramadan Rafique Reunion, Sinopsis dan Pelakon

 

Loading...

Tags: #Diari Ramadan Rafique Reunion #drama Diari Ramadan Rafique Reunion #pelakon Diari Ramadan Rafique Reunion #sinopsis Diari Ramadan Rafique Reunion

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.