Biodata Zetty Hot.FM, DJ Radio & Pengacara TV Berbakat

Biodata Zetty Hot.FM, DJ Radio & Pengacara TV Berbakat

Nama Zetty mungkin tidak sepopular DJ Lin, Linda Onn, Fara Fauzana, Feeya Iskandar dan Hani Fadzil namun bakatnya sebagai penyampai radio tidak boleh dipandang enteng.

Memulakan tugas di Hot.FM pada 2017, figura bertubuh kecil ini mengendalikan segmen Muzik Hot yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pada hari Sabtu pula, Zetty atau nama lengkapnya Zetty Nabila Muhamad Ghazali mengemudi segmen Selebriti Hot mulai 8.00 pagi hingga 10.00 pagi yang membicarakan tentang berita hiburan dan gosip terkini selebriti tanah air dan antarabangsa.

Untuk rekod, kemunculan Zeety ke konti Hot.FM bagi menggantikan tempat Rea atau Tengku Nor Suriya Tengku Mohammad yang berpindah ke stesen radio Kool.FM.

Anak jati Kuala Lumpur ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan di mana beliau turut mengacarakan program televisyen seperti Destinasi Bajet dan Hot TV.

Jangan buang masa, marilah kita berkenalan lebih dekat dengan figura lincah dan petah berbicara ini. Let’s find out!

Biodata Ringkas Zetty Hot.FM

Nama Penuh: Zetty Nabila Muhamad Ghazali
Nama Pentas: Zetty Hot.FM/Zetty Nabila
Umur: 27 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 12 Mac 1991
Zodiak: Pisces
Asal: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Karier: Penyampai Radio & Pengacara TV

Laman Media Sosial Zetty Hot.FM

Trivia Menarik Tentang Zetty Hot.FM

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Sebelum diserap menjadi penyampai tetap setahun yang lalu, Zetty pernah berkhidmat di Hot.FM sebagai deejay sambilan selama dua tahun.
  • Kalau nak tahu, Zetty adalah bekas ahli Hot.FM Zoomers pada 2012.
  • Zetty adalah peserta program Projek 3R yang diterbitkan TV3 yang turut disertai oleh Dayah Abu Bakar, Sara Zulkifli (Sarancak) dan Jasmine Suraya Chin.
  • Jika ada masa terluang, Zetty suka melakukan aktiviti seperti melancong, sukan bermotor dan menikmati makanan baru.
  • Merupakan rakan sekerja Fizie, Haziq, EL, Deen, Ajak Shiro, Syuk Balas, Issey Fazlisham dan Azizul Ammar.
  • Kalau nak tahu, kebanyakan iklan di radio dan televisyen menggunakan suara figura bertubuh genit ini.
  • Mengacarakan rancangan Destinasi Bujet.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Zetty memiliki lebih 17,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Zetty Hot.FM

zeti-destinasi-bujet-300x300 Biodata Zetty Hot.FM, DJ Radio & Pengacara TV Berbakat

azlan-150x150 Biodata Zetty Hot.FM, DJ Radio & Pengacara TV Berbakat

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Zetty #Biodata Zetty Hot.FM #destinasi bujet #Hot.FM Zoomers #Kenali Zetty Hot.FM #Penyampai Radio Baru Hot.FM #Peserta Projek 3R #Profil Zetty Hot.FM #Siapa Zetty Hot.FM #zetty 3r #Zetty Deejay Hot.FM #Zetty Hot.FM #Zetty Muzik Hot Hot.FM #zetty nabila hot fm #Zetty Nabila Muhamad Ghazali #Zetty Penyampai Radio Hot.FM #Zetty Peserta Projek 3R

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.