Biodata Fizie, Penyampai Radio Popular Hot.FM

Biodata Fizie, Penyampai Radio Popular Hot FM

Jika anda pendengar setia segmen Geng Pagi Hot di Hot.FM, pasti mengenali salah seorang penyampai radionya iaitu Fizie atau nama penuhnya Mohamad Hafizie Roslan.

Berkeudara seawal 6.00 pagi hingga 10.00 pagi setiap Isnin hingga Jumaat, pemuda berusia 29 tahun ini berkongsi konti radio bersama Ajak Shiro dan Syuk SYJ.

Terdahulu, anak kelahiran Perak ini pernah mengendalikan segmen AM Krew bersama Fara Fauzana dan AG Selamat sebelum penjenamaan semula stesen radio berkenaan.

Sedar atau tidak, bapa kepada dua orang cahaya mata ini telah berkecimpung selama 12 tahun di arena penyiaran radio di mana bergelar deejay radio Hot.FM hampir tujuh tahun.

Sebelum bertugas di ibu pejabat, figura ini pernah mengemudikan Hot.FM Kelate menerusi segmen Hot.FM Kelate Gu Kito bersama-sama Farid.

Selain berkhidmat sebagai deejay radio, anak seni ini turut aktif di pentas pengacaraan untuk televisyen mahupun acara majlis.

Jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik lelaki berbintang Aquarius ini dibawah. Selamat membaca!

Biodata Ringkas Fizie Hot.FM

Nama Penuh: Mohamad Hafizie Roslan
Nama Komersil: Fizie/Fizie Hot.FM
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 2 Februari 1988
Zodiak: Aquarius
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara Televisyen & Pengacara Majlis
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Hos TV: Muzik-Muzik 31, Hot TV, Anugerah Juara Lagi, Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 & Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016.

Laman Media Sosial Fizie Hot.FM

Trivia Menarik Tentang Fizie Hot.FM

  • Merupakan bekas deejay radio Manis.FM selama dua tahun mulai 2006.
  • Dek kerana minatnya dalam dunia radio, Fizie turut menghasilkan radio internetnya sendiri yang dikenali sebagai Gempak.FM.
  • Selepas tamat tingkatan lima, Fizie pernah bekerja sebagai deejay di pasar raya di Kelantan selama tiga bulan.
  • Mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Fatin Sharmimi serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adra Nayla dan Adi Putra.
  • Menerusi Instagramnya, Fizie aktif melakukan aktiviti seni bela diri iaitu Muay Thai.
  • Menjadi penyeri untuk muzik video penyanyi dikir barat, Adik Wani berjudul Demo Kawe Kasih.
  • Figura ini bernaung dibawah label pengurusan HR7 Entertainment.
  • Ayahnya iaitu Lan Flute adalah pemuzik otai yang kini tinggal kini menetap di Pantai Besar, Batu Kurau, Perak.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram dan hampir 20,000 pengikut di Facebook miliknya.
azlan-150x150 Biodata Fizie, Penyampai Radio Popular Hot.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Fizie Hot.FM #fizie dj hot kelate #Fizie Hot.FM #Images for Fizie Hot.FM #Kenali Fizie Hot.FM #Laman Media Sosial Fizie Hot.FM #Menarik Tentang Fizie Hot.FM #Mohamad Hafizie Roslan #Profil Fizie Hot.FM #Real Fizie Hot FM #siapa fizie dj radio #Trivia Menarik Fizie Hot.FM

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.