Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Penampilan Pertama Dalam Autoshow Retro Klasik 2015

Pengenalan

Proses membina semula kereta ini mengambil masa 3 tahun. Ia memerlukan ketahanan mental yang tinggi serta modal kewangan yang agak kukuh. Selain itu, minat yang tinggi perlu ada kepada mereka yang ingin melakukan proses membaikpulih ini. Maklumlah umur kereta ini sudah melebihi 30 tahun. Apa yang pasti, dalam bidang membaikpulih kereta klasik, memerlukan kepakaran mekanik, ia juga memerlukan kreativiti yang tinggi. Kadangkala sesetengah komponen sudah tiada di pasaran, jadi perlu mempunyai ramai kenalan untuk mendapatkan alat ganti sesuai.

Dalam kerja baikpulih kereta klasik, kerja paling banyak bukanlah pada bahagian enjin, tetapi hampir 80% perlu membaikpulih struktur kerangka dan frame kereta. Itu yang memenatkan. Kebanyakkan bengkel susah nak terima untuk baikpulih secara major ini. Kalau terima pun, kena hati-hati. Bukan apa, takut kena “sembelih”.

Spesifikasi :

Jenama : Toyota

Model : Toyota KE70

Tahun : 1980

Wheel : 15 x 9JJ , lowered spring

Enjin : 4K 1.3L (1,290 cc) 74hp (55KW) Japan spec fully rebuild

Kos ubahsuai : RM20,000.00

Dengan ini dipaparkan kisah melalui gambar, semoga ia memberikan semangat kepada pencinta kereta klasik!

Wajah Asal Kereta Toyota Dx Tahun 1980

Wajah asal kereta Toyota DX Tahun 1980, dibeli dari pemilik asal dengan harga sekitar RM3,000.00 tunai.

Bahagian Dalaman Yang Masih Asli

Bahagian dalaman kereta masih mengekalkan aksesori asal kereta, tapi tiada audio system, tiada penghawa dingin, dan beberapa komponen reput dan patah.

Proses Sambung Ekzos Sebab Owner Lama Jual Kereta Ekzos Patah Empat

Semasa ambik kereta ini dengan owner lama, ekzos memang dah patah, so kena pergi welding dulu.

Proses Kenalpasti Body Mereput Dan Karat

Proses kenalpasti bahagian body kereta yang mereput dan berkarat.

Proses Restoration Pertama

Proses kenalpasti bahagian body kereta yang mereput dan berkarat dan juga proses tacap simple.

Tampalan Simen Pada Body Yang Mereput

Bahagian body kereta yang mereput dan berkarat ada yang bocor, so kena tampal dengan simen buat smentara waktu.

Proses Buat Wide Fender Percubaan Pertama

Proses percubaan pertama membina sendiri wide fender.

Sport Rim Pisang Saiz 15 X 9jj Depan Belakang Dengan Tayar Yokohama Baru

Masuk Sport Rim pisang Saiz 15 X 9jj depan belakang dengan tayar Yokohama baru. Biar ada seri sikit.

Proses Masuk Cat Selepas Warna Asal Putih

Proses masuk cat baru, selepas selesai tacap-tacap. Dulu warna putih.

Proses Pasang Tinted

Masuk kedai aksesori, masuk tinted dulu. Kasi nampak beza sket.

Kereta Siap Untuk Musim Pertama Tapi Rasa Tak Puas Hati Lagi

Kereta siap untuk musim pertama tapi hati masih rasa tak puas hati.

Masa Ini Guna Warna Kuning Kkm

Masuk side mirror model Celica tapi macam tak masyuk. Sebab body kereta ini bentuk dia petak. Warna kereta adalah warna kuning langsat atau warna kuning Kem. Kesihatan KKM

Sesi Restoration 100 Peratus

Masuk bengkel balik, kali ini memang nekad body mesti 100% dibaikpulih.

Grinding Machine Masih Digunakan Pada Semua Bahagian Body Kereta

Grinding machine digunakan pada semua bahagian body dan kerangka utama kereta.

Proses Buang Karat Dan Selaput Simen Mengguna Grinding Machine

Proses Grinding guna machine ini bertujuan membuang semua selaput, simen, karat besi hingga ke bahagian asal body dan kerangka utama kereta.

