Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Toyota Dx Modified Malaysia

Proses membina semula kereta ini mengambil masa 3 tahun. Ia memerlukan ketahanan mental yang tinggi serta modal kewangan yang agak kukuh. Selain itu, minat yang tinggi perlu ada kepada mereka yang ingin melakukan proses membaikpulih ini.

Maklumlah umur kereta ini sudah melebihi 30 tahun. Apa yang pasti, dalam bidang membaikpulih kereta klasik, memerlukan kepakaran mekanik, ia juga memerlukan kreativiti yang tinggi.

Kadangkala sesetengah komponen sudah tiada di pasaran, jadi perlu mempunyai ramai kenalan untuk mendapatkan alat ganti sesuai.

Dalam kerja baikpulih kereta klasik, kerja paling banyak bukanlah pada bahagian enjin, tetapi hampir 80% perlu membaikpulih struktur kerangka dan frame kereta. Itu yang memenatkan.

Kebanyakkan bengkel susah nak terima untuk baikpulih secara major ini. Kalau terima pun, kena hati-hati. Bukan apa, takut kena “sembelih”.

Spesifikasi :

Jenama : Toyota

Model : Toyota KE70

Tahun : 1980

Wheel : 15 x 9JJ , lowered spring

Enjin : 4K 1.3L (1,290 cc) 74hp (55KW) Japan spec fully rebuild

Kos ubahsuai : RM20,000.00

Dengan ini dipaparkan kisah melalui gambar, semoga ia memberikan semangat kepada pencinta kereta klasik!

wajah-asal-kereta-Toyota-DX-tahun-1980-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Wajah asal kereta Toyota DX Tahun 1980, dibeli dari pemilik asal dengan harga sekitar RM3,000.00 tunai.

Bahagian-dalaman-yang-masih-asli-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Bahagian dalaman kereta masih mengekalkan aksesori asal kereta, tapi tiada audio system, tiada penghawa dingin, dan beberapa komponen reput dan patah.

Proses-sambung-ekzos-sebab-owner-lama-jual-kereta-ekzos-patah-empat-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Semasa ambik kereta ini dengan owner lama, ekzos memang dah patah, so kena pergi welding dulu.

Proses-kenalpasti-body-mereput-dan-karat-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Proses kenalpasti bahagian body kereta yang mereput dan berkarat.

Proses-restoration-pertama-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Proses kenalpasti bahagian body kereta yang mereput dan berkarat dan juga proses tacap simple.

Tampalan-simen-pada-body-yang-mereput-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Bahagian body kereta yang mereput dan berkarat ada yang bocor, so kena tampal dengan simen buat smentara waktu.

Proses-buat-wide-fender-percubaan-pertama-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Proses percubaan pertama membina sendiri wide fender.

Sport-rim-pisang-saiz-15-x-9JJ-depan-belakang-dengan-tayar-Yokohama-baru-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Masuk Sport Rim pisang Saiz 15 X 9jj depan belakang dengan tayar Yokohama baru. Biar ada seri sikit.

Proses-masuk-cat-selepas-warna-asal-putih-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Proses masuk cat baru, selepas selesai tacap-tacap. Dulu warna putih.

Proses-pasang-tinted-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Masuk kedai aksesori, masuk tinted dulu. Kasi nampak beza sket.

Kereta-siap-untuk-musim-pertama-tapi-rasa-tak-puas-hati-lagi.-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Kereta siap untuk musim pertama tapi hati masih rasa tak puas hati.

Masa-ini-guna-warna-kuning-KKM.-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Masuk side mirror model Celica tapi macam tak masyuk. Sebab body kereta ini bentuk dia petak. Warna kereta adalah warna kuning langsat atau warna kuning Kem. Kesihatan KKM

Sesi-restoration-100-peratus-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Masuk bengkel balik, kali ini memang nekad body mesti 100% dibaikpulih.

Grinding-machine-masih-digunakan-pada-semua-bahagian-body-kereta-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Grinding machine digunakan pada semua bahagian body dan kerangka utama kereta.

Proses-buang-karat-dan-selaput-simen-mengguna-grinding-machine.-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Proses Grinding guna machine ini bertujuan membuang semua selaput, simen, karat besi hingga ke bahagian asal body dan kerangka utama kereta.

