Cara Hindari Penyakit Coronavirus 2019-nCOV

2019 Novel Coronavirus

Menurut laporan Berita, cara jangkitan coronavirus 2019-nCoV belum diketahui secara jelas, meskipun kes dikesan setakat ini mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkata ada bukti menunjukkan berlakunya penularan daripada seorang individu kepada individu yang lain, khususnya dalam kalangan kontak rapat.

Sehingga 4 Februari 2020, kadar kematian akibat penularan virus ini meningkat secara mendadak kepada 427 orang. Dan kes kematian ini terus meningkat saban hari.

Ini menunjukkan bahawa kesan virus ini bukan boleh dipandang remeh kerana ia boleh menyebabkan kematian.
Oleh yang demikian, adalah baik bagi kita mengetahui dan mengamalkan langkah-langkah penjagaan diri dan keluarga daripada virus yang merbahaya ini.

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan anda untuk tidak ke tempat penularan wabak ini. Malah, anda juga haruslah mengamalkan langkah-langkah pencegahan sebagai tanda berjaga-jaga seperti berikut;

Langkah Pertama

Langkah pengawalan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang ramai adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri pada tahap tertinggi seperti mencuci tangan dengan kerap menggunakan air atau pencuci tangan. Adalah digalakkan mencuci tangan sekurang-kurangnya setiap 20 saat.

Langkah Kedua

Adalah penting sekiranya anda berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini, anda haruslah menggunakan penutup mulut dan hidung dan juga membawa pencuci tangan. Selain itu, anda tidak digalakkan berada di tempat sesak, dan melawat ladang haiwan serta makan produk makanan yang mentah, tidak dimasak dengan sempurna.

Disamping itu elakkan diri dari mengunjungi pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

Langkah Ketiga

Anda perlu segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk, muntah atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

 

coronavirus-2019-nCoV-3 Cara Hindari Penyakit Coronavirus 2019-nCOV

Loading...

Tags: #2019 Novel Coronavirus #cegah coronavirus 2019-nCoV #coronavirus 2019-nCoV #coronavirus 2019-nCoV pencegahan #panduan hindar coronavirus 2019-nCoV #tips cegah coronavirus 2019-nCoV #virus coronavirus 2019-nCoV

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Comments are closed.