Proses Buat Wide Body Guna Besi Yang Ini Baru Ngam Nampak Solid

Membina semula kerangka wide body dengan menggunakan besi. Proses ini berjaya hasilkan wide fender yang betul-betul solid sepenuhnya.

Kerja Tukar Kulit Luar Semua Pintu Baru Puas Hati

Kerangka pintu dikopek dan bahagian luar pintu diganti baru.

Proses Tukar Kulit Luar Pintu Guna Yang Baru Terus

Semua kerangka pintu dikopek dan bahagian luar pintu diganti baru.

Proses Grinding Body Kereta

Kerja grinding body masih berjalan seperti biasa. Proses menanggalkan cat asal kereta.

Proses Dibengkel Ambil Masa Dekat 2 Tahun

Kerja-kerja restoration mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.

Proses Welding Dan Repair Bahagian Reput

Kerja welding, tampal besi dan membaik pulih bahagian kerangka enjin.

Enjin Dileraikan Dan Keluar Dari Body Kereta

Enjin dileraikan daripada kereta untuk memberi ruang kerja membina kerangka dalam.

Proses Spray Dalam Bahagian Enjin Kereta Masuk Primer

Kerja-kerja spray bahagian ruang enjin.

Dalaman Enjin Di Cat Warna Terang Dan Kerja Simpan Wayaring Yang Berselerak

Ruang dalam enjin dicat dengan warna terang, disamping kerja membina, menyimpan, membuang 5S bahagian enjin.

Bahagian dalaman enjin selesai dan dengan komponen enjin 70% ditukar, enjin di polish crome.

Pandangan hadapan ruang enjin, kereta ini mengekalkan enjin asal 4K.

Hasil Kerja Garisan Bosy Memang Kemas Dan Padu

Hasil kerja menampakkan garis lurus pada bahagian pintu dan fender, ini petanda body solid dan padu.

Kereta Di Cat Dengan Warna Baru Titanium Metallic

Warna pilihan ada Titanium Metallic 2K.

Lihat Garisan Body Akhirnya Body 100 Solid Macam Keluar Kilang

Lining body dipasang seperti asal, kereta direndahkan ala-ala JDM

Kemudian Pasang Janggut Depan

Muka depan dikekalkan grill asal dengan emblem asal TOYOTA, Bodykit depan atau “janggut” dipasang untuk kelihatan lebih gah!

Wide Fender Berjaya Rim Ditukar Warna Silver Sebab Nak Matching Dengan Body

Rim pisang aka Banana 15 x 9 jj diwarnakan silver cerah untuk dapatkan matching warna sesuai.

Akhir, selesai.

Kereta ini untuk koleksi, masuk kelambu dulu.

Pandangan Depan

Pandangan hadapan kereta Toyota Corolla DX atau KE70

Terus Masuk Tv3

Terus masuk Autoshow Retro Klasik tahun 2015 dan keluar TV3 pulak.

Penampilan Pertama Dalam Autoshow Retro Klasik 2015

Penampilan Pertama Dalam Autoshow Retro Klasik 2015

Carian Berkaitan

jual kereta lama corrolla, gambar kereta mitsubishi lancer sprot 1978 1960, gambar kereta lma2 sprot, gambar kereta mitsubishi lecer sport 1968 1978, gambar kereta lma2 thun 1978 1967, gambar kereta kelasik mitsubishi lancer 1970 1950, ubahsuai enjin 4k toyota

Artikel Berkaitan

Tags: #car restoration idea #cara nak restoration kereta klasik #gambar ke70 #japanese car rebuild #JDM classic #KE70 Kelantan #kelab pencinta kereta oldskool #kereta klasik #kereta tahun 1980 #kereta toyota DX #kereta toyota ke 70 #kerja ubahsuai kereta klasik #OMG 2015 #retro klasik Kota Bharu #Slammed car #Toyota corolla owner #toyota fanatic #Toyota JDM car

Cara Urus Pindah Milik, Jual Beli Kereta Sendiri
Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing
Panduan Pengubahsuaian Motosikal
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Panduan Lengkap Ubahsuai, Tukar Enjin Kenderaan
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Teknik Menukar Minyak Gear Pada Enjin Sangkut
Pengenalan Am Kotak gear yang ada pada enjin sangkut dua lejang adalah mengikut

Leave a reply "Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama"