Kenali Baby Shima, Bintang D’Academy Asia 3

Kenali Baby Shima, Bintang D'Academy Asia 3

Biarpun sudah lebih 5 tahun bergelar seorang penyanyi, wanita bernama Baby Shima kurang menyerlah di persada seni hiburan tanah air.

Walaubagaimanapun, jenamanya semakin mekar mewangi di negara seberang selepas melancarkan single baharu berjudul Makan Hati.

Gara-gara aktif menyanyi di aplikasi Smule, anak jati Johor Bahru, Johor ini dilamar syarikat rakaman Nagaswara yang berpengkalan di Indonesia sebagai artis rakamannya.

Malah, wanita berusia 25 tahun ini turut menyertai program realiti nyanyian dangdut, D’Academy Asia 3 (DAA3) mulai 23 Oktober 2017 bagi mengukuhkan lagi tapaknya di negara Garuda berkenaan.

Sayangnya, Baby Shima tersingkir pada saingan kumpulan kelima selepas memperolehi undian terendah. Sebelum terkeluar, pelantun lagu Abang Satu Ringgit ini mendapat kritikan pedas daripada diva dangdut negara, Mas Idayu sehingga video kritikal berkenaan tular dan sensasi beberapa hari lalu di laman media sosial.

Paling menarik, figura berwajah comel ini tidak berkecil hati dan menerima baik kritikan tersebut.

Berikut, penulis kongsikan serba sedikit biodata dan trivia menarik Ratu Smule Malaysia ini.

Biodata Ringkas Baby Shima

Nama Penuh: Nor Ashima Ramli
Nama Komersil: Baby Shima
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 20 September 1992
Zodiak: Virgo
Asal: Permas Jaya, Johor Bahru, Johor
Adik Beradik: Anak keempat daripda enam beradik
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Makan Hati, Lelaki Lama, Nombor Dua, Sesaat, Tak Sabar & Abang Satu Ringgit.

Drama/Telefilem: Ayam Ribut Syawal.

Pencapaian:

  • Juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2010.
  • Juara KPopnya Raya 2012 (Astro Ria 104).
  • Juara Mangga Star Seach 2009.

Laman Media Sosial Baby Shima

Trivia Menarik Tentang Baby Shima

  • Sebelum terjun ke dunia Danggut, figura ini mengangkat muzik Dance Pop.
  • Bernaung di bawah label pengurusan AiCO Empire Group milik Adam AF (Malaysia).
  • Menamatkan zaman solonya dengan lelaki bernama Mohd Afrendie Affendy yang merupakan pengurusnya pada 2005.
  • Figura ini juga pernah berjinak-jinak dalam bidang lakonan dimana turut memegang watak utama dalam telefilem berjudul Ayam Ribut Syawal beberapa tahun lalu.
  • Menyumbangkan suaranya untuk lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk produk pelakon, dan sutradara tersohor tanah air, Datuk Rosyam Nor.
  • Panggilan Baby Shima sebagai nama pentasnya diilhamkan oleh komposer hebat tanah air, Edry KRU yang menyifatkan personalitinya adalah seorang yang manja dan lembut.
  • Demi DAA3, Baby Shima mengambil kelas vokal bersama komposer tempatan, Azmeer.
  • Shimalovers adalah nama kelab peminatnya.
  • Namanya mula dikenali ramai selepas berkolaborasi bersama Khai Bahar di Smule dimana kedua-dua penyanyi ini pernah melantunkan lagu-lagu seperti Gurauan Berkasih dan Ku Tak Akan Bersuara.
  • Memiliki lebih 200,000 pengikut di Instagram dan hampir 400,000 pengikut di Facebook miliknya.
azlan-150x150 Kenali Baby Shima, Bintang D'Academy Asia 3

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Baby Shima #Baby Shima D'Academy Asia 3 #Baby Shima Makan Hati #Baby Shima Ratu Smule Malaysia #Biodata Baby Shima #Kenali Baby Shima #Profil Baby Shima #Trivia Menarik Baby Shima

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.