Proses-buat-wide-body-guna-besi-yang-ini-baru-ngam-nampak-solid-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Membina semula kerangka wide body dengan menggunakan besi. Proses ini berjaya hasilkan wide fender yang betul-betul solid sepenuhnya.

Kerja-tukar-kulit-luar-semua-pintu-baru-puas-hati-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Kerangka pintu dikopek dan bahagian luar pintu diganti baru.

Proses-tukar-kulit-luar-pintu-guna-yang-baru-terus-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Semua kerangka pintu dikopek dan bahagian luar pintu diganti baru.

Proses-grinding-body-kereta-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Kerja grinding body masih berjalan seperti biasa. Proses menanggalkan cat asal kereta.

Proses-dibengkel-ambil-masa-dekat-2-tahun-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Kerja-kerja restoration mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.

Proses-welding-dan-repair-bahagian-reput-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Kerja welding, tampal besi dan membaik pulih bahagian kerangka enjin.

Enjin-dileraikan-dan-keluar-dari-body-kereta-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Enjin dileraikan daripada kereta untuk memberi ruang kerja membina kerangka dalam.

Proses-spray-dalam-bahagian-enjin-kereta-masuk-primer-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Kerja-kerja spray bahagian ruang enjin.

Dalaman-enjin-di-cat-warna-terang-dan-kerja-simpan-wayaring-yang-berselerak-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Ruang dalam enjin dicat dengan warna terang, disamping kerja membina, menyimpan, membuang 5S bahagian enjin.

Gambar-bahagian-dalam-enjin-yang-selesai-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Bahagian dalaman enjin selesai dan dengan komponen enjin 70% ditukar, enjin di polish crome.

Pandangan-enjin-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Pandangan hadapan ruang enjin, kereta ini mengekalkan enjin asal 4K.

Hasil-kerja-garisan-bosy-memang-kemas-dan-padu-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Hasil kerja menampakkan garis lurus pada bahagian pintu dan fender, ini petanda body solid dan padu.

Kereta-di-cat-dengan-warna-baru-Titanium-Metallic-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Warna pilihan ada Titanium Metallic 2K.

Lihat-garisan-body-akhirnya-body-100-solid-macam-keluar-kilang-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Lining body dipasang seperti asal, kereta direndahkan ala-ala JDM

Kemudian-pasang-janggut-depan-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Muka depan dikekalkan grill asal dengan emblem asal TOYOTA, Bodykit depan atau “janggut” dipasang untuk kelihatan lebih gah!

Wide-fender-berjaya-rim-ditukar-warna-silver-sebab-nak-matching-dengan-body-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Rim pisang aka Banana 15 x 9 jj diwarnakan silver cerah untuk dapatkan matching warna sesuai.

Tamat-bungkus-dan-simpan-sahaja-sebagai-koleksi-peribadi-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Akhir, selesai.

Terus-park-dalam-kelambu-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Kereta ini untuk koleksi, masuk kelambu dulu.

Pandangan-depan-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Pandangan hadapan kereta Toyota Corolla DX atau KE70

Terus-masuk-TV3-300x300 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Terus masuk Autoshow Retro Klasik tahun 2015 dan keluar TV3 pulak.

Penampilan-pertama-dalam-Autoshow-Retro-Klasik-2015 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Penampilan Pertama Dalam Autoshow Retro Klasik 2015

logo-150x150 Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Rebuild Kereta Toyota Corolla DX Tahun 1980, Jiwa Kental Peminat Kereta Lama

Loading...

Tags: #car restoration idea #cara nak restoration kereta klasik #gambar ke70 #japanese car rebuild #JDM classic #KE70 Kelantan #kelab pencinta kereta oldskool #kereta klasik #kereta tahun 1980 #kereta toyota DX #kereta toyota ke 70 #kerja ubahsuai kereta klasik #OMG 2015 #retro klasik Kota Bharu #Slammed car #Toyota corolla owner #toyota fanatic #Toyota JDM car

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan
  1. author

    Ben6 years ago

    Bengkel kt mne ?? Nk restore ke70 sye tlg bls bro Contact sye +60166648651

    Reply

Leave a Reply to Ben Cancel reply