Datuk Fadza Anuar, CEO FashionValet.Com

Biodata Datuk Fadza Anuar, CEO FashionValet

Mesti anda tertanya-tanya siapakan gerangan jejaka kacak bernama Datuk Fadza Anuar ini?

Kalau nak tahu, pemilik nama sebenar Fadzarudin Shah Anuar ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada pusat membeli-belah pakaian dan produk fesyen berjenama secara digital iaitu FashionValet.Com.

Selain itu, pemuda ini juga merupakan suami tercinta kepada ikon usahawanita tempatan, Datin Vivy Yusof.

Di samping FashionValet.Com, pasangan ini turut menghasilkan barangan berasaskan scarf (dUCK Scarves) dan produk kecantikan (dUCk Cosmetics) menerusi syarikat dUCK Group.

Untuk pengetahuan para pembaca, Fadza dan isterinya turut tersenarai sebagai 300 individu yang berpengaruh di Malaysia berdasarkan portal Tatler Malaysia.

Berikut, penulis kongsikan serba sedikit tentang biodata dan trivia menarik ahli perniagaan yang berdedikasi dan berkaliber ini.

Biodata Ringkas Datuk Fadza Anuar

Nama Sebenar: Fadzarudin Shah Anuar
Nama Panggilan: Fadza Anuar
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 8 April 1988
Zodiak: Aries
Status: Berkahwin
Asal: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Karier: Ahli Perniagaan

Laman Media Sosial Datuk Fadza Anuar

Trivia Menarik Tentang Datuk Fadza Anuar

  • Lulusan Master dalam jurusan Kejuteraan Aeronautik dari Imperial College London.
  • Turut melanjutkan pengajian di peringkat A Levels di Cambridge Tutors College.
  • Mendirikan rumah tangga dengan si cantik manis, Vivy Yusof sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.
  • Selepas tamat pengajian di luar negara, Fadza pulang ke tanah air dan berkhidmat di Deloitte Consulting Malaysia di mana beliau terdedah kepada profesional C-Suite di sektor awam dan swasta.
  • Untuk info, Fadza dan isterinya pernah menyertai program MYEG Make The Pitch (musim kedua) di mana pasangan ini menjuarai rancangan berkenaan dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.
  • Bukan itu sahaja, Fadza turut dianugerahkan sebagai salah seorang Augustman Men of the Year bagi tahun 2015.
  • Malah, Fadza dan Vivy merupakan orang Melayu pertama menjadi sebahagian daripada Endeavor (organisasi global yang memilih, menjadi mentor dan mempercepatkan usahawan berimpak tinggi).
  • Fadza dan Vivy juga pernah diundang untuk menjadi juri rancangan #MyUberPitch beberapa tahun lalu.
  • Beliau juga sangat aktif memberi ceramah dan berkongsi ilmu serta pengalamannya tentang perniagaan dan e-dagang di universiti dan program-program keusahawanan.
  • Fadza memiliki lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya. Setakat artikel ini ditulis, pemuda ini telah memuat naik lebih 400 kiriman termasuklah gambar dan video mengenai anak-anaknya.

Gambar Menarik Datuk Fadza Anuar

keluarga-Fadza-Anuar-dan-vivy-yusof-300x300 Datuk Fadza Anuar, CEO FashionValet.Com Fadza-Anuar-dan-vivy-yusof-300x300 Datuk Fadza Anuar, CEO FashionValet.Com

azlan-150x150 Datuk Fadza Anuar, CEO FashionValet.Com

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Datuk Fadza Anuar #Biodata Fadza Anuar #ceo fashionvalet #CEO FashionValet.Com #CEO of fashionvaletcom #Datin Vivy Yusof #dato fadzarudin shah anuar #Datuk Fadza Anuar #Datuk Fadza Anuar CEO FashionValet.Com #Fadza Anuar #fadza anuar age #fadza anuar birthday #fadza anuar dapat datuk #fadza anuar father #fadza anuar profile #fadza anuar wikipedia #fadzarudin shah anuar family #Fadzarudin Syah Anuar #FashionValet.Com #Profil Datuk Fadza Anuar #Profil Fadza Anuar #Suami Vivy Yusof

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.