Bella Nazari, Dari Pentas Lakonan Ke Dunia Nyanyian

Bella Nazari, Dari Pentas Lakonan Ke Dunia Nyanyian

Mempertaruhkan karakter antagonis sebagai langkah untuk dirinya lebih dikenali ramai, percaturan Bella Nazari atau nama lengkapnya Mas Nabiella Nazari nyata menjadi.

Melalui ‘watak hitam’, nama anak jati Kangar, Perlis ini melekat di minda para pencinta seni hiburan tanah air lebih-lebih penonton setia drama bersiri tempatan.

Selain Shh…I Love U, drama bersiri yang dibintanginya sebagai wanita jahat adalah Hati Perempuan dan Duda Terlajak Laris.

Dalam mengembangkan lagi portfolio seninya, Bella yang mesra dipanggil Kak Bae ini juga berbakat besar dalam bidang seni suara. Sehingga kini, si cantik molek ini telah merakamkan dua single berjudul Infiniti dan Oh Cintaku.

Untuk pengetahuan para pembaca, wanita berusia 30 tahun merupakan anak didik kepada Noraniza Idris menerusi rancangan realiti terbitan TV3, Mentor beberapa tahun dahulu.

Selepas langkahnya terhenti di pentas Mentor, Bella terpaksa mengundurkan diri buat seketika untuk melanjutkan pengajiannya di menara gading.

Marilah kita berkenalan lebih dekat dengan aktres berbintang Cancer ini.

Biodata Ringkas Bella Nazari

Nama Penuh: Mas Nabiella Nazari
Nama Komersil: Bella Nazari
Umur: 30 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 11 Julai 1987
Zodiak: Cancer
Asal: Kangar, Perlis
Adik Beradik: Anak kedua daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon & Usahawanita
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Infiniti & Oh Cinta Ku.

Drama/Telefilem: Duda Terlajak Laris, Hati Perempuan, Tabir Zulaikha, Shh…I Love You, Gerak Khas, Cerita Dari Mustika (Perempuan Misteri Tumpang Ke Jerantut Feri) dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Bella Nazari

Trivia Menarik Tentang Bella Nazari

  • Graduan Diploma Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Turut menjalankan bisnes jus buah-buah dibawah jenama Frunity di ibu kota.
  • Pernah bertunang dengan jejaka kelahiran Kelantan bernama Mohd. Sukiman.
  • Media tempatan melaporkan bahawa Bella kini sedang rapat dengan penyanyi baharu, Andi Bernadee yang viral dengan lagu Tak Tun Tuang.
  • Jika ada masa terluang, si cantik ini suka memasak.
  • Dalam menjaga kecantikan diri, figura ini mendapatkan rawatan di spa kecantikan sebulan sekali.
  • Bella juga pernah menjadi pengacara jemputan untuk program Go Shop (Astro).
  • Bukan sahaja mengikuti kelas pengucapan awam, wanita ini turut mendapat bimbingan kelas vokal dan nyanyian daripada Cikgu Shafie.
  • Bella kini bernaung dibawah label Raksasa Music.
  • Badannya pernah mencecah berat sebanyak 65 kilogram namun beliau berjaya menurunkan beratnya sehingga 48 kilogram.
  • Kurang selesa jika berada di tempat yang kecil, sempit dan terlalu sesat orang ramai.
  • Bella mengakui dirinya mempunyai lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan.
  • Bellarians FC adalah nama kelab peminat aktres berbakat besar ini.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Bella memiliki hampir 100,000 pengikut di Instagram dan lebih 10,000 pengikut di Facebook miliknya.

Gambar Menarik Bella Nazari

Bella-Nazari-cantik-300x300 Bella Nazari, Dari Pentas Lakonan Ke Dunia NyanyianBella-Nazari-pelakon-e1512571581794-300x300 Bella Nazari, Dari Pentas Lakonan Ke Dunia Nyanyian

azlan-150x150 Bella Nazari, Dari Pentas Lakonan Ke Dunia Nyanyian

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bella mentor #Bella Nazari #bella nazari berlakon #bella nazari drama #bella nazari duda terlajak laris #bella nazari oh cintaku #Bella Nazari Pelakon Drama Hati Perempuan #Bella Nazari Pelakon Drama Shh...I Love U #Bella Nazari Penyanyi Lagu Oh Cintaku #bella nazari wikipedia #Biodata Bella Nazari #Kenali Bella Nazari #Mas Nabiella Nazari #Penyanyi Lagu Oh Cintaku #Profil Bella Nazari

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.