Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah TV3

Rindu Yang Terindah Drama

JUDUL : RINDU YANG TERINDAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Emi Sufian
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin

WATAK & PELAKON
Redza Rosli sebagai Hazill Wafiy
Amelia Henderson sebagai Airis Warda
Adam Lee sebagai Hazim Wafiy
Esma Daniel sebagai Sofian
Maria Farida sebagai Raziah
Hazman Al-Idrus sebagai Zack

SINOPSIS DRAMA RINDU YANG TERINDAH

Drama adaptasi novel ‘Derita Terindah’ karya Eshal Nuranis akan ditayangkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Redza Rosli dan Amelia Henderson. Drama terbitan OrangeTree Production di bawah arahan Emi Sufian.

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua itu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” – Airis Warda

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya. Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Loading...

Tags: #Drama Rindu Yang Terindah TV3 #drama tv3 bersiri #Rindu Yang Terindah #Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah TV3

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.