Biodata Haziq, Penyampai Radio Hot.FM

Biodata Haziq Hot.FM

Sedar atau tidak, Haziq sudah berkelana hampir 5 tahun sebagai penyampai radio Hot.FM.

Terkini, pemilik nama sebenar Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni mengendalikan segmen Mega Hot bersama EL yang berkeudara setiap Isnin hingga Junaat mulai 8.00 hingga 12.00 tengah malam.

Terdahulu, jejaka berusia 29 tahun ini pernah mengenalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Ajak dan Fizie serta slot Hot.FM Jam dengan Deen dan Liza.

Selain mempunyai personaliti menarik, anak jati Kuala Lumpur ini juga petah berkata-kata dan mudah mesra dengan para pendengar.

Tidak mahu kekal di zon selesa, Haziq turut melebarkan bakatnya di bidang pengacaraan di mana beliau mengemudikan program seperti Nasi Lemak Kopi O dan Hot TV.

Berikut penulis kongsikan serba sedikit tentang figura berbintang Sagittarius ini.

Biodata Ringkas Haziq Hot.FM

Nama Penuh: Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni
Nama Komersil: Haziq Hot.FM/Haziq Hussni
Umur: 29 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 11 Disember 1989
Zodiak: Sagittarius
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak sulung daripada lima beradik
Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara Televisyen & Pengacara Majlis (Emcee)
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Program TV: Hot TV, Nasi Lemak Kopi O dan Kaki Bola

Laman Media Sosial Haziq Hot.FM

Trivia Menarik Tentang Haziq Hot.FM

  • Graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School.
  • Sebelum bergelar deejay sepenuh masa mulai 2014, Haziq bertugas sebagai Hot.FM Zoomers pada 2013.
  • Haziq menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pujaan hati bernama Ayunda Putri Mekarsari yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016.
  • Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Oktober 2015.
  • Haziq dan isteri mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika sama-sama menuntut di kolej swasta di ibu kota.
  • Hasil perkahwinan berkenaan, Haziq dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Heidy Nufael yang dilahirkan pada 7 April 2017.
  • Pernah menghadiri ujibakat program mencari pelawak terbitan TV3, Bintang Mencari Bintang namun tidak berjaya.
  • Beliau merupakan abang ipar kepada usahawan kosmestik dan kesihatan berjenama V’Asia, Datuk Azril Mohd Radzi.
  • Adiknya iaitu Balqish Banu adalah finalis rancangan Nona Manis 2015.
  • Beliau dan isteri turut menjalankan bisnes berasaskan kosmetik berjenama Mekarsari.
  • Ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan berduet dengan isteri tercinta.
  • Setakat ini, Haziq memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Haziq, Penyampai Radio Hot.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Haziq Hot.FM #Deejay Hot.FM #Haziq Deejay Radio Hot.FM #Haziq Hot.FM #Haziq Penyampai Radio Hot.FM #Kenali Haziq Hot.FM #Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni #Profil Haziq Hot.FM #Siapa Haziq Hot.FM

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.