Nadzmi Adhwa, Aktor Berbakat Kelahiran Kuala Lumpur

Nadzmi Adhwa, Aktor Berbakat Kelahiran Kuala Lumpur

Meskipun masih lagi bertatih di arena seni hiburan tempatan, langkah Nadzmi Adhwa dilihat begitu produktif.

Nama figura berambut kerinting ini mula melonjak naik apabila membintangi drama bersiri popular berjudul Hati Perempuan yang telah disiarkan di TV3 tidak lama dahulu.

Pada awalnya memasuki dunia seni lakon sebagai pemain sampingan, ruang terhad berkenaan tidak mematahkan semangat anak jati Kuala Lumpur ini mengatur langkah untuk berada di sayap utama membawa karakter penting.

Selain Hati Perempuan, aktor kacak ini turut tampil dalam drama dan telefilem seperti Namaku Bedah, Cinta Roller Coaster, Jejaka Terhangat Di Pasaran dan Yam Melaram.

Tidak hanya tertumpu pada bidang lakonan, jejaka berusia 25 tahun ini juga laris di pentas pengacaraan dimana pernah mengendalikan program seperti Jalan-Jalan Makan Angin, Bila Bujang Masuk Dapur dan Rentak Juara (RJ) 2017.

Tidak mahu ketinggalan, pemilik nama lengkap Nadzmi Adwa Mohd Adzmi ini melengkapkan resume seninya sebagai seorang penyanyi. Setakat ini, beliau telah merakamkan tiga buah lagu iaitu Kaulah Wanita, Seharusnya Cinta Setia dan Hadirlah Cinta.

Sekadar info, anak kedua daripada empat beradik ini bakal muncul dengan drama terbaharunya bertajuk Nota Buat Cempaka yang akan ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi.

Apa tunggu lagi, jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik figura berbintang Scorpio ini.

Biodata Ringkas Nadzmi Adhwa

Nama Penuh: Nadzmi Adhwa Mohd Azdmi
Nama Pentas: Nadzmi Adhwa
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 6 November 1992
Zodiak: Scorpio
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Karier: Pelakon, Pengacara, Penyanyi & Model Sambilan

Drama/Telefilem: Nota Buat Cempaka, Cinta Hati Batu, Hati Perempuan, Cinta Kucing Parsi, Yam Melaram, Jom Kahwin, Balasan Dosa, Imamkan Aku, Dodol Untuk Menantu, Pujaan Malaya, Bella Mencari Cinta, Namaku Bedah, Batasan Kasih, Jejaka Terhangat Di Pasaran, Cinta Roller Coaster, Bibir-Bibirku, Tollgate Asmara, Jodoh Ke Uolls, Cik Misi, Jalan Taubat, Kifarah Mistik, Biar Biola Berbicara, Jangan Ambil Botol Itu, Lara Intan Di Hati Laila dan banyak lagi.

Filem: Langit Cinta

Hos TV: Rentak Juara 2017, Bila Bujang Masuk Dapur dan Jalan Jalan Makan Angin.

Lagu/Single: Seharusnya Cinta Setia (duet dengan Mia Henry), Kaulah Wanita dan Hadirlah Cinta (duet dengan Nita Hamzah).

Laman Media Sosial Nadzmi Adhwa

Trivia Menarik Tentang Nadzmi Adhwa

  • Graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Multimedia dan Grafik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, Selangor.
  • Figura kacak ini pernah berkhidmat sebagai guru sandaran selama enam bulan di dua buah sekolah iaitu di kawasan Bukit Damansara dan Wangsa Maju.
  • Wajahnya turut menghiasi muzik video berjudul Rahsia yang dinyanyikan oleh Ila Darmia.
  • Beliau juga menjalankan perniagaan berasaskan biskut di bawah jenama Nadz Cookies.
  • Bukan itu sahaja, keluarganya turut menjalankan bisnes katering yang kini diuruskan oleh abangnya.
  • Adhwa Rizado adalah nama kelab peminat pelakon muda ini.
  • Aktor ini pernah tercalon dalam carta lima bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.
  • Nadzmi juga turut mengacarakan program Karpet Merah Tonton sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 menerusi Facebook.
  • Pernah bekerja menjual tudung dan ikan bilis demi mencari duit saku.
  • Sangat mengagumi pelakon dan sutradara tersohor tanah air, Datuk Rosyam Nor.
  • Mengimpikan untuk membawa watak psiko atau antagonis dalam mempelbagaikan mutu lakonannya.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Nadzmi mempunyai seramai 560,000 pengikut di Instagram miliknya.
  • Beliau merupakan antara selebriti yang aktif di media sosial lebih-lebih lagi di Twitter.
azlan-150x150 Nadzmi Adhwa, Aktor Berbakat Kelahiran Kuala Lumpur

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adhwa Rizado #adik nadzmi adhwa #Biodata Nadzmi Adhwa #kekasih nadzmi adhwa #Kenali Nadzmi Adhwa #Nadzmi Adhwa #nadzmi adhwa biodata #nadzmi adhwa family #nadzmi adhwa instagram #Nadzmi Adhwa Pelakon Hati Perempuan #Nadzmi Adwa Mohd Adzmi #Pelakon Drama Hati Perempuan #Profil Nadzmi Adhwa

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.