Cirit-Birit, 5 Makanan Ini Mampu Membantu Anda Mengatasinya!

Cirit Birit, 5 Makanan Ini Mampu Membantu Anda Mengatasinya!

Tidak dinafikan, cirit-birit merupakan penyakit yang acap kali menganggu kesejahteraan orang ramai. Meskipun penyakit ini tidak serius namun jika ianya berlaku secara berterusan boleh mengundangkan pelbagai penyakit berbahaya.

Bukan itu sahaja, anda juga akan mengalami kehilangan cecair dalam badan dengan cepat dek kerana cirit-birit.

Kebiasaannya, cirit-birit berlaku apabila terlalu banyak makan makanan pedas, makanan masam atau makanan yang basi serta melebihi tarikh luput.

Dipetik dari laman Vemale.com, berikut 5 makanan boleh merawat masalah cirit-birit yang dihadapi anda selain menelan ubat-ubatan. Let’s find out!

1. Yogurt

Di samping dimanfaatkan dalam masakan dan kecantikan, yogurt juga boleh digunakan dalam mengatasi masalah cirit-birit yang seringkali dihadapi anda semua. Segala nutrisi dan vitamin yang terdapat dalam yogurt sangat bagus untuk kesihatan sistem penghadaman sekaligus mengubati cirit-birit.

2. Ramuan Kunyit Madu

Selain yogurt, anda juga boleh menggunakan serbuk kunyit dan madu dalam mencegah penyakit cirit-birit. Semudah ABC, ambil satu sudu serbuk kunyit lalu dicampurkan dengan tiga sudu madu ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati kemudiaan dimakan begitu sahaja. Bukan hanya merawat penyakit cirit-birit, ramuan serbuk kunyit bersama madu ini dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan kita semua.

3. Teh Chamomile

Siapa sangka, nutrisi dan antioksidan yang terdapat teh chamomile mampu mengubati jangkitan pada saluran pencernaan anda yang menyebabkan gejala cirit-birit. Amalan meminum teh chamomile setiap hari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang secara rutin mengelakkan diri anda daripada dibelenggu masalah cirit-birit.

4. Cuka Epal

Tahukah anda, cuka epal terhasil dari proses penapaian jus epal yang sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat seperti kalsium, antioksidan, kalium dan serat yang bagus untuk tubuh badan kita. Tidak hanya merawat kulit muka dan memutihkan gigi, cuka epal juga boleh dijadikan sebagai ubat cirit-birit. Sekiranya mengalami cirit-birit, apakata titiskan beberapa cuka epal ke dalam makanan atau minuman yang dimakan anda. Senang bukan!

5. Pisang

Tiada manusia yang tidak suka memakan buah pisang. Malah, buah pisang ini boleh didapati dimana-mana sahaja termasuklah di kedai buah-buahan dan pasar raya berdekatan anda. Paling menarik, pisang juga boleh dimanfaat anda apabila diserang penyakit cirit-birit secara semula jadi.

azlan-150x150 Cirit-Birit, 5 Makanan Ini Mampu Membantu Anda Mengatasinya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Mudah Atasi Masalah Cirit-Birit #Cara Mudah Ubati Masalah Cirit-Birit #cirit birit dan muntah #cirit birit in english #cirit birit keluar air #cirit birit tanda awal kehamilan #cirit-birit #diarea #diarrhea #Kunyit Madu #Merawat Cirit-Birit #petua hilangkan cirit birit kanak kanak #Petua Menghilangkan Cirit Birit #Petua Mudah Rawat Penyakit Cirit-Birit #pisang #punca cirit birit dan muntah #Sakit Perut Cirit Birit #sakit perut memulas dan cirit birit #Teh Chamomile #Tips Ubati Cirit-Birit #ubat cirit birit #Ubat-ubatan dalam rawatan cirit-birit #udat sakit perut #Yogurt

